Illiasaak Ahmad - INFAQ Consultancy

Illiasaak Ahmad - INFAQ Consultancy IFP(M2) & IEP
Perancang Harta Pusaka Islam & Perunding Takaful Jom pastikan kesejahteraan kewangan anda dengan perlindungan yang menyeluruh dan ketenangan jiwa.

Menyediakan pelan perlindungan dan penggantian pendapatan melalui penyelesaian takaful hibah, sakit kritikal dan kad perubatan yang disesuaikan untuk melindungi keluarga dan aset anda. Hubungi saya hari ini untuk mengetahui bagaimana takaful boleh menjamin masa depan anda.
-Illiasaak Ahmad-
IFP (M2 - Takaful Planning & Risk Management)
https://mytakafulplanner.wasap.my

POV: Kita sanggup spend RM1,000+ untuk modify motor.Exhaust tukar.Rim tukar.Sticker custom.Pergi gathering RXZ satu Mala...
30/07/2026

POV: Kita sanggup spend RM1,000+ untuk modify motor.

Exhaust tukar.
Rim tukar.
Sticker custom.
Pergi gathering RXZ satu Malaysia.

Sebab?

Ia buat kita happy.

Tak salah pun.

Sama macam sanggup simpan duit berbulan-bulan untuk travel.

Makan jimat sikit.
Skip impulsive buying.
Cari tiket murah.

Bila sampai destinasi?

Best gila.... a new piece of happiness is unlocked.

Tapi pelik...

Bila keluar RM50, RM100 atau RM150 sebulan untuk income protection...

Ramai rasa mahal.

Padahal benda tu yang cover kalau:

⚠️ Tiba-tiba kena sakit kritikal.
⚠️ Kemalangan sampai hilang upaya.
⚠️ Tak mampu lagi bekerja macam biasa.
⚠️ Keluarga hilang sumber pendapatan bila kita tiada.

Itu bukan happiness.

Itu...

A peace of mind. Satu ketenangan yang tak boleh nak gambarkan..

Hakikat yang ramai tak nak dengar:

Motor impian tak akan bayar bil hospital.

Trip impian tak akan ganti pendapatan yang hilang.

Kereta impian tak akan tanggung anak-anak bila kita dah tak ada.

Sebab itu orang yang betul-betul matang kewangan biasanya buat dua-dua.

✔️ Enjoy life.
✔️ Protect life.

Beli apa yang kita s**a.

Tapi pada masa yang sama...

Pastikan orang yang kita sayang tak perlu mengutip serpihan hidup kalau sesuatu berlaku pada kita.

Kerana flex yang sebenar bukan sekadar nampak kaya.

Flex yang sebenar ialah bila keluarga kita tetap okay walaupun kita ditimpa musibah.

Setuju atau tidak?

👇 Drop "PEACE" kalau anda rasa peace of mind lebih mahal nilainya daripada happiness yang sementara.

Setiap kali saya baca posting tentang "financial freedom", saya perasan satu perkara.Ramai orang s**a bercakap tentang c...
28/07/2026

Setiap kali saya baca posting tentang "financial freedom", saya perasan satu perkara.

Ramai orang s**a bercakap tentang cara jadi kaya.

Tapi sangat sedikit bercakap tentang cara untuk tidak jadi miskin semula.

Ada yang tunjuk portfolio saham.

Ada yang tunjuk koleksi emas.

Ada yang tunjuk keuntungan pelaburan.

Bagus.

Tapi saya nak tanya satu soalan yang kurang glamor.

Kalau bulan depan doktor sahkan korang sakit kritikal...

Siapa akan bayar bil rumah?

Siapa akan bayar bil elektrik?

Siapa akan beli susu anak?

Siapa akan ganti pendapatan yang hilang?

Ramai nak jadi pelabur.

Tapi ramai tak ada tabung kecemasan.

Ramai nak beli emas.

Tapi RM1,000 pun susah nak keluarkan jika berlaku kecemasan.

Ramai sibuk kira berapa peratus dividen.

Tapi tak pernah kira berapa tahun keluarga boleh hidup jika mereka sudah tiada.

Inilah masalahnya.

