06/11/2023
[๐๐ฎ๐ง๐๐ ๐๐๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐๐๐ซ๐ญ๐ ๐๐ข๐๐๐ค ๐๐๐ซ๐๐ง๐๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ญ๐ ๐๐๐ฆ๐๐ฌ๐ ๐๐ข๐๐ฎ๐ฉ - ๐.๐.๐.๐.๐]
Hari ini kita lihat dalam masyarakat kita, banyak berlaku masalah perebutan harta akibat daripada kegagalan pemilik harta merancang harta mereka semasa hidup.
Kenapa perkara ini berlaku, Qien simpulkan kepada SILAP.
S: Salah anggap. Salah anggap ini adalah kebiasaannya terdapat persepsi yang salah terhadap harta bersama. Ramai suami yang menganggap, selepas kematian mereka, segala harta yang dimiliki oleh mereka akan menjadi hak milik mutlak isteri dan anak-anak. Begitu juga dengan isteri. Bagi seorang isteri, apa saja harta peninggalan suami adalah milik mereka dan anak-anak sahaja. Sehingga mereka tidak sedar bahawa, ibu ayah suami juga mempunyai hak ke atas harta peninggalan suami. Cuba bayangkan jika ada diantara ibu ayah yang tidak tahu hak faraid, dan isteri juga tidak tahu bahawa ada hak ibu bapa ke atas harta suami. Khuatir ada yang termakan hak orang lain.
I: Informasi yang kurang mengenai pengurusan dan perancangan harta menyebabkan ramai di antara masyarakat yang kurang kesedaran tentang kepentingan untuk membuat perancangan.
L : Lalai dan leka. Kebanyakan daripada kita lalai dan leka dalam kehidupan. Kita sibuk mengejar kehidupan yang serba sibuk, sehingga kita terlupa untuk merancang pembahagian harta.
A : Anggapan kematian itu tidak akan datang dalam masa terdekat dan anggapan bahawa tidak akan ada sebarang masalah selepas kematian mereka.
P: Pengaruh. Pengaruh daripada mereka yang tidak pakar dantidak cakna tentang perancangan harta ini, menyebabkan ada di antara mereka yang bertangguh untuk membuat perancangan harta. Mereka merasakan tiada kepentingan untuk membuat perancangan harta.
Ada banyak kisah-kisah perebutan pusaka yang berlaku di kalangan masyarakat yang boleh dijadikan teladan. Semasa masih sihat dan waras akal fikiran, ambiilah peluang untuk merancang harta dengan segera. Jangan ulangi kesilapan mereka yang telah pergi.
Saya bantu anda rancang perwarisan๐โ
www.wassap.my/0125065107/pemilikanHarta
#