AMACC GROUP 1144269-H

AMACC GROUP 1144269-H We help founders understand their numbers, reduce business risks & build stronger company structures.

Accounting | Tax | Advisory | Corporate Solutions
Helping Founders See The Next Step™
AMACC Sdn Bhd (1144269-H) Company Secretarial | Accounting | Taxation | GST Consultant | Zakat | Class & Training | M*F Licence

01/09/2026

MITOS: Bila dah bayar zakat, selesai.

Tapi ramai founder tak tahu ada satu lagi perkara yang patut mereka faham — WAKALAH.

Apa sebenarnya wakalah? Kenapa ia relevan kepada pemilik bisnes? Dan adakah sebahagian zakat boleh diagihkan sendiri kepada penerima yang layak?

Ramai dah bayar zakat bertahun-tahun…tapi bahagian ini mungkin mereka tak pernah tahu.

Sebelum zakat seterusnya, fahamkan dulu bagaimana wakalah berfungsi dan syarat yang ditetapkan oleh institusi zakat negeri masing-masing.

Kadang-kadang bukan kita tak buat. Kita cuma tak tahu pilihan yang ada.

Fahami bagaimana ia sebenarnya berfungsi.

📌 Nak tanya lebih lanjut tentang Zakat & Wakalah?
Apa kelebihan dari sudut cukai?

Jumpa kami di Talk to AMACC LIVE
🗓️ Setiap Jumaat
⏰ 3.00 petang

Bawa soalan anda. Kita bincang LIVE.

🇲🇾 MERDEKA KE-69Di sebalik setiap pintu pejabat yang dibuka setiap pagi,ada perjuangan yang orang lain mungkin tidak nam...
31/08/2026

🇲🇾 MERDEKA KE-69

Di sebalik setiap pintu pejabat yang dibuka setiap pagi,
ada perjuangan yang orang lain mungkin tidak nampak.

Ada seorang ayah yang keluar awal pagi, meninggalkan keluarga demi mencari rezeki.

Ada seorang ibu yang tetap datang bekerja, walaupun fikirannya masih pada anak-anak di rumah.

Ada pekerja yang bertahan, belajar dan memberikan yang terbaik kerana ada keluarga yang bergantung kepada pendapatannya.

Dan ada pemilik perniagaan yang setiap bulan memikirkan bukan sahaja keluarganya sendiri — tetapi gaji dan kehidupan keluarga orang lain juga.

Itulah perjuangan zaman kita.

Mungkin kita tidak berjuang seperti generasi terdahulu.

Tetapi kita masih mengenal erti pengorbanan.

Masa yang dilepaskan.
Penat yang disimpan.
Risiko yang ditanggung.
Kegagalan yang tidak diceritakan.
Dan berkali-kali memilih untuk bangun semula kerana ada orang yang bergantung kepada kita.

Kemerdekaan memberi kita ruang untuk membina kehidupan sendiri.

Tetapi tanggungjawab kitalah yang menentukan apa yang kita bina dengan kebebasan itu.

Hari ini, apabila kita melihat Jalur Gemilang berkibar, ingatlah —

di seluruh Malaysia ada jutaan perjuangan kecil yang sedang berlaku.

Di pejabat.
Di kedai.
Di kilang.
Di jalan raya.
Dan di rumah.

Semuanya kerana satu perkara yang sama:

Kita mahu orang yang kita sayangi mempunyai kehidupan yang lebih baik daripada semalam.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69. 🇲🇾

Semoga setiap perjuangan dipermudahkan,
setiap pengorbanan dihargai,
dan setiap usaha menjadi sebahagian daripada Malaysia yang lebih baik.

27/08/2026

Founder ni banyak benda nak fikir. Sales, staff, cashflow, client — sampai bab cukai sendiri kadang-kadang kita main, “Nantilah, hujung tahun tengok.” Bila dah sampai masa nak submit, baru kelam-kabut cari resit dan baru tahu rupanya ada pelepasan cukai yang kita sebenarnya boleh claim.

Sayang kalau benda yang memang kita layak, kita terlepas macam tu je. Bukan nak elak bayar cukai, tapi kalau memang layak claim, claim lah betul-betul. Duit tu kita penat cari. Jangan sebab tak tahu atau tak sempat ambil tahu, akhirnya kita bayar lebih daripada yang sepatutnya.

26/08/2026

“Founder, cashflow ketat tapi cukai dah sampai masa nak bayar?”

"Jangan panik dulu. Tahukah anda, dalam situasi tertentu, bayaran cukai mungkin boleh dibuat secara ansuran melalui E-Ansuran.”

dengar sampai habis...

MERDEKA bukan sekadar bebas.Dalam bisnes, kita juga kena bebas daripada buat keputusan dalam gelap. 🇲🇾Jumaat ini, Talk t...
26/08/2026

MERDEKA bukan sekadar bebas.
Dalam bisnes, kita juga kena bebas daripada buat keputusan dalam gelap. 🇲🇾

Jumaat ini, Talk to AMACC LIVE — Edisi Merdeka kembali.

