MOF Management Sdn. Bhd.

Call Directions Website Contact the business

MOF Management Sdn. Bhd. MOF Management/ Mohamad & Associate - Firma Pengurusan Syarikat Perniagaan. Since 1989
(1)

08/10/2026
Sebuah syarikat dari Korea Selatan bersetuju melabur RM5 bilion bagi mengambil alih kilang CJ Bio Malaysia di Kertih, Ke...
07/10/2026

Sebuah syarikat dari Korea Selatan bersetuju melabur RM5 bilion bagi mengambil alih kilang CJ Bio Malaysia di Kertih, Kemaman, yang dijadualkan menghentikan operasi secara berperingkat bermula Khamis depan.

* Nasib pekerja terjamin:
Kesemua 383 pekerja yang terjejas akan dikekalkan oleh syarikat baharu tersebut. Sementara proses pengambilalihan berjalan, mereka ditawarkan penempatan sementara di Pelabuhan Kemaman dan Kuantan mengikut kemahiran.

* Status rundingan:
Rundingan bersama MITI (MIDA), ECER, dan kerajaan negeri berjalan lancar. Kerajaan negeri diminta mempercepat kelulusan pengambilalihan ini.

* Operasi & produk:
Kilang baharu akan terus mengeluarkan produk rumusan makanan haiwan ternakan untuk pasaran yang lebih luas. Identiti syarikat pengambil alih bagaimanapun belum didedahkan.

* Punca penutupan CJ Bio:
Kilang asal yang beroperasi sejak 2014 (pelaburan awal RM2.23 bilion) ditutup selepas 12 tahun akibat keputusan pengurusan di Korea Selatan dan tekanan persaingan produk dari China.

SALAM TAKZIAHุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽKami warga M*f Management merakamkan ucapan takziah yang mendal...
28/09/2026

SALAM TAKZIAH

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Kami warga M*f Management merakamkan ucapan takziah yang mendalam atas pemergian Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini, 28 September 2026.

Negara kehilangan seorang tokoh wanita berjiwa rakyat yang amat dihormati, pionir dalam bidang kesihatan awam, dan sosok yang tiada galang gantinya.

Sama-sama kita mendoakan semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala khilaf, dan ditempatkan di dalam syurga bersama orang-orang yang solehah. Takziah buat seluruh ahli keluarga.

Al-Fatihah. ๐Ÿ•Š๏ธ

*Fmanagement

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MERDEKA BUKAN SEKADAR DIRAI, TETAPI DIISI DENGAN USAHA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พKami percaya kekuatan Malaysia turut dibina bersama-sama sep...
27/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MERDEKA BUKAN SEKADAR DIRAI, TETAPI DIISI DENGAN USAHA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Kami percaya kekuatan Malaysia turut dibina bersama-sama sepakat oleh usahawan dan pemilik perniagaan yang terus berusaha, komit mengurus dengan amanah, mematuhi tanggungjawab dan membina masa depan yang lebih baik.

Dari Kemaman, Terengganu, kami terus bersama komuniti perniagaan dalam perjalanan membina perniagaan yang lebih tersusun, mampan dan berdaya saing.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

M*F MANAGEMENT & MOHAMAD ASSOCIATE

"๐˜ฝ๐™๐™Ž๐™„๐™‰๐™€๐™Ž๐™Ž ๐™ˆ๐˜ผ๐™‰๐˜ผ๐™‚๐™€๐™ˆ๐™€๐™‰๐™ & ๐˜พ๐™Š๐™‰๐™Ž๐™๐™‡๐™๐˜ผ๐™‰๐™"
" ๐˜ฝ๐™๐™Ž๐™„๐™‰๐™€๐™Ž๐™Ž ๐™„๐™Ž ๐™Š๐™๐™ ๐™Ž๐™€๐™๐™‘๐™„๐˜พ๐™€๐™Ž"

*F *Fmanagement

Nekad tรญnggal kerjaya guru, graduan Al-Azhar berjaya bangunkan bรญsnes arang tempurung kelapa di SetiuSETรU, 15 Julai 202...
15/07/2026

Nekad tรญnggal kerjaya guru, graduan Al-Azhar berjaya bangunkan bรญsnes arang tempurung kelapa di Setiu

SETรU, 15 Julai 2026: Seorang bekas guru sekolah swasta yang juga graduan Unรญversรญtรญ Al-Azhar, Mesรญr, nekad meninggalkan kerjaya dalam bรญdang pendรญdรญkan untuk menceburรญ perusahaan arang tempurung kelapa yang kรญnรญ mampu menghasilkan sehรญngga 20 tan metrรญk sebulan.

