Cakna Kewangan Anda

Cakna Kewangan Anda Perkongsian Ilmu Kewangan

PELABURAN HARTANAH MODAL RENDAH.Pernah terfikir tak macam mana nak mula melabur dalam hartanah, tapi tak ada modal besar...
25/06/2025

PELABURAN HARTANAH MODAL RENDAH.

Pernah terfikir tak macam mana nak mula melabur dalam hartanah, tapi tak ada modal besar?

Atau rasa macam hartanah ni untuk orang yang dah kaya saja?

Sebenarnya ada satu jalan yang dah lebih 82,000 Bumiputera guna sejak tahun 2010.

Nama dia Amanah Hartanah Bumiputera, atau ringkasnya AHB.

Pada 21 Jun 2025, AHB umumkan pembukaan sebanyak 300 juta unit untuk dilanggan oleh pelabur Bumiputera di seluruh negara.

Kali ini, tumpuan diberikan kepada orang Pantai Timur.

AHB ni bukan pelaburan angin.

Ia disokong oleh aset hartanah sebenar.

Bukan rumah kosong.

Bukan projek gagal.

Tapi bangunan sebenar seperti Mayang Mall di Kuala Terengganu yang sedang beroperasi hari ini.

Melalui AHB, kita boleh jadi pemilik benefisial kepada hartanah macam ni.

Tanpa perlu beli atau uruskan apa-apa.

Setiap tahun, pelabur akan terima agihan pendapatan sebanyak dua kali.

Pertama, pada pertengahan tahun. Yang ini dipanggil agihan interim.

Kemudian satu lagi pada hujung tahun.

Macam bonus dua kali setahun.

Tahun ini saja, pelabur dah terima 2.50 sen seunit masa pertengahan tahun, dan 3.25 sen lagi pada hujung tahun.

Sejak AHB dilancarkan, lebih RM2.3 bilion telah diagihkan kepada pelabur.

Itu bukan angka kecil.

Dan yang paling mudah, semua urusan boleh dibuat secara dalam talian.

Hanya daftar dan langgan melalui portal rasmi MyAHB.

Kalau selama ni asyik tengok orang lain melabur, inilah peluang untuk mula dengan langkah yang selamat.

Modal tak besar.

Risiko rendah.

Tapi peluang besar.

Lagi cepat daftar, lagi besar peluang untuk dapat unit.

Kalau lambat, mungkin habis dulu.

Dengarnya boleh apply melalui aplikasi mereka.
Pandai-pandailah kome yop.

Akif Radzi
INFAQ Consultancy

Kenapa Call Itu Masih Relevan?Dalam dunia serba digital hari ini, ramai konsultan terlalu bergantung pada teks dan mesej...
25/06/2025

Kenapa Call Itu Masih Relevan?

Dalam dunia serba digital hari ini, ramai konsultan terlalu bergantung pada teks dan mesej ringkas.

Tapi jika kita serius nak bina kepercayaan dengan klien, panggilan telefon masih antara strategi follow up yang paling berkesan.

Menurut kajian Rain Group, 80 peratus jualan berlaku selepas lima kali follow up.

Dan antara follow up yang paling berimpak adalah melalui panggilan suara.

Teks mungkin cepat, tapi suara membawa emosi.

Nada suara, gelak kecil, nada yakin, empati, semua ini tidak akan sampai melalui teks.

Satu lagi dapatan menarik datang daripada laporan InsideSales.

Panggilan yang dibuat dalam masa lima minit selepas prospek engage boleh meningkatkan kadar conversion sebanyak sembilan kali ganda berbanding panggilan yang dibuat selepas 30 minit.

Konsisten dan cepat, itu gabungan yang menghasilkan hasil.

Apabila kita rajin membuat panggilan, kita kekal dalam radar klien.

Mereka mungkin belum bersedia untuk buat keputusan hari ini.

Tapi bila tiba masa yang sesuai, siapa yang mereka akan ingat?

Sudah tentu orang yang rajin ambil tahu dan kerap follow up.

Perdana Menteri Malaysia sendiri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, antara pemimpin yang sangat aktif menelefon rakan sejawat dari negara lain.

Sama ada untuk menjaga hubungan diplomatik, berbincang isu serantau atau mengekalkan pengaruh Malaysia, beliau tidak tunggu orang hubungi dulu.

Beliau sendiri yang angkat telefon dan mulakan perbualan.

Beliau faham, hubungan yang baik tidak boleh dibiarkan sejuk.

Ia mesti dijaga, disubur dan dirawat selalu.

Prinsip ini sama dalam kerja kita sebagai konsultan.

Kita tidak sekadar menjual produk.

Kita bina kepercayaan jangka panjang.

Kadang-kadang, klien bukan tidak berminat.

Mereka cuma sibuk, terlupa atau sedang tunggu masa yang sesuai.

Bila kita call, kita sebenarnya membantu mereka buat keputusan dengan lebih mudah.

Kalau pemimpin negara pun sanggup call demi menjaga hubungan antarabangsa, kita juga sepatutnya tidak segan untuk call klien sendiri demi menjaga hubungan profesional.

