01/01/2025
๐๐ ๐๐ฆ
Ada sorang ibu tunggal ni , ada dua orang anak, Aina dan Azlan (bukan nama sebenar). Ibu ni dikenali sebagai seorang yang sederhana, tetapi beliau memiliki koleksi emas perhiasan yang cukup bernilai. Emas-emas ini adalah hadiah daripada anak sulungnya, Aina, yang selalu ingin melihat ibunya gembira dan berhias.
Semasa hayatnya, Aina sering berkata kepada ibunya:
โMak, semua emas ini Aina hadiahkan untuk mak. Gunalah sepuas hati mak, sebab mak berhak dapat yang terbaik.โ
Si ibu tersenyum, tetapi tidak pernah menulis sebarang dokumen rasmi tentang pemilikan emas itu.
Selepas Pemergian Si Ibu.
Semua ahli keluarga berkumpul untuk membincangkan pembahagian harta pusaka. Semasa perbincangan, Azlan bertanya tentang koleksi emas milik arwah ibu mereka.
โBagaimana dengan emas ibu? Kita perlu bahagikan mengikut faraid,โ kata Azlan.
Namun, Aina dengan tegas menjawab:
โItu bukan harta pusaka. Semua emas itu Aina hadiahkan kepada ibu. Jadi, emas itu adalah milik Aina.โ
Azlan terkejut.
โTapi, selepas ibu meninggal, semua yang ada pada ibu termasuk emas itu menjadi harta pusaka. Kita tak boleh sesuka hati mengambilnya tanpa mengikut hukum.โ
Aina tidak bersetuju dan merasakan dia berhak sepenuhnya ke atas emas tersebut kerana ia asalnya datang daripada dirinya.
โโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโ
For information,
Harta yang diberikan kepada ibu semasa hayatnya adalah hadiah atau hibah. Namun, selepas ibu meninggal, semua yang berada dalam pemilikan ibu akan dianggap sebagai harta pusaka, kecuali jika ada bukti yang jelas bahawa emas itu dipindah milik sepenuhnya kepada si pemberi semasa hayat. Maka, emas itu harus dibahagikan mengikut faraid.โ
Aina masih berat hati menerima keputusan itu. Baginya, emosinya terikat dengan pemberian emas tersebut kepada ibunya sebagai tanda kasih sayang.
Selepas beberapa perbincangan, keluarga bersetuju untuk membahagikan emas itu mengikut faraid. Sebagai anak lelaki, Azlan menerima dua bahagian, manakala Aina menerima satu bahagian. Walaupun berat hati, Aina akhirnya akur.
๐ต๐๐๐๐, ๐จ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐.
โAina, bahagian emas aku ini, aku hadiahkan semula kepada kau. Aku tahu kau sangat sayangkan ibu, dan aku mahu kau terus menyimpannya sebagai kenangan. Aku cuma nak pastikan segalanya berlaku dengan cara yang halal. Aku nak selamatkan kau dari termakan harta bathil.โ
Aina terharu dan menangis. Dia akhirnya menyedari bahawa mengikuti hukum faraid bukan hanya soal pembahagian harta, tetapi juga menjaga keberkatan dan hubungan keluarga.
Ingatlah:
1. Harta Pusaka Adalah Amanah
Harta yang ditinggalkan oleh si mati bukan sekadar milik individu, tetapi amanah untuk dibahagikan secara adil mengikut hukum Islam.
2. Hibah Perlu Jelas
Jika seseorang ingin memberikan sesuatu secara kekal, seperti hibah, ia perlu dilakukan dengan jelas dan rasmi semasa hayat untuk mengelakkan pertikaian selepas kematian.
3. Jaga Hubungan Kekeluargaan
Harta pusaka sering menjadi punca perselisihan dalam keluarga. Penting untuk mengutamakan silaturahim dan mencari penyelesaian secara musyawarah.
4. Ikut Hukum Membawa Keberkatan
Mengikuti hukum faraid bukan hanya mematuhi syariat, tetapi juga memastikan keberkatan dalam harta yang dimiliki.
5. Keikhlasan dalam Memberi
Jika sesuatu hadiah diberikan, ia harus dilakukan dengan ikhlas tanpa harapan untuk menuntut kembali.
Kisah ini mengingatkan bahawa harta adalah ujian, tetapi kasih sayang dan hubungan keluarga lebih bernilai daripada apa-apa pun.
ASYIKIN ANUAR
PERUNDING PENTADBIRAN HARTA DAN TAKAFUL ANDA
Utk konsultasi: https://wa.link/9gs8lh