20/11/2021
Berita baik!
Seperti artikel di Utusan Malaysia pada 11 September 2021, Hong Leong MSIG Takaful (HLM Takaful) telah menambaik program HLM Takaful Covid-19 Complimentary Special Benefit Programme 2.0 untuk pelanggan kami.
Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLM Takaful) sentiasa memberi sokongan kepada pelangganya pada waktu yang sukar ini menerusi HLM Takaful Covid-19 Complimentary Special Benefit Programme 2.0.
Pelanggan yang mempunyai pelan perubatan individu boleh menuntut pembayaran balik kos rawatan hospital sekiranya dimasukkan ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan kritikal akibat Covid-19. Ketua Pegawai Eksekutif HLM Takaful, Mohd Asri Omar, berkata, kesihatan pelanggan sangat penting pada masa ini. āKini, pelanggan kami juga boleh memilih untuk mendapatkan rawatan perubatan terbaik melalui hospital swasta panel kami bagi rawatan Covid-19 di bawah kategori tiga, empat dan lima.
āMalah, had RM 1 juta yang diperuntukkan untuk program tersebut telah ditingkatkan agar lebih ramai pelanggan dapat menikmati manfaatnya dalam tempoh kempen," katanya dalam kenyataan. Ujar Mohd. Asri, pihaknya juga memahami pandemik Covid-19 boleh menjejaskan pelanggan dari segi kewangan. Justeru, pihaknya sentiasa sedia membantu dengan HLM Takaful Contribution Payment Relief Programme 3.0. Mohd. Asri menjelaskan, pelanggan yang layak boleh menangguhkan sumbangan takaful mereka selama 90 hari sambil mengekalkan perlindungan. āSebagai sokongan usaha vaksinasi COVID-19 di seluruh negara, kami juga telah melanjutkan HLM Takaful Pro Vax Campaign sehingga 31 Disember 2021ā. katanya.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program HLM Takaful Covid-19 Complimentary Special Benefit Programme 2.0, HLM Takaful Contribution Payment Relief Programme 3.0, HLM Takaful Pro Vax Campaign dan juga produk-produk Takaful kami, sila ke www.hlmtakaful.com.my