Mohd. Hamรญz Zahรญruddรญn Zaharรญ, 31, berkata, perusahaan yang dรญusahakan sejak lapan tahun lalu semakรญn berkembang dengan permรญntaan mencecah kira-kรญra lรญma tan semรญnggu.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Syarรญah Perundangan itu berkata, mรญnat dalam bรญdang berkenaan bermula selepas melawat sebuah kรญlang arang dรญ Kuala Selangor pada 2018.

"Selepas mendapat restu ayah, saya mengambil keputusan berhentรญ menjadรญ guru sebelum mempelajarรญ proses menghasilkan arang tempurung kelapa dan memulakan pernรญagaan sendรญrรญ," katanya ketรญka dรญtemuรญ dรญ Kampung Banggol Setรญu.

Menurutnya, proses pembuatan arang bermula dengan membakar tempurung kelapa dรญ dalam tong dram selama lรญma hรญngga lapan jam sebelum dรญsejukkan dan dรญbentuk mengรญkut saรญz yang dรญkehendakรญ.

Katanya, proses pembakaran dรญjalankan dรญ kebun kelapa sawรญt mรญlรญk keluarganya yang terletak jauh darรญ kawasan penempatan bagรญ mengelakkan gangguan kepada penduduk.

Arang tempurung kelapa yang dรญhasilkan dรญgunakan sebagal bahan bakar untuk masakan dan arang shรญsha, selaรญn menjadรญ pรญlรญhan pengusaha restoran kerana menghasilkan kurang asap serta tahan lebรญh lama.

Mohd. Hamรญz turut menggajรญ penduduk kampung secara sambรญlan bagรญ membantu operasรญ perusahaan itu dan berharap ia dapat berkembang menjadรญ pusat pengumpulan arang tempurung kelapa dรญ daerah berkenaan.

โ€œRamai ingat usahawan Bumiputera senang dapat bantuan kerajaan, aaakan tapi Datuk Dr Ameer Ali Mydin berpandangan realit...
06/07/2026

โ€œRamai ingat usahawan Bumiputera senang dapat bantuan kerajaan, aaakan tapi Datuk Dr Ameer Ali Mydin berpandangan realitinya tak semudah itu.โ€

Menurut beliau, kebanyakan bantuan yang ada sebenarnya lebih tertumpu kepada usahawan mikro atau golongan B40, contohnya pinjaman kecil sekitar RM5,000 hingga RM10,000 melalui agensi tertentu.

Masalah sebenar bermula apabila sesebuah perniagaan sudah berkembang ke peringkat kecil dan sederhana (SME), kerana ketika itu akses kepada pembiayaan yang lebih besar untuk terus berkembang menjadi semakin sukar.

Ameer Ali turut berhujah bahawa pemberian geran atau pinjaman kecil memang boleh membantu seseorang memulakan perniagaan, tetapi ia tidak mencukupi untuk membawa syarikat naik ke tahap seterusnya.

Sebagai contoh, sebuah syarikat yang mahu membuka kilang baharu, menambah mesin, mengembangkan rangkaian cawangan atau menembusi pasaran eksport mungkin memerlukan pembiayaan berjuta-juta ringgit, bukannya sekadar beberapa ribu ringgit.

Sebab itu beliau berpandangan kerajaan perlu memberi lebih tumpuan kepada pembangunan usahawan yang berpotensi berkembang, bukan hanya membantu mereka memulakan perniagaan.

Pada saya isu ini sebenarnya lebih besar daripada soal kaum semata-mata. Cabaran utama ialah bagaimana membina satu ekosistem pembiayaan yang membolehkan syarikat tempatan terus membesar daripada mikro kepada SME, kemudian menjadi syarikat besar yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Bantuan awal memang penting, tetapi lebih penting ialah adanya laluan pembiayaan, jaminan kredit, modal pertumbuhan dan sokongan pasaran yang jelas.

Tanpa โ€œtanggaโ€ itu, ramai usahawan akan kekal di peringkat kecil walaupun mempunyai potensi untuk berkembang.

Lima subsektor pembuatan paling terkesan ialah automotif & komponen, makanan & minuman, plastik & pembungkusan, kimia & ...
19/05/2026

Lima subsektor pembuatan paling terkesan ialah automotif & komponen, makanan & minuman, plastik & pembungkusan, kimia & petrokimia serta E&E

- Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir




Kementerian Ekonomi

Kerajaan memberi jaminan bahawa penggunaan biodiesel campuran B20 adalah selamat untuk kenderaan dan tidak menimbulkan i...
19/04/2026

Kerajaan memberi jaminan bahawa penggunaan biodiesel campuran B20 adalah selamat untuk kenderaan dan tidak menimbulkan isu keserasian, susulan pelaksanaan spesifikasi enjin yang menyokong bahan api tersebut sejak tahun 2020.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata penggunaan biodiesel tidak akan menyebabkan kerosakan kepada enjin, dengan piawaian teknikal telah diwajibkan bagi memastikan industri automotif dan pengguna bersedia sepenuhnya.