Kita terlalu fokus membina harta.

Sampai terlupa melindungi ORANG yang menghasilkan harta-harta tadi.

Hakikat yang ramai tak s**a dengar:

Orang yang ada RM50,000 simpanan dan perlindungan pendapatan sebenarnya lebih kukuh daripada orang yang ada RM500,000 pelaburan tetapi tiada perlindungan langsung.

Sebab pelaburan dibina menggunakan pendapatan.

Bila pendapatan berhenti...

Seluruh rancangan kewangan boleh runtuh seperti domino.

Sebelum bercakap tentang kebebasan kewangan, pastikan dahulu anda ada:
✅ Simpanan
✅ Tabung kecemasan
✅ Sinking fund
✅ Income protection
✅ Pelaburan

Jangan terbalikkan susunan.

Sebab kebebasan kewangan bukan tentang berapa banyak duit yang anda boleh kumpul.

Tetapi berapa lama anda boleh bertahan apabila duit berhenti masuk.

Setuju atau tidak?

WARIS TIADA KEMAMPUAN & INTEGRITI..Saya tertarik dengan satu perbualan di TikTok semalam.Seorang lelaki berusia 50-an me...
23/07/2026

WARIS TIADA KEMAMPUAN & INTEGRITI..

Saya tertarik dengan satu perbualan di TikTok semalam.

Seorang lelaki berusia 50-an menghantar mesej kepada saya untuk bertanya tentang perancangan pusaka.

Beliau tidak berkahwin.

Ayah dan ibu sudah lama meninggal dunia.

Abang dan kakaknya p**a semuanya sudah berusia.

Yang tinggal dekat dengannya sekarang hanyalah anak-anak buah.

Antara perkara yang bermain di fikirannya ialah:

"Kalau saya meninggal dunia nanti, siapa yang akan uruskan harta dan pusaka saya?"

Pada awalnya, beliau meluahkan kerisauan tentang kemampuan anak-anak buah untuk menguruskan urusan pusaka.

Bimbang jika urusan tertangguh.

Bimbang jika amanah tidak dilaksanakan.

Bimbang jika hutang tidak diselesaikan.

Tetapi saya kongsikan satu perkara yang penting.

Walaupun kita merasakan waris kita mungkin tidak mempunyai kemampuan, pengalaman atau integriti yang kita harapkan, itu tidak menghilangkan hak mereka sebagai waris.

Hak waris datang daripada hukum faraid.

Dan faraid adalah perintah Allah, bukan pilihan kita.

Kita tidak boleh memilih siapa yang layak menjadi waris.

Tetapi kita boleh merancang bagaimana urusan pusaka kita akan diuruskan.

Di sinilah ramai orang tersilap faham.

Perancangan pusaka bukan untuk menghalang waris daripada mendapat hak mereka.

Perancangan pusaka adalah untuk memastikan hak mereka sampai kepada mereka dengan cara yang lebih teratur, cepat dan adil.

Apabila seseorang memahami realiti hidupnya, keputusan menjadi lebih mudah.

Jika masih bujang.

Tiada ibu bapa.

Adik-beradik sudah lanjut usia.

Dan tiada individu yang benar-benar diyakini mampu menguruskan urusan selepas kematian.

Mungkin sudah tiba masanya mempertimbangkan untuk melantik pihak ketiga yang lebih berkemampuan.

Sama ada seorang pentadbir yang dipercayai atau syarikat amanah yang mempunyai kepakaran dalam menguruskan pusaka.

Kerana yang kita perlukan bukan sekadar pewaris.

Tetapi seseorang yang mampu melaksanakan amanah.

Kesedaran ini kadangkala datang lewat.

Namun lebih baik merancang hari ini daripada membiarkan waris tercari-cari jalan apabila kita sudah tiada.

Merancang pusaka bukan kerana kita tidak percaya kepada keluarga.

Tetapi kerana kita memahami keadaan keluarga kita.

Dan apabila kita memahami keadaan itu, kita boleh mengambil tindakan yang lebih bijak sebelum terlambat.

Jangan tangguh urusan . Buat perancangan dengan dokumen sebagai langkah pertama. PM saya, saya bantu.