Bukan sesi ceramah panjang.

Ini ruang untuk business owner tanya soalan sebenar tentang bisnes mereka— dan kami jawab berdasarkan apa yang kami nampak daripada sudut akaun, cukai, compliance dan perjalanan bisnes.

Ada benda yang nampak kecil hari ini, tapi kalau dibiarkan boleh jadi masalah besar kemudian.

Ada juga benda yang owner terlalu risaukan, sedangkan sebenarnya ada jalan yang lebih mudah.

Ajukan soalan anda. Kita bincang LIVE.

📅 JUMAAT • 28 OGOS
⏰ 3.00 – 4.00 PTG
🎙️ SESI Q&A EDISI MERDEKA
📍 LIVE DI TIKTOK

Antara yang boleh ditanya:

• Akaun & cashflow
• Cukai & LHDN
• e-Invois
• Syarikat & compliance
• Company secretary
• Struktur dan keputusan kewangan bisnes

Tak perlu tunggu masalah jadi besar baru cari jawapan.

Highlight minggu ni ialah berkaitan cukai pelepasan individu.

Jumpa Jumaat ini. 🇲🇾

Talk to AMACC LIVE
Kami bercakap berdasarkan fakta, data dan akta. Bukan auta.
Anda tanya. Kami bantu nampakkan langkah seterusnya.

🌙 Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448HSetiap perniagaan yang berjaya, bermula dengan amanah.Semoga kelahiran Rasululla...
25/08/2026

🌙 Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H

Setiap perniagaan yang berjaya, bermula dengan amanah.

Semoga kelahiran Rasulullah ﷺ terus menjadi cahaya panduan buat kita — dalam hidup, dalam keluarga, dalam setiap langkah perniagaan.

Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.

Ikhlas daripada AMACC.

LHDN buka tingkap. Ia ada tarikh tutup.Sejak Julai lepas, ada Program Khas Pengakuan Sukarela e-Invois. Kalau syarikat a...
19/08/2026

LHDN buka tingkap. Ia ada tarikh tutup.

Sejak Julai lepas, ada Program Khas Pengakuan Sukarela e-Invois. Kalau syarikat anda pernah hantar e-Invois yang salah, hantar tak lengkap, atau langsung tak hantar sejak tarikh wajib — anda boleh betulkan tanpa penalti. Sehingga 31 Disember 2027.

Perkara yang lebih penting bukan programnya. Tapi apa yang kewujudannya beritahu kita.

Sebuah jabatan cukai tidak buka ruang pembetulan tanpa penalti kalau pematuhan berjalan lancar. Mereka buka sebab mereka melihat corak yang sama berulang.

Corak yang sama kami lihat di meja kami:

Tempoh kelonggaran disangka penangguhan. Yang dilonggarkan hanya kaedah, bukan kewajipan. Bagi syarikat RM1 juta ke atas, kewajipan itu sudah berjalan sejak Januari.

Transaksi RM10,000 ke atas dimasukkan dalam invois disatukan. Ini satu-satunya bahagian yang tiada kelonggaran langsung.

Bawah RM1 juta ingat automatik terkecuali ?

"Jualan bawah RM1 juta, terus rasa selamat. Padahal siapa pegang saham syarikat anda pun kena kira sekali."

"Ramai ingat bawah RM1 juta memang lepas. Tapi kalau syarikat anda ada induk atau pemegang saham syarikat lain — cerita jadi lain."

"Bukan sebab jualan anda kecil, terus anda terkecuali. Kena tengok siapa yang duduk atas syarikat anda."

"Tahun ni jualan turun, ingat dah boleh berhenti. Sekali dah masuk, memang tak keluar dah."

"Jangan ingat jualan jatuh bermakna anda terlepas balik. Pintu ni satu hala je."

"Dah masuk, memang dah masuk. Jualan naik turun tak ubah apa-apa."

Setiap satu ini bukan kecuaian. Ia sistem baharu yang dipelajari sambil berjalan.

Bezanya, hari ini pembetulan itu percuma. Selepas tingkap ini tutup, pembetulan yang sama datang dengan harga berbeza.

Kalau anda tidak pasti apa yang telah dihantar sepanjang tahun ini betul atau tidak — itu sendiri jawapannya. WhatsApp kami untuk semakan awal.

Pemerhatian AMACC™ | See The Next Step™

Lima soalan ini kami terima minggu ni. Semua daripada majikan. Semuanya belum kami jawab."Elaun petrol RM300 sebulan ni ...
19/08/2026

Lima soalan ini kami terima minggu ni. Semua daripada majikan. Semuanya belum kami jawab.

"Elaun petrol RM300 sebulan ni kena masuk EA ke tak?"

"Staf saya kerja dari rumah, saya bayar internet dia. Itu benefit ke reimbursement?"