Setakat ini, beberapa kawasan termasuk Langkawi, Labuan dan Sarawak telah menggunakan B20 tanpa aduan serius, sekali gus mengukuhkan keyakinan terhadap pelaksanaannya di peringkat nasional.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan turut merancang untuk meningkatkan campuran biodiesel daripada B10 kepada B15 secara berperingkat, bermula dengan B12 tanpa kos tambahan, sebagai langkah mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil import.

Langkah ini juga dilihat sebagai usaha memperkukuh keselamatan tenaga negara di tengah ketidaktentuan geopolitik global. Selain itu, sebanyak RM42 juta diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 bagi menaik taraf depot penapisan minyak sawit, selaras dengan agenda mempercepatkan peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui.

Credit - Nazri Hamdan

--------------------------------------------------

"๐˜ฝ๐™๐™Ž๐™„๐™‰๐™€๐™Ž๐™Ž ๐™ˆ๐˜ผ๐™‰๐˜ผ๐™‚๐™€๐™ˆ๐™€๐™‰๐™ & ๐˜พ๐™Š๐™‰๐™Ž๐™๐™‡๐™๐˜ผ๐™‰๐™"

" ๐˜ฝ๐™๐™Ž๐™„๐™‰๐™€๐™Ž๐™Ž ๐™„๐™Ž ๐™Š๐™๐™ ๐™Ž๐™€๐™๐™‘๐™„๐˜พ๐™€๐™Ž"

Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi di Talian Rasmi kami:-

๐Ÿฌ๐Ÿต-๐Ÿด๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฌ - Khidmat Setiausaha Syarikat (Corp. Secretary Serv)
๐Ÿฌ๐Ÿต-๐Ÿด๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿณ - Khidmat Perakaunan (Accounting Serv)
๐Ÿฌ๐Ÿต-๐Ÿด๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿญ - Khidmat Perakaunan (Accounting Serv)
๐Ÿฌ๐Ÿต-๐Ÿด๐Ÿฑ๐Ÿฌ ๐Ÿฎ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฑ - Khidmat Perakaunan (Accounting Serv)
๐Ÿฌ๐Ÿต-๐Ÿด๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ - Khidmat Percukai & Perlesenan CIDB/M*F/dll
๐Ÿฌ๐Ÿต-๐Ÿด๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฑ๐Ÿฐ๐Ÿต๐Ÿฐ - Khidmat Takaful AM, Zakat dan Pengurusan Harta Pusaka (Hibah, Amanah & Wasiat)

*F *Fmanagement

๐ŸŒ™ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐‡๐€๐ & ๐“๐€๐๐†๐†๐”๐๐†๐‰๐€๐–๐€๐ ๐๐„๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐€๐†๐€๐€๐Ramadhan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi bulan muhasabah dan penyusunan ...
28/02/2026

๐ŸŒ™ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐‡๐€๐ & ๐“๐€๐๐†๐†๐”๐๐†๐‰๐€๐–๐€๐ ๐๐„๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐€๐†๐€๐€๐

Ramadhan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi bulan muhasabah dan penyusunan semula tanggungjawab โ€” termasuk lah tanggungjawab sebagai pemilik syarikat.

Bagi pemilik Sdn. Bhd. dan Enterprise, ini antara amalan baik yang wajar diberi perhatian:

________________________________________
๐Ÿ“Œ 1๏ธโƒฃ ๐‘บ๐‘บ๐‘ด โ€“ ๐‘ท๐’†๐’Ž๐’‚๐’•๐’–๐’‰๐’‚๐’ & ๐‘ฒ๐’†๐’•๐’†๐’๐’–๐’”๐’‚๐’

Ramadhan mengajar kita amanah.
Pastikan:
โ€ข Syarikat aktif dan maklumat dikemaskini di SSM
โ€ข Penyata tahunan & dokumen berkanun difailkan tepat masa
โ€ข Struktur pemilikan jelas dan sah
Syarikat yang patuh undang-undang adalah syarikat yang berkat dan dipercayai.

________________________________________
๐Ÿ“Œ 2๏ธโƒฃ ๐‘ณ๐‘ฏ๐‘ซ๐‘ต โ€“ ๐‘ช๐’–๐’Œ๐’‚๐’Š ๐‘บ๐’†๐’ƒ๐’‚๐’ˆ๐’‚๐’Š ๐‘ป๐’‚๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’–๐’๐’ˆ๐’‹๐’‚๐’˜๐’‚๐’ƒ

Bayaran cukai bukan beban, tetapi tanggungjawab kepada negara.
Semak:
โ€ข E-Filing syarikat & individu
โ€ข PCB pekerja
โ€ข Rekod perbelanjaan dan potongan cukai yang sah
Ramadhan waktu terbaik untuk susun semula rekod kewangan sebelum tahun kewangan ditutup.