"RM47 sebulan nampak kecil hari ini. Tapi bila kesihatan berubah, RM47 mungkin dah tak mampu beli perlindungan yang sama...
19/07/2026

"RM47 sebulan nampak kecil hari ini. Tapi bila kesihatan berubah, RM47 mungkin dah tak mampu beli perlindungan yang sama."

Ramai suami fikir mereka masih muda, masih sihat, masih ada masa.

Hakikatnya, musibah tak pernah tunggu kita bersedia.

Bayangkan jika sesuatu berlaku kepada ketua keluarga...

Akaun bank dibekukan. Pendapatan terhenti.

Dalam keadaan sedang bersedih, isteri p**a terpaksa memikirkan:

😔 Ansuran rumah yang masih berjalan.
😔 Bayaran kereta yang perlu diteruskan.
😔 Duit susu, pampers dan keperluan anak-anak.
😔 Belanja dapur, sekolah dan bil bulanan.

Sebab itu ramai ketua keluarga memilih untuk menyediakan Hibah Takaful lebih awal, ketika masih sihat dan layak.

Dengan caruman serendah RM47 sebulan, suami berumur 30 tahun boleh menyediakan sehingga RM200,000 dana perlindungan untuk keluarga.

Kurang daripada RM1.60 sehari.

Jika berlaku risiko:
✅ Kematian
RM200,000 disalurkan terus kepada penama hibah (isteri) tanpa perlu menunggu proses pembahagian pusaka selesai.

✅ Lumpuh Kekal Menyeluruh (TPD)
RM200,000 boleh membantu menggantikan pendapatan yang hilang dan menampung kos kehidupan keluarga.

Kenapa ramai pilih pelan ini?

👍🏼 Pendaftaran 100% atas talian.
👍🏼 Tiada pemeriksaan perubatan untuk kebanyakan kes yang sihat.
👍🏼Caruman kekal, tiada kenaikan setiap beberapa tahun (tiada step-up bayaran)
👍🏼 Perlindungan boleh diperbaharui sehingga umur 80 tahun.
👍🏼 Proses mudah dan pantas.

Ramai hanya sedar pentingnya perlindungan apabila kesihatan mula berubah atau permohonan sudah tidak lagi mudah diluluskan.

Sementara masih sihat dan layak, ambil peluang untuk semak kelayakan terlebih dahulu.

📩 PM sekarang atau klik link untuk semakan percuma. Tiada paksaan, tiada komitmen.👇
https://wa.me/message/LRPV7LRKGKEVM1

*Terma dan syarat kelayakan tertakluk kepada umur, pekerjaan dan status kesihatan semasa.

Saya tak pasti status sebenar urusan pusaka keluarga ini.Tetapi sebelum berbincang tentang siapa berhak dapat apa, ada s...
17/07/2026

Saya tak pasti status sebenar urusan pusaka keluarga ini.

Tetapi sebelum berbincang tentang siapa berhak dapat apa, ada satu perkara yang lebih penting.

Adakah permohonan pembahagian pusaka telah dibuat?

Jika belum, sebaiknya salah seorang waris tampil mengambil tanggungjawab sebagai pentadbir pusaka dan buat permohonan secepat mungkin.

Semakin lama ditangguhkan, semakin banyak masalah boleh timbul.

Antaranya waris meninggal dunia sebelum pusaka selesai dibahagikan. Akhirnya berlaku kematian berlapis, bilangan waris semakin ramai, dokumen semakin rumit dan proses menjadi lebih panjang.

Kalau permohonan sudah dibuat dan sedang menunggu tarikh perbicaraan, Alhamdulillah.
Langkah paling kritikal dalam pengurusan pusaka sebenarnya sudah pun bermula.

Pada hari perbicaraan nanti, waris boleh berbincang secara baik tentang faraid, pelepasan hak, takharuj atau apa-apa persetujuan yang dipersetujui bersama. Insya-Allah pegawai yang mengendalikan kes akan membantu memudahcara proses tersebut.

Sepanjang pengalaman saya, banyak pertelingkahan pusaka bukan bermula kerana faraid.