"Saya bagi kereta syarikat untuk sales team. Ada yang guna balik rumah. Ada masalah ke?"

"Kontraktor saya ni dah tiga tahun kerja dengan saya. Masih boleh kira kontraktor?"

"Saya ambil director fee je, tak ambil gaji. Betul ke lebih jimat?"

Setiap satu ada jawapan. Tapi jawapan sebenarnya bukan ya atau tidak — ia bergantung pada butiran yang selalunya tak disebut dalam soalan asal.

Sebab itu kami tak jawab di ruangan komen.

Jumaat ini kami kupas kelima-limanya. Satu jam. Dengan konteks penuh.

Poster keluar esok.

Kami bercakap berdasarkan data, fakta dan akta, bukan auta.

Pemerhatian AMACC™ | See The Next Step

Ramai majikan ingat cukai pekerja itu kerja HR. LHDN tidak fikir begitu.Bila ada isu PCB tak cukup potong, benefit yang ...
18/08/2026

Ramai majikan ingat cukai pekerja itu kerja HR. LHDN tidak fikir begitu.

Bila ada isu PCB tak cukup potong, benefit yang tak dilaporkan, atau borang yang lambat dihantar — yang menerima surat bukan staf. Ia syarikat. Dan dalam banyak kes, pengarah.

Ini antara perkara yang paling kerap kami jumpa bila semak payroll klien:

Elaun telefon, petrol dan parking yang dibayar setiap bulan, tapi tak pernah dinilai layanan cukainya.

Kereta syarikat, rumah sewa untuk staf, faedah perubatan — dianggap "kos syarikat" sahaja, sedangkan sebahagiannya adalah pendapatan di tangan pekerja.

Bonus dan komisen dibayar, PCB dikira ikut cara biasa, dan bezanya baru muncul masa pekerja failkan cukai sendiri.

Staf yang dipanggil "freelance" atau "kontrak", tapi datang setiap hari, ikut waktu kerja, guna peralatan syarikat. Klasifikasi ini bukan ikut apa yang tertulis dalam perjanjian sahaja.

Pengarah yang ambil director fee dan gaji dalam kombinasi yang tak pernah dikira semula sejak syarikat mula.

Setiap satu ini nampak kecil bulan-bulan. Ia hanya jadi besar bila terkumpul tiga tahun ke belakang, dengan penalti.

Jumaat ini kami kupas satu per satu.

Talk to AMACC LIVE bersama Amsyari Shakur (Founder & Principal Advisor) dan Taufik Misnon (Senior Tax Consultant).

21 Ogos 2026 | 3.00–4.00 petang

Bawa kes anda. Kalau ada perkara yang anda tak berani tanya kat mana-mana, tanya di sini.

Kami bercakap berdasarkan data, fakta dan akta, bukan auta.

Pemerhatian AMACC™ | See The Next Step™

Bukan anda tak layak. Anda cuma silap urutan.Insentif untuk SME yang nak guna AI memang wujud. Geran padanan 50% sehingg...
18/08/2026

Bukan anda tak layak. Anda cuma silap urutan.

Insentif untuk SME yang nak guna AI memang wujud. Geran padanan 50% sehingga RM5,000. Potongan cukai tambahan 50% untuk latihan AI. Elaun modal dipercepat untuk sistem dan perisian.

Tapi ini yang kami perhatikan di meja kami:

Founder subscribe tool dulu. Bayar guna kad sendiri. Hantar staff ke kursus AI yang dijumpa dalam Facebook. Lepas semua selesai, baru tanya akauntan — "boleh claim tak?"

Pada waktu itu, jawapannya selalunya tidak.

Geran Digital PMKS MADANI dituntut melalui Rakan Digitalisasi yang dilantik. Ia bukan tuntutan balik selepas anda beli sendiri.

Potongan tambahan 50% p**a khusus untuk latihan yang diiktiraf MyMahir di bawah NAICI, dengan permohonan kepada TalentCorp, dan hanya sekali dalam dua tahun.

Untuk elaun modal dipercepat pada sistem dan perisian, apa yang menentukan bukan niat anda — tetapi bila perbelanjaan modal itu dilakukan, dan bagaimana ia direkodkan dalam akaun.

Tiga insentif. Tiga pintu masuk berbeza. Satu perkara yang sama: kelayakan ditentukan sebelum anda bayar.

Perbezaan antara founder yang dapat dan yang tidak dapat selalunya bukan saiz bisnes. Ia urutan keputusan.

Kalau tahun ini anda memang dah plan nak upgrade sistem akaun, subscribe tool AI, atau hantar team pergi training — semak kelayakan dahulu, sebelum invois keluar.

WhatsApp kami. Kami semak apa yang anda layak, dan apa yang mungkin sudah terlepas.

Pemerhatian AMACC™ | See The Next Step™

Address

Bangi
43650

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AMACC GROUP 1144269-H posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to AMACC GROUP 1144269-H:

Shortcuts

Share

Category