20/08/2026
Untuk anak muda, jangan takut nak berimpian besar.
Nak pakai BMW? Mercedes? Porsche? Mustang?
Tak salah pun nak jadikan kereta sebagai salah satu reward untuk kejayaan kita.
Cuma satu benda aku nak pesan:
Jangan kecilkan impian sebab gaji kita kecil hari ini. Tapi jangan juga besarkan lifestyle sebelum income kita bersedia.
Kalau nak jadikan kereta sebagai panduan, boleh guna 12-Month Salary Rule:
Harga kereta ≈ maksimum 12 bulan gaji.
Gaji RM5,000 → sekitar RM60,000
Gaji RM10,000 → sekitar RM120,000
Gaji RM20,000 → sekitar RM240,000
Dan jangan kira installment sahaja.
Kena ambil kira juga:
* Insurance & roadtax
* Service & maintenance
* Tayar & wear and tear
* Minyak, tol & parking
Sebaiknya, total kos memiliki kereta jangan sampai menyesakkan cashflow bulanan kita.
Kalau kereta impian kita RM300,000 tetapi income sekarang belum sesuai, jangan buang impian RM300,000 tu.
Tukar soalan daripada:
“Aku mampu ke beli kereta ni?”
kepada:
“Berapa income yang aku perlu bina supaya aku mampu pakai kereta ni dengan selesa?”
Itulah bezanya antara impian tanpa perancangan dengan impian yang ada strategi.
Anak muda kena berani berimpian besar.
Tapi dalam masa yang sama, kena ada ilmu, guideline, disiplin dan strategy.
Jangan turunkan impian ikut kemampuan hari ini.
Naikkan kemampuan sampai setaraf dengan impian kita. 🔥
Sebab kalau bukan sekarang, bila lagi?
P/s: Bukan kereta saya, hanya sebagai hiasan 🤣