Ia bermula apabila semua orang bercakap tentang hak, tetapi tiada siapa yang mahu memikul tanggungjawab untuk menguruskan pusaka.

Akhirnya fail tidak dibuka.
Permohonan tidak dibuat.
Rumah tidak boleh dijual.
Tanah tidak boleh dipindah milik.
Dan hubungan adik-beradik mula retak sedikit demi sedikit.

Hak itu penting.
Tetapi menguruskan pusaka juga adalah satu tanggungjawab.

Jangan biarkan harta yang ditinggalkan mak ayah menjadi sebab silaturahim adik-beradik terputus.

"Masuk hospital kerajaan pun boleh claim RM300 sehari?"Ramai ingat kalau tak ada medical card, tak ada apa-apa manfaat b...
16/07/2026

"Masuk hospital kerajaan pun boleh claim RM300 sehari?"

Ramai ingat kalau tak ada medical card, tak ada apa-apa manfaat bila masuk hospital.

Sebenarnya masih ada pelan takaful yang fokus kepada elaun harian hospital, bukan bayaran bil hospital.

Bayangkan...

Anda bekerja sendiri.
Tiada gaji tetap.
Tiada cuti sakit berbayar.

Hari pertama masuk wad, pendapatan terus berhenti.

Tapi bil elektrik jalan.
Ansuran kereta jalan.
Belanja dapur jalan.
Komitmen keluarga tetap jalan.

Sebab itu saya agak terkejut bila masih ada pelan takaful yang menawarkan elaun hospital sehingga RM300 sehari apabila dimasukkan ke hospital mengikut syarat pelan. Ada produk di pasaran yang menawarkan manfaat hospital income sehingga RM300 sehari atau lebih.

RM300 sehari mungkin tak buat anda kaya.

Tapi sekurang-kurangnya ada "gaji sementara" ketika badan sedang berehat dan sembuh.

Yang menarik, sesetengah pelan juga datang bersama manfaat pampasan kematian (hibah) untuk keluarga jika berlaku perkara yang tidak diingini. Ia bukan sekadar lindungi kesihatan, tetapi juga melindungi aliran tunai keluarga.

Bagi yang bekerja sendiri, berniaga, e-hailing, freelancer atau komisen 100%...

Soalan yang lebih penting bukan:

"Berapa kos pelan ni?"

Tetapi...

"Kalau saya masuk hospital minggu depan, siapa nak ganti pendapatan saya?"

DM saya perkataan "ELAUN" untuk semak kelayakan dan lihat sama ada pelan ini sesuai dengan keperluan anda.

Nak mohon polisi takaful?Tak perlu risau. Tiada bayaran upfront 3 bulan seperti yang sering disalah faham.Dengan Takaful...
15/07/2026

Nak mohon polisi takaful?

Tak perlu risau. Tiada bayaran upfront 3 bulan seperti yang sering disalah faham.

Dengan Takaful Ikhlas, anda hanya perlu membuat bayaran caruman bulan pertama sahaja untuk pendaftaran.

Ya, bayaran caruman bulan pertama sahaja. Sangat-sangat prihatin kan Takaful Ikhlas ni.

Tapi bila p**a caruman bulanan seterusnya akan ditolak?

Ia bergantung kepada tarikh sijil diluluskan:

✅ Sijil lulus antara 1hb - 15hb
• Potongan bulanan akan dibuat pada 6hb setiap bulan.

✅ Sijil lulus antara 16hb - 31hb
• Potongan bulanan akan dibuat pada 26hb setiap bulan.

Sekiranya potongan tidak berjaya pada tarikh tersebut, sistem akan membuat percubaan semula pada kitaran (cycle) berikutnya.

Namun, jika anda ingin menjelaskan caruman lebih awal tanpa menunggu kitaran seterusnya, bayaran boleh dibuat terus melalui JomPAY.

3.25 Juta Rakyat Malaysia Bekerja Sendiri.Peniaga. Rider. Freelancer. Content creator. Ejen. Petani. Nelayan. Grab drive...
14/07/2026

3.25 Juta Rakyat Malaysia Bekerja Sendiri.

Peniaga. Rider. Freelancer. Content creator. Ejen. Petani. Nelayan. Grab driver.

