Faculty of Accountancy UiTM Johor, Segamat Campus

Faculty of Accountancy UiTM Johor, Segamat Campus The Faculty of Accountancy UiTM Segamat has made through thick and thin in UiTM's historic journey. The journey still continues and it begins with YOU

21/07/2026
PROGRAM FIT & BOND DAY 'MERAPATKAN UKHUWAH WARGA FAKULTI PERAKAUNAN'SABTU | 13 Jun 2026 – Bachelor of Accountancy Studen...
17/06/2026

PROGRAM FIT & BOND DAY 'MERAPATKAN UKHUWAH WARGA FAKULTI PERAKAUNAN'

SABTU | 13 Jun 2026 – Bachelor of Accountancy Student Association (BACCSA) UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat telah menganjurkan program Fit & Bond Day di Padang Astaka bersempena dengan Accounting Week. Program ini telah disempurnakan majlis perasmiannya oleh YBhg Dr. Nor Hazila Ismail (Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik).

Program riadah ini turut dihadiri oleh Dr. Mas Ervina Binti Samsuddin (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan) serta Dr. Rosmawati Binti Haron@Harun (Koordinator Pra Siswazah Fakulti Perakaunan), selain berjaya menghimpunkan barisan pensyarah dan mahasiswa daripada pelbagai semester bagi memupuk semangat kerjasama serta mengeratkan hubungan silaturahim (bonding time) antara pelajar dan warga pendidik.

Antara aktiviti menarik yang mendapat sambutan hangat termasuklah acara larian berhalangan berpasangan (Partner Relay Run), sukaneka gula-gula dalam tepung, serta acara tumpuan Blind Dodgeball yang menggabungkan gandingan mantap antara pelajar dan para pensyarah. Aktiviti sukaneka inklusif ini bukan sahaja menguji kecergasan fizikal, malah membina kecerdasan sosial di dalam kampus.

Pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Fakulti Perakaunan atas komitmen padu dalam menjayakan program ini. Diharapkan inisiatif bugar seperti ini dapat membudayakan gaya hidup sihat di samping memacu kecemerlangan sahsiah mahasiswa yang holistik.

βœ¨πŸ€– SIRI 1: SENI PROMPT AI – ASAS GENERATIF UNTUK PENSYARAH πŸ€–βœ¨Anjuran Unit LEAD, Fakulti Perakaunan UiTM Johor Kampus Seg...
22/05/2026

βœ¨πŸ€– SIRI 1: SENI PROMPT AI – ASAS GENERATIF UNTUK PENSYARAH πŸ€–βœ¨

Anjuran Unit LEAD, Fakulti Perakaunan UiTM Johor Kampus Segamat πŸ’™

πŸ“… 8 Mei 2026
πŸ“ UiTM Johor Kampus Segamat

Satu program khas yang membuka ruang kepada para pensyarah untuk meneroka dunia kecerdasan buatan (AI) serta memahami asas penggunaan prompt secara efektif dalam pengajaran, penyelidikan dan tugasan akademik πŸ“šβœ¨

Melalui perkongsian ini, peserta didedahkan dengan teknik menghasilkan prompt yang berkualiti bagi memaksimumkan penggunaan AI generatif dalam dunia pendidikan masa kini πŸš€

πŸ’‘ β€œPrompt yang baik bukan sekadar arahan, tetapi seni mencipta kemungkinan tanpa batas.”

Terima kasih kepada semua peserta dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga perkongsian ilmu ini menjadi pemangkin transformasi digital dalam pendidikan πŸŽ“πŸ€










Salam sejahtera kepada semua alumni.Bagi tujuan penambahbaikan berterusan UiTM, mohon kerjasama semua pihak untuk member...
13/05/2026

Salam sejahtera kepada semua alumni.

Bagi tujuan penambahbaikan berterusan UiTM, mohon kerjasama semua pihak untuk memberikan maklum balas melalui pautan yang disediakan:

1. Para Alumni- sila isi ALUMNI.
2. Para Majikan sila pilih INDUSTRI - Pastikan isi maklumat I/C Alumni UiTM (Staff anda) dengan menggunaan IC alumni, bukan IC majikan. Ini kerana majikan memberi maklumbalas terhadap alumni tersebut.

πŸ“Œ Nota kepada alumni:
Mohon jasa baik untuk memanjangkan permohonan maklum balas ini kepada majikan masing-masing berserta No. IC anda bagi memudahkan tindakan pihak majikan.

Kerjasama dan sokongan anda amat dihargai.
Sekian, terima kasih.

Dengan setulus penghargaan dan rasa hormat yang mendalam, Fakulti Perakaunan merakamkan ucapan terima kasih yang tidak t...
02/04/2026

Dengan setulus penghargaan dan rasa hormat yang mendalam, Fakulti Perakaunan merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Madya Dr. Mohd Halim Kadri atas dedikasi dan sumbangan beliau sepanjang 28.5 tahun berkhidmat di Fakulti Perakaunan, UiTM Johor.

