12/03/2023
BAGAIMANA NAK TAHU PEMBIAYAAN PERUMAHAN KITA ADA COVERAGE MRTT? DAN APA KAITAN MRTT NI DENGAN HIBAH RUMAH?
Semua pelanggan saya yang nak buat hibah rumah, saya akan bertanya soalan tentang adakah rumah yang ingin dibuat hibah ini memiliki MRTT?
MRTT ni penting kerana ia adalah antara cara memastikan rumah tersebut berjaya dihibahkan kepada penerima hibah. Terutamanya jika penerima hibah ialah anak yang masih bawah umur dan isteri yang bergelar surirumah.
Kerana rumah yang masih dalam hutang, boleh dihibahkan kepada sesiapa sahaja. Tetapi bagi pihak bank sebagai pencagar rumah tersebut, apabila berlaku kematian pemilik rumah, bank akan pastikan jika ada baki loan rumah, perlulah dilangsaikan melalui cara ini :
1. Pembeli rumah ada MRTT.
2. Pembeli rumah ada MLTT atau hibah takaful.
3. Pembeli rumah mempunyai wang simpanan yang cukup supaya waris dapat membayar baki loan rumah dengan wang tunai tersebut.
4. Penerima hibah rumah bersetuju untuk melangsaikan baki hutang loan rumah yang dihibahkan kepadanya.
Jadi, amatlah penting rumah dalam cagaran itu dapat dilangsaikan baki hutangnya (jika ada) supaya penerima hibah dapat menerima hibah rumah yang diberikan kepadanya.
Tunggu apa lagi. Dah semak ke rumah anda ada MRTT atau MLTT ke tidak?
Bagaimana nak semak rumah kita tu ada MRTT? Ini caranya.
Semak di Offer Letter Loan (Surat Tawaran Pembiayaan) anda. Di offer letter loan tersebut ada dinyatakan :
a) Jenis coverage. Contohnya MRTT
b) Jumlah coverage. Contohnya RM500,000
c) Tempoh coverage. Contohnya 30 tahun.
d) Jumlah tempoh loan rumah. Contohnya 30 tahun.
e) Orang yang dicover. Contohnya suami & isteri bagi mereka yang membuat loan bersama.
Kalau tak jumpa Offer Letter Loan, call sahaja bank tempat anda buat loan rumah ya. Tanya la staff bank tersebut maklumat A hingga E tu.
Jika tempoh coverage bersamaan dengan jumlah tempoh loan rumah, ini bermakna MRTT itu adalah full. Jika tempoh coverage contohnya 20 tahun dan tempoh loan ialah 30 tahun bermakna jika berlaku kematian pada tahun ke-21 hingga tahun ke-30, cara melangsaikan baki loan rumah ialah cara 2 hingga 4 bagi memastikan rumah tersebut boleh dihibahkan kepada penerima hibah.
Cara nak semak MLTT p**a ialah dengan semak sijil takaful hayat jika ada ambil takaful hayat atau ramai panggil takaful hibah tu. Pastikan takaful tak lapse/tamat ya. Jika tak jumpa sijil/polisi takaful, bolehla call agent atau syarikat takaful untuk mendapatkan jawapannya.
Jika pemberi hibah iaitu pemilik rumah tidak memiliki MRTT, MLTT, hibah takaful, wang dalam akaun atau penerima hibah juga tidak mampu melangsaikan baki hutang rumah tersebut, maka rumah itu diagihkan secara faraid.
Jadi dah tahu kan kenapa pentingnya ada MRTT, MLTT terutama yang buat hibah rumah kepada anak bawah umur. Kalau hibah rumah kepada anak yang sudah bekerja atau isteri yang berkerjaya mereka pasti berkemampuan untuk melangsaikan baki loan rumah yang dihibahkan kepada mereka. Jika tak sempat ambil MRTT atau ada MRTT tapi tempoh & jumlah coverage tidak full/cukup, anda ambillah hibah takaful. Mereka sudah pasti dapat mewarisi rumah yang anda hibahkan kepada mereka sebagai tanda kasih sayang dan tanda anda bertanggungjawab memastikan kebajikan mereka terjamin selepas kematian anda.
Rumah sebagai tempat pasangan dan anak-anak kita berteduh.
Rumah itu keperluan.
Pastikan kebajikan waris kita terjamin.
Hibahlah kerana anda sayang.
Hibah cara pembahagian harta yang flexible dan mudah kepada pemberi dan penerima harta. Sebab itulah hibah menjadi pilihan no. 1 dalam pembahagian harta.
Perancangan penyelesaiannya...???
Jom...! Ayuh Diskusi..
http://www.wasap.my/60102799585/lhperundingKIT
WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.