Siti Amaliyah

Siti Amaliyah Perunding Kewangan Islam

Alhamdulillah TV Al-Hijrah datang ofis INFAQ Consultancy
27/01/2026

Alhamdulillah TV Al-Hijrah datang ofis INFAQ Consultancy

Terima kasih wartawan TVAlhijrah yang sudi bertandang ke pejabat saya, INFAQ Consultancy untuk menemuramah berkenaan cadangan kerajaan untuk wujudkan Insurans Rahmah.

Berikut antara beberapa point daripada interview semalam

1. Pastikan ia adalah takaful, bukan insurans konvensional. Ia seiring dengan usaha pembangunan Malaysia Madani yang digagaskan oleh PMX

2. Sebelum ini sudah ada MySalam, jadi produk takaful rahmah ini sepatutnya berbeza.

3. Saya cadangkan ia fokus kepada "medical card", atas beberapa faktor.

4. Hospital kerajaan semakin sesak, jadi dengan adanya medical card rahmah ini dpt mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan.

5. Selain itu, kos medical card dan perubatan semakin tinggi, jadi kewujudan medical card Rahmah ia boleh meringankan beban rakyat.

6. Konsep seumpama ini sudah diusahakan oleh CUEPACS melalui produk Ceupacs Care, bayaran yg rendah tidak sampai seratus untuk cover medical card sekeluarga tapi ia hanya utk kakitangan awam.

7. Jadi, jika konsep CEUPACS CARE ini diperluaskan kepada masyarakat umum melalui medical card rahmah adalah lebih bagus.

8. Selain medical card rahmah, saya juga cadangkan produk takaful rahmah yg cover semua manfaat seperti kematian, sakit kritikal dan lumpuh dalam satu produk dgn harga yang betul-betul rahmah, dan berbaloi supaya lebih ramai rakyat yang melanggan.

9. Kesedaran takaful rakyat Malaysia terutama orang Islam masih rendah. Buktinya penebusan takaful hanya sekitar 17% sahaja sekalipun sudah hampir 20 tahun industri ini di Malaysia.

10. Kesedaran kewangan juga masih rendah di Malaysia, buktinya kajian menunjukkan bahawa majoriti rakyat tidak ada wang simpanan. Apabila berlaku krisis, ramai berharap wang KWSP.

11. Justeru dengan adanya takaful rahmah ini dpt memberi kesedaran yang lebih meluas di kalangan rakyat.

12. Ada juga ditanya semalam, mungkinkah usaha takaful rahmah ini bakal mengganggu perniagaan ejen takaful? Saya katakan tidak, malah ia memudahkan ejen takaful apabila ramai rakyat sedar kepentingan takaful.

13. Sekarang ini pun sudah ada takaful yang boleh di langgan melalui KWSP atau direct dengan syarikat, tapi peranan ejen tetap berfungsi kerana produk dan manfaat yang ditawarkan oleh tenaga ejen adalah berbeza.

14. Di akhir interview, besar harapan saya agar usaha ini berjaya dan memberi manfaat kepada rakyat dan bukan sekadar gimik politik atau mengkaya syarikat insurans dan takaful sahaja.

Afyan Mat Rawi, IFP

26/01/2026
Ramai keluarga muda merasakan mereka sudah cukup dilindungi kerana pernah mengambil polisi sebelum berkahwin atau di awa...
26/01/2026

Ramai keluarga muda merasakan mereka sudah cukup dilindungi kerana pernah mengambil polisi sebelum berkahwin atau di awal perkahwinan.

Hakikatnya, kehidupan kita berubah seiring masa, dan perlindungan juga perlu berkembang bersama perubahan itu.
Dulu kita hanya bertanggungjawab ke atas diri sendiri.

Kini ada pasangan, ada anak kecil, dan ada komitmen bulanan yang perlu diurus. Dalam keadaan ini, persoalannya bukan lagi sekadar “ada atau tiada polisi”, tetapi sama ada perlindungan tersebut benar-benar mencukupi untuk sebuah keluarga.

Kos rawatan hari ini semakin meningkat. Hospital, ubat-ubatan dan rawatan susulan memerlukan perbelanjaan yang besar. Jika medical card yang dimiliki mempunyai had tahunan yang rendah atau tidak meliputi penyakit kritikal, risiko kewangan akhirnya terpaksa ditanggung oleh keluarga sendiri.

Siti Amaliyah
INFAQ Consultancy

Tanggungjawab sebagai seorang suami kepada isteri dan anak-anak dalam merancang kewangan melalui instrumen takaful.
14/01/2025

Tanggungjawab sebagai seorang suami kepada isteri dan anak-anak dalam merancang kewangan melalui instrumen takaful.

16/08/2024
03/04/2024

Betul sangat setuju, pembeli sudah mula tukar cara membeli.

01/04/2024

Semua perasaan ada bila tengok kupasan mereka berdua😂😂😂

01/04/2024

Kenapa produk yang ada pematuhan syariah pun boleh bermasalah?

Paling asas, kita kena bezakan pematuhan syariah entiti di bawah regulator seperti perbankan Islam dan takaful VS entiti di luar kawal selia regulator seperti syarikat emas, syarikat MLM, syarikat networking dan sebagainya.

Baaaaaaaaanyaaaaaak beza status patuh syariah di syarikat biasa dengan status patuh syariah syarikat yang berada di bawah pemantauan Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti.