Sepanjang tempoh perkhidmatan tersebut, PM Dr. bukan sahaja dikenali sebagai seorang pensyarah yang komited dan berwibawa, malah turut berperanan sebagai pembimbing, mentor dan sumber inspirasi kepada ribuan pelajar. Segala ilmu yang disampaikan, tunjuk ajar yang diberikan serta keikhlasan dalam mendidik akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh seluruh warga fakulti.

Kesungguhan dan komitmen PM Dr. dalam memperkasa bidang perakaunan serta melahirkan graduan yang berkualiti tinggi amat disanjung. Jasa, pengorbanan dan segala sumbangan yang dicurahkan kepada fakulti dan universiti akan kekal terpahat dalam lipatan sejarah Fakulti Perakaunan.

Seiring dengan persaraan ini, Fakulti Perakaunan mendoakan agar PM Dr. terus dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan hidup serta kebahagiaan bersama insan tersayang. Semoga segala bakti dan kebaikan yang telah dicurahkan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan diberkati.

Terima kasih atas segala-galanya.

Indah melati di tepi laman,
Mekar mewangi penyejuk hati,
Terima kasih Dr. Halim atas segala bimbingan,
Jasa dikenang hingga ke akhir nanti.

Dengan penuh penghargaan dan kasih,
Fakulti Perakaunan
UiTM Johor

Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan ba...
20/03/2026

Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua warga UiTM dan seluruh umat Islam. 🀍

Semoga kehadiran Syawal nanti membawa sinar kebahagiaan, keberkatan dan kejayaan buat kita semua. πŸ’«

Salam TakziahFakulti Perakaunan mengucapkan salam takziah kepada Prof. Madya Dr. Saunah binti Zainon atas pemergian ibu ...
10/03/2026

Salam Takziah

Fakulti Perakaunan mengucapkan salam takziah kepada Prof. Madya Dr. Saunah binti Zainon atas pemergian ibu tercinta.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah, mengampuni segala dosanya serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.

Al-Fatihah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, Fakulti Perakau...
28/02/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, Fakulti Perakaunan ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Datin Aryani atas 26 tahun khidmat bakti yang tidak ternilai di Fakulti Perakaunan, UiTM Johor.

Sepanjang tempoh tersebut, Datin bukan sahaja menjadi seorang pensyarah yang berdedikasi dan profesional, malah turut menjadi mentor, pembimbing dan inspirasi kepada ribuan pelajar. Ilmu yang dicurahkan, nasihat yang diberikan serta kesabaran dalam mendidik akan sentiasa terpahat dalam ingatan Fakulti Perakaunan.

Komitmen dan ketekunan Datin dalam memartabatkan bidang perakaunan serta membentuk graduan yang berkualiti amat dihargai. Segala jasa, pengorbanan dan sumbangan Datin kepada fakulti dan universiti tidak akan dilupakan.

Fakulti Perakaunan mendoakan agar Datin Aryani dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama keluarga tersayang, dan ketenangan dalam menempuh fasa baharu kehidupan selepas persaraan. Semoga segala usaha dan kebaikan yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan menjadi amal jariah yang berterusan.

Terima kasih atas segala-galanya, Datin.
Kenangan bersama Datin akan sentiasa dihargai.

Dengan penuh penghargaan dan kasih,
Fakulti Perakaunan
UiTM Johor

Jemput follow tiktok dan instagram FP:
Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSmtPmuu2/
Instagram: https://www.instagram.com/reel/DVR5SECkxnU/?igsh=ZzRoMmNoODliZ3Yz

πŸŒ™ Salam Ramadan 1447H kepada seluruh warga Fakulti Perakaunan πŸŒ™ InsyaAllah, esok 19 Februari 2026 (khamis) kita akan mul...
18/02/2026

πŸŒ™ Salam Ramadan 1447H kepada seluruh warga Fakulti Perakaunan πŸŒ™

InsyaAllah, esok 19 Februari 2026 (khamis) kita akan mula menunaikan ibadah puasa. Sehubungan itu, kami ingin merakamkan ucapan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua pensyarah dan pelajar-pelajar fakulti perakaunan.

Semoga Ramadan yang mulia ini membawa keberkatan, ketenangan dan memperkukuhkan ukhuwah sesama kita, serta dipermudahkan segala urusan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab masing-masing.

Ikhlas daripada,
Ketua Pusat Pengajian
Koordinator Prasiswazah
Fakulti Perakaunan
UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

Address

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, Jalan Universiti Off Km. 12, Jalan Muar Segamat Darul Ta'zim
Jementah
85000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

6 07 935 2304

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faculty of Accountancy UiTM Johor, Segamat Campus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Faculty of Accountancy UiTM Johor, Segamat Campus:

Shortcuts

Share

Category