18/05/2020
KENAPA PERLU WASIAT , FARAID KAN ADA?
Pernah kan dengar org ckp mcm tu.
Sebelum saya jawab soalan di atas biar sy terangkan apa kandungan wasiat sebenarnya.
Untuk memberi pemahaman apa kandungan wasiat, berikut adalah beberapa perkara asas yang harus ada didalam wasiat.
1. PERLANTIKAN WASI DAN PEMEGANG AMANAH
Hak untuk melantik Wasi adalah hak pewasiat kerana wasiat dibuat semasa pewasiat masih hidup.
Bila pewasiat telah meninggal dunia, hak melantik ini jatuh kepada semua waris faraid simati.
Bukan mudah untuk mendapat persetujuan semua waris faraid untuk melantik Pentadbir Harta yang amanah, jujur dan dapat menguruskan harta dengan kadar segera.
Untuk pelanggan kami, digalakkan untuk melantik As-Salihin Trustee Berhad sebagai wasi kerana ia adalah sebuah syarikat dan bukan individu.
Ini kerana jika melantik individu, pelantikan Wasi itu terbatal jika Wasi itu juga meninggal dunia.
2. HUTANG DAN PERBRLANJAAN
Arahan kepada Wasi menggunakan harta simati untuk membayar segala hutang, kos pengebumian dan kos menguruskan harta peninggalan simati.
Hutang juga termasuk sebarang tunggakan simati kepada Allah seperti badal haji, zakat, kaffarat, fidyah dan haji jika belum ditunaikan.
3. PENJAGA HARTA UNTUK ANAK DIBAWAH UMUR 18
Jika yang meninggal dunia itu adalah Ayah dan mempunyai anak dibawah 18 tahun serta sudah tiada datuk, pusaka yang diwarisi oleh anak itu akan diurus oleh Amanah Raya.
Isteri simati hanya mendapat hak penjagaan anak dan bukan hak pengurusan harta anak.
Oleh itu penting di dalam wasiat melantik penjaga harta untuk anak tersebut supaya memudahkan urusan perbelanjaan.
Penamaan untuk penjaga harta itu boleh jadi isteri simati atau saudara terdekat simati.
4.PEMBERIAN HARTA KEPADA BUKAN WARIS (TERTAKLUK KEPADA MAXIMA 1/3 BAHAGIAN)
Harta boleh diberi kepada bukan waris faraid seperti anak angkat atau badan kebajikan.
5. PENGAGIHAN HARTA
Kaedah bagaimana harta pusaka diagihkan kepada waris. Pembahagian boleh mengikut muafakat yakni seperti yang telah diwasiatkan oleh simati atau mengikut faraid (jika wasiat tidak dipersetujui waris).
Semoga menjadi panduan kita tentang kepentingan berwasiat.
Klik link ini untuk info lanjut;
https://MyFinancial.wasap.my
https://MyFinancial.wasap.my
https://MyFinancial.wasap.my
Wini Roswita
Chief Financial Advisor
MDRT 2001 - 2020
Β©SB