11/05/2026
๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ ๐๐ฃ๐ก ๐๐ฒ๐ฎ๐ฑ๐ฒ๐ฟ๐๐ต๐ถ๐ฝ ๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ฒ๐: ๐๐ถ๐ฐ๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐๐ฒ๐ฝ๐ถ๐บ๐ฝ๐ถ๐ป๐ฎ๐ป ๐๐ฃ๐ก ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐บ๐ฎ ๐ฌ๐๐ต๐ด. ๐ง๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฟ๐ถ ๐๐ฎ๐๐ผโ ๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐๐ฟ. ๐ฆ๐๐น๐ฎ๐ถ๐บ๐ฎ๐ป ๐ ๐ฎ๐ต๐ฏ๐ผ๐ฏ
Program IPN Leadership Series: Bicara Kepimpinan IPN bersama tokoh ekonomi negara, YBhg. Tan Sri Datoโ Seri Dr. Sulaiman Mahbob bertajuk โEconomic Resilience and Strategic Decision Makingโ telah berlangsung pada 7 Mei 2026 (Khamis) bertempat di Pusat Pembangunan Profesional (IPNCPD), Cyberjaya.
Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Nasran bin Omar, Akauntan Negara Malaysia dan dihadiri oleh barisan kepimpinan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Pengarah Institut Perakaunan Negara, YBrs. Dr. Ahmad Shukri Abdul Gani serta pegawai-pegawai kanan JANM.
Dalam sesi perkongsian ini, YBhg. Tan Sri telah berkongsi pandangan mengenai kepentingan daya tahan ekonomi, kestabilan politik dan institusi, serta keperluan membuat keputusan strategik yang pragmatik dalam mendepani cabaran ekonomi global dan ketidaktentuan geopolitik semasa. Beliau turut menekankan kepentingan tadbir urus yang baik, keyakinan pelabur, pembangunan modal insan serta penerokaan sumber tenaga boleh diperbaharui bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara yang mampan.
Program ini menjadi platform strategik Institut Perakaunan Negara dalam memperkukuh budaya ilmu dan pembangunan kepimpinan sektor awam yang progresif, berintegriti dan berpandangan jauh selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
IPN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Tan Sri Datoโ Seri Dr. Sulaiman Mahbob atas perkongsian ilmu dan pandangan strategik yang amat bermakna kepada seluruh peserta, serta kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.