07/05/2026
Antara sebab kenapa permohonan takaful kita kadang-kadang kena further assessment (semakan lanjut oleh underwriting):
1๏ธโฃ Kelas pekerjaan (Class 3/4)
Kerja berisiko tinggi โ biasanya akan ada loading harga atau semakan tambahan
2๏ธโฃ Hibah tinggi (> RM500k)
Coverage besar โ underwriter akan semak kemampuan kewangan (income vs protection)
3๏ธโฃ Ada rekod kesihatan
Jika ada rekod dalam eASE / Life Insurance Association of Malaysia / Etiqa
โ mungkin perlu laporan doctor atau semakan lanjut
4๏ธโฃ Tiada income (housewife/student)
Perlu letak payor (pembayar) yang bekerja untuk support bayaran
5๏ธโฃ BMI lebih 32
Kategori obes โ risiko kesihatan lebih tinggi
โ kemungkinan ada loading / exclusion / medical check-up
6๏ธโฃ Berat & tinggi tak selari (kanak-kanak)
Tak ikut carta KKM โ underwriter akan semak untuk pastikan tiada isu kesihatan
๐ Jika perlu medical check-up, selepas itu pihak Etiqa akan keluarkan keputusan berdasarkan laporan tersebut.
Etiqa juga akan beri surat untuk ditandatangani jika anda setuju dengan syarat yang ditawarkan.
Biasanya ada 4 kemungkinan:
1๏ธโฃ Cover seperti biasa
Lulus standard tanpa sebarang perubahan
2๏ธโฃ Cover + loading (tambahan bayaran)
Masih boleh dilindungi, cuma caruman akan meningkat ikut risiko
3๏ธโฃ Cover + exclusion
Masih lulus, tetapi penyakit sedia ada tidak dilindungi
4๏ธโฃ Declined (tidak lulus)
Permohonan ditolak โ biasanya untuk kes yang lebih serius
๐ Semua ini adalah proses normal dalam underwriting untuk pastikan perlindungan yang diambil sesuai & adil.
PN SITI FAIRUZ ZUKI
1ET51696
Registered Etiqa Takaful Advisor
Etiqa Family Takaful Berhad