05/09/2021
KELIRU SAMPAI TAK TAHU APA TUJUAN SEBENAR KITA BERTAKAFUL?
First thing first, JANGAN melanggan takaful kerana ejen PUSH dan harga MURAH. Sebaliknya kita kena tahu apa tujuan utama kita bertakaful. Kita nak lindungi apa? Kita nak lindungi Nyawa, Kesihatan dan Kemalangan.
Kenapa kita nak lindungi nyawa? Sebab setelah kita meninggal dunia, waris kita yang sudah kita namakan dalam borang yang akan mendapat manfaatnya. Tidaklah mereka meminta bantuan sana sini untuk meneruskan kehidupan sebaik sahaja kita meninggal.
Kalau kita sakit atau kemalangan p**ak macamana? Tak boleh bekerja dengan baik, produktiviti menurun terpaksalah kita bersara awal. Jadi, sewaktu ini lah takaful ini berfungsi membantu kita memberi bantuan kewangan untuk kita menyara diri, kos perubatan serta persekolahan anak-anak.
Takaful tidak berfungsi seperti simpanan dalam bank yang kita boleh dapat duit balik kalau tak claim. Sebab itu ramai yang terkejut apabila mendapat nilai tunai sedikit sahaja berbanding jumlah sumbangan yang dibayar sepanjang coverage.
Habis tu ke mana pergi duit duit tu? Duit duit tu dikumpulkan membantu peserta-perserta lain yang ditimpa musibah seperti kematian, kemalangan dan kesakitan. Maka, kita kena bersyukur tidak ditimpa musibah sepanjang polisi berlangsung dan dapat menambah saham akhirat kerana kita sudah membantu sahabat-sahabat lain. Clear?
Untuk makluman, Takaful yang kita join itu ada banyak fungsi. Kena baca balik buku polisi Tuan/Puan untuk lebih faham. Jika perlukan bantuan, boleh pm saya.