28/11/2012
Pihak MASMED UiTM (T) akan menganjurkan program asas keusahawanan Pelajar Ijazah. Program ini diwajibkan kepada semua pelajar baru (yang mendaftar pada september 2012). Program ini bertujuan memdedahkan dan memupuk ilmu keusahawanan kepada pelajar, skali gus memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan ilmu yang akn mereka perolehi dalam seminar yang akan diberikan.
Secara umumnya program ini terbahagi kepada dua bahagian
1. 6hb Disember
semua pelajar baru diwajibkan hadir untuk sesi pagi. program untuk sesi pagi merupakan seminar dan ceramah yang akan disampaikan oleh wakil2 yang telah dipilih oleh pihak PJI. Sesi petang hanya akan diwakili oleh 10 orang pelajar yang akan meneruskan misi untuk sesi petang
2. 19hb Disember
10 pelajar yang hadir ceramah untuk sesi petang pada 6 Disember akan menjalankan perniagaan bermula jam 8 pagi hingga 5petang. pelajar perlu mengaplikasikan pengetahuan yang mereka dapat sepanjang seminar pada 6hb Disember. pelajar akan diberikan modal sebanyak RM300. Modal ini tidak perlu dikembalikan kepada pihak UiTM. Pelajr dibenarkan berniaga apa sahaja mengikut kreativiti masing2 berbekalkan modal yang telah diberikan. Gerai pelajar kan dinilai mengikut kriteria2 tertentu
Laporan kewangan gerai (50%)
Rancangan perniagaan/proposal (20%)
Kebersihan (10%)
Kerjasama (10%)
Kreativiti (10%)
Kepada pelajar bahagian 4 yang berminat untuk menjalankan perniagaan pada hari tersebut bolehlah memberikan nama kepada Puan Rosliza selewat-lewatnya pada 3hb 12 (Isnin)
Terima kasih