Syarikat biasa seperti syarikat emas, syarikat MLM, syarikat networking dan lain-lain yang bukan di bawah pemantau BNM, hanya ada satu sahaja tapisan pematuhan syariah, iaitu oleh penasihat atau konsultan patuh syariah.

Tapi berbeza dengan pematuhan syariah entiti-entiti di bawah pemantauan BNM.

Paling kurang ada 3 tapisan patuh syariah.

1. Pegawai department syariah internal

2. Penasihat syariah external

3. Penasihat syariah BNM

Pertama, department syariah. Ada pegawai department syariah sepenuh masa utk menyemak produk patuh syariah setiap waktu. Ada jumlah minima yang diwajibkan oleh BNM iaitu 2 orang.

Lapisan kedua, ahli jawatan penasihat syariah. Ia untuk memantau sekurangnya sebulan sekali produk-produk yang diluluskan dari peringkat Department syariah tadi. Paling kurang di peringkat ini ada 5 orang ahli jawatankuasa terlibat.

Lapisan terakhir selepas lepas di kedua-dua peringkat di atas ialah semakan di peringkat Ahli Jawatankuasa Syariah Bank Negara Malaysia sendiri. Dalam senarai terkini, ada 9 orang yang terlibat dalam jawatankuasa ini. Rujuk gambar di atas.

Hanya sekiranya selepas lulus ketiga-tiga tapisan itu, barulah sesuatu produk dipasarkan.

Itu pun di peringkat pemasaran, ada kebarangkalian berlaku insiden-insiden yang tidak sepatutnya dilakukan oleh ejen / marketer / banker seperti misleading dan misselling dek kerana nak kejar bisnes.

Ia sama halnya produk yang ada halal JAKIM, tapi ada yang salah guna dan manipulasi. Produk-produk kewangan yang patuh syariah juga tidak lepas dari dimanipulasikan.

Itulah bezanya proses pematuhan syarikat yang di luar kawal selia BNM yang hanya bergantung kepada satu tapisan sahaja. Malah mungkin hanya bergantung kepada SATU orang sahaja penasihat syariah.

Maka ia terdedah kepada kebarangkalian berlaku kesilapan.

Jika di perbankan Islam dan syarikat takaful, sekiranya berlaku insiden pelanggaran syariah dalam audit BNM, boleh dikenakan denda yang maha tinggi dan mana-mana individu yang terlibat boleh dipecat jika didapati bersalah.

Perbankan Islam dan syarikat takaful juga mempunyai kawal selia operasi yang ketat dari sudut undang-undang.

Sebab itulah syarikat takaful dan perbankan Islam boleh bertahan lama.

Malah syarat menjadi ejen takaful pun ada proses tertentu, dan untuk kekal sebagai ejen ada siri-siri latihan wajib yang perlu dihadiri demi untuk mengekalkan profesionalisme kerjaya dalam bidang takaful dan mengelakkan salah laku.

Itu pun masih ada ejen-ejen yang misleading dan misselling apabila menjalankan perniagaan.

Alhamdulillah, saya sudah berada dalam bidang ini lebih 20 tahun.

Ada yang berminat? Boleh PM tepi.

Afyan Mat Rawi, IFP
FB saya dah kena shadowban dengan Mark Zuckerberg, jadi saya pakai FB page INFAQ Consultancy ini. Jika baca posting ini, tolong follow dan komen sepatah dua kata boleh?

🌸Doa 2️⃣1️⃣ Ramadan🌸Ya Allah... Berilah kami petunjuk menuju kepada keredhaan-MU. Dan janganlah Engkau beri jalan kepada...
01/04/2024

🌸Doa 2️⃣1️⃣ Ramadan🌸

Ya Allah... Berilah kami petunjuk menuju kepada keredhaan-MU. Dan janganlah Engkau beri jalan kepada syaitan untuk menguasai kami. Jadikanlah syurga bagi kami sebagai tempat tinggal dan peristirehatan, Wahai Pemenuh Keperluan orang-orang yang meminta.

Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Assalamualaikum😊Ada orang menolak takaful dengan alasan dia dah banyak harta dan aset, tapi hakikatnya apabila ditimpa m...
13/03/2024

Assalamualaikum😊

Ada orang menolak takaful dengan alasan dia dah banyak harta dan aset, tapi hakikatnya apabila ditimpa musibah sebegini, bukan mudah untuk tukarkan harta dan aset kepada tunai dalam kadar segera.

Jadi, berbalik kepada fungsi utama takaful untuk

1. Perlindungan pendapatan
2. Pengkalan aset
3. Penyelesaian hutang

Ketiga-tiga fungsi di atas berfungsi apabila berlaku 3 musibah kewangan besar aka financial disaster, iaitu

1. Kematian
2. Lumpuh kekal
3. Penyakit kritikal

Inilah fungsi sebenar takaful, yang tidak ada pada instrumen kewangan lain seperti unit trust, saham, hartanah, emas, kripto dan sebagainya.
INFAQ Consultancy Sdn Bhd
"Plan Your Wealth, Change Your Life"
"Rancang Kewangan, Ubah Kehidupan"

Kak Aleya
*INFAQ Consultancy*
*Takaful Ikhlas Family Berhad*

Address

Batu Caves
68100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Siti Amaliyah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share