________________________________________
๐Ÿ“Œ 3๏ธโƒฃ ๐‘ช๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ฉ โ€“ ๐‘ผ๐’๐’•๐’–๐’Œ ๐‘ฒ๐’๐’๐’•๐’“๐’‚๐’Œ๐’•๐’๐’“

Bagi kontraktor, pastikan:
โ€ข Lesen CIDB aktif
โ€ข Perakuan diperbaharui tepat waktu
โ€ข Kontrak dan dokumentasi projek lengkap
Dokumen yang kemas memudahkan urusan tender dan pembayaran.

________________________________________
๐Ÿ“Œ 4๏ธโƒฃ ๐‘ท๐’†๐’“๐’‚๐’๐’„๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’•๐’‚ ๐‘ท๐’–๐’”๐’‚๐’Œ๐’‚

Ramadhan Bulan Berfikir Jauh. Ramai pemilik syarikat fokus bina perniagaan, tetapi belum susun:

โ€ข Siapa pentadbir jika berlaku kematian?
โ€ข Saham syarikat jatuh kepada siapa?
โ€ข Akaun syarikat boleh dibekukan jika tiada perancangan.
โ€ข Operasi syarikat mungkin terjejas jika tiada perancangan dikemudian hari.

Wasiat, hibah saham dan struktur pemegang amanah boleh mengelakkan perebutan dan pembekuan operasi syarikat.

________________________________________
๐ŸŒฟ ๐‘น๐’‚๐’Ž๐’‚๐’…๐’‰๐’‚๐’ ๐‘ด๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’‹๐’‚๐’“ 3 ๐‘ท๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’“๐’‚ ๐‘ท๐’†๐’๐’•๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ผ๐’๐’•๐’–๐’Œ ๐‘ผ๐’”๐’‚๐’‰๐’‚๐’˜๐’‚๐’:

โœ” Amanah
โœ” Tanggungjawab
โœ” Perancangan Jangka Panjang bukan di dunia bahkan Amanah yang dipertanggungkan di akhirat

Perniagaan bukan hanya tentang untung hari ini,
tetapi tentang kelangsungan dunia & akhirat.

Ramadhan Kareem semua

-----------------------------------------------------------
"๐˜ฝ๐™๐™Ž๐™„๐™‰๐™€๐™Ž๐™Ž ๐™ˆ๐˜ผ๐™‰๐˜ผ๐™‚๐™€๐™ˆ๐™€๐™‰๐™ & ๐˜พ๐™Š๐™‰๐™Ž๐™๐™‡๐™๐˜ผ๐™‰๐™"

" ๐˜ฝ๐™๐™Ž๐™„๐™‰๐™€๐™Ž๐™Ž ๐™„๐™Ž ๐™Š๐™๐™ ๐™Ž๐™€๐™๐™‘๐™„๐˜พ๐™€๐™Ž"

Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi di Talian Rasmi kami:-

๐Ÿฌ๐Ÿต-๐Ÿด๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฌ - Khidmat Setiausaha Syarikat (Corp. Secretary Serv)
๐Ÿฌ๐Ÿต-๐Ÿด๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿณ - Khidmat Perakaunan (Accounting Serv)
๐Ÿฌ๐Ÿต-๐Ÿด๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿญ - Khidmat Perakaunan (Accounting Serv)
๐Ÿฌ๐Ÿต-๐Ÿด๐Ÿฑ๐Ÿฌ ๐Ÿฎ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฑ - Khidmat Perakaunan (Accounting Serv)
๐Ÿฌ๐Ÿต-๐Ÿด๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ - Khidmat Percukai & Perlesenan CIDB/M*F/dll
๐Ÿฌ๐Ÿต-๐Ÿด๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฑ๐Ÿฐ๐Ÿต๐Ÿฐ - Khidmat Takaful AM, Zakat dan Pengurusan Harta Pusaka (Hibah, Amanah & Wasiat)

*F *Fmanagement

Address

No 666 A, Jalan Air Putih, Kemaman, Terengganu Darul Iman
Chukai
24000

Opening Hours

Monday 08:15 - 13:00
14:00 - 17:15
Tuesday 08:15 - 13:00
14:00 - 17:15
Wednesday 08:15 - 13:00
14:00 - 17:15
Thursday 08:15 - 13:00
14:00 - 17:15
Sunday 08:15 - 13:00
14:00 - 17:15

Telephone

+6098502140

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MOF Management Sdn. Bhd. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MOF Management Sdn. Bhd.:

Shortcuts

Share