Panggilan yang kita buat hari ini mungkin bukan untuk closing serta-merta.

Tapi ia adalah benih yang akan berbuah pada masa yang tepat.

Kenapa Banyak Rumah Bumiputera Tak Terjual? Bukan Tak Nak Beli, Tapi…Ramai orang ingat, bila rumah tu kuota Bumiputera, ...
16/04/2025

Kenapa Banyak Rumah Bumiputera Tak Terjual? Bukan Tak Nak Beli, Tapi…

Ramai orang ingat, bila rumah tu kuota Bumiputera, mesti senang laku.

Tapi realitinya, banyak unit rumah Bumiputera masih kosong walaupun projek dah siap cantik berdiri.

Contohnya, ikut data REHDA, lebih 77% rumah dalam julat harga RM300 ribu ke RM500 ribu masih belum terjual.

Bukan baru siap semalam, ada yang dah bertahun.

Isunya bukan sebab orang Melayu tak nak beli rumah.

Ramai yang memang nak. Tapi bila tengok harga, terus kecut hati.

Gaji bulanan belum tentu lepas nak bayar ansuran, tambah lagi dengan komitmen bulanan lain.

Bila cuba mohon loan, bank tolak sebab gaji tak cukup atau tak ada sejarah kredit langsung.

Ada yang kata lokasi jadi punca.

Tapi kalau kita perhati betul-betul, banyak projek Bumiputera yang memang berada di lokasi strategik.

Dekat stesen LRT, sekolah, highway utama.

Tapi masalahnya, bila lokasi dah best, harga pun jadi makin tinggi.

Harga naik bukan sebab pembeli nak, tapi sebab nilai tanah tu makin mahal.

Akhirnya, rumah tu hanya mampu tengok, bukan mampu milik.

Rumah-rumah ni bukan tak ada potensi.

Tapi dalam realiti ekonomi sekarang, walaupun rumah tu bawah RM500 ribu, ia tetap terlalu tinggi untuk majoriti orang muda dan keluarga muda.

Dengan kos sara hidup yang makin meningkat, simpanan makin susah nak dikumpul.

Jadi walaupun rumah ada, pembeli yang betul-betul layak tu masih tak mampu nak capai.

Akif Radzi
INFAQ Consultancy

*Ada peluang untuk tambah duit tepi.
Cuma kena ada efforts dan kesungguhan.
Pm tepi

Bukan effect apa-apa pun?Kalau kita tengok dari sudut pandangan yang lebih kritikal, ramai yang boikot Starbucks ni seba...
02/11/2024

Bukan effect apa-apa pun?

Kalau kita tengok dari sudut pandangan yang lebih kritikal, ramai yang boikot Starbucks ni sebab ada kaitan dengan isu sumbangan Starbucks kepada Isr@el.

Dalam situasi semasa, di mana serangan terhadap rakyat P@lestin makin menjadi jadi, ramai rasa yang menyokong jenama yang ada hubungan dengan Isr@el secara tak langsung macam “bersekongkol” dengan pihak yang menzalimi rakyat P@lestin.

Walaupun Vincent Tan kata boikot Starbucks Malaysia ni hanya akan jejaskan ekonomi tempatan, ramai rakyat Malaysia pilih untuk terus boikot sebab nak tunjuk solidariti kepada P@lestin.

Bagi yang boikot, mereka anggap ada perkara yang lebih besar dari keuntungan ekonomi jangka pendek.

Sebagai contoh, kalau cukup ramai rakyat kita sokong boikot, ia boleh jadi suara kolektif yang lantang, yang menunjukkan sikap tegas Malaysia sebagai negara yang menentang penindasan.

Jadi, bagi mereka yang sokong boikot ni, keputusan tak semestinya tentang Starbucks Malaysia semata mata.

Ia lebih kepada prinsip dan mesej yang nak disampaikan tentang keprihatinan kita terhadap apa yang berlaku pada rakyat P@lestin, walaupun cara kita menyumbang tu mungkin kecil, impaknya boleh jadi besar.

Pandai kecek buwi sajo
31/10/2024

Pandai kecek buwi sajo

PENUTUPAN CAWANGAN  Baru-baru ni, kecoh di media sosial pasal Starbucks Malaysia nak tutup lebih 100 cawangan! Tapi jang...
30/10/2024

PENUTUPAN CAWANGAN

Baru-baru ni, kecoh di media sosial pasal Starbucks Malaysia nak tutup lebih 100 cawangan!

Tapi jangan risau, sebenarnya berita tu tak betul.

Starbucks Malaysia dah keluar kenyataan rasmi, menafikan khabar angin yang beredar.

Menurut mereka, memang ada beberapa cawangan yang ditutup, tapi cuma sementara je, untuk proses susun semula.

Maknanya, bukan penutupan kekal besar-besaran seperti yang disangka ramai.

Yang betulnya adalah mereka alami penurunan hasil hampir 35% tahun ini berbanding tahun lepas.

Address

Batu Caves
48000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cakna Kewangan Anda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Cakna Kewangan Anda:

Share