Agak-agak, daripada 3.25 juta orang ni, berapa ramai yang betul-betul bersedia menghadapi perkara yang tak dijangka?

Ada 3 perkara penting yang saya rasa setiap orang bekerja sendiri perlu ada:

1️⃣ Tabung Kecemasan (ramai yang tahu, tapi tak semua konsisten)
Kalau makan gaji, pakar kewangan biasanya cadangkan simpanan 3 bulan gaji.

Tapi kalau bekerja sendiri?
Sekurang-kurangnya 6 bulan pendapatan.

Sebab bila bisnes perlahan, pelanggan kurang, akaun kena block, atau tak boleh bekerja beberapa bulan, tiada majikan yang akan bank-in gaji setiap hujung bulan.

2️⃣ Sinking Fund (jarang-jarang orang buat)
Ini tabung untuk perbelanjaan yang kita tahu memang akan berlaku.

✔️ Road tax & insurans kereta
✔️ Perbelanjaan Raya
✔️ Back to school anak-anak
✔️ Baiki rumah
✔️ Percutian keluarga

Bila masanya tiba, tak perlu korek tabung kecemasan. Tak perlu swipe kad kredit.

3️⃣ Income Protection (yang paling ramai terlepas pandang)
Ini yang ramai tak fikir selagi belum terkena.

Tiba-tiba masuk hospital...
Gaji pun masuk hospital sekali.

Tiba-tiba kemalangan dan hilang upaya kekal...
Macam mana nak teruskan hidup jika pendapatan terhenti?

Tiba-tiba disahkan kanser atau penyakit kritikal...
Fokus berubah daripada mencari rezeki kepada mendapatkan rawatan.

Sebab itu ada perancangan kewangan yang menyediakan elaun hospital, pampasan penyakit kritikal (CI), hilang upaya kekal (TPD) dan kematian.

Tujuannya bukan untuk jadi kaya.

Tetapi untuk melindungi dan menggantikan pendapatan apabila kita sudah tidak mampu bekerja seperti biasa.

Hakikatnya...

Hidup hari ini sudah cukup mencabar.

Jangan biarkan satu perkataan "tiba-tiba" memusnahkan apa yang dibina bertahun-tahun.

Kita tak boleh kawal musibah yang akan datang. Tetapi kita boleh kawal persediaan kita sebelum ia datang.

Berapa daripada 3 perkara di atas yang anda sudah ada?

💊 Doktor yang terus bagi ubat tanpa periksa pesakit, kita risau.Tapi peliknya, ramai yang selesa bila ada orang terus ca...
13/07/2026

💊 Doktor yang terus bagi ubat tanpa periksa pesakit, kita risau.

Tapi peliknya, ramai yang selesa bila ada orang terus cadangkan produk kewangan tanpa faham keadaan kewangan mereka.

"Abang ambil pelan ni."

"Kakak sesuai pelan tu."

"Yang ni paling laris."

Persoalannya...

Macam mana dia tahu apa yang sesuai sedangkan dia belum tahu apa masalah sebenar?

Di INFAQ Consultancy, kami memilih pendekatan yang berbeza.

Kami tidak bermula dengan produk.

Kami bermula dengan diagnosis kewangan.

Kami akan fahami dahulu keadaan kewangan keluarga, komitmen bulanan, perlindungan sedia ada, simpanan kecemasan dan matlamat kewangan yang ingin dicapai.

Sama seperti doktor yang perlu tahu punca penyakit sebelum memberi rawatan.

Kerana hakikatnya, bukan semua orang perlukan solusi yang sama.

Ada yang perlukan perlindungan pendapatan.

Ada yang perlukan hibah takaful.

Ada yang perlukan perancangan persaraan.

Ada yang sebenarnya perlu kukuhkan asas kewangan terlebih dahulu.

Sebab itu kami percaya:
📌 Jangan bagi produk dahulu.
📌 Kenal pasti masalah dahulu.
📌 Faham keperluan dahulu.
📌 Baru pilih solusi yang sesuai.

Diagnosis dahulu. Solusi kemudian.

Itulah cara kami bekerja.

Jika anda ingin mengetahui tahap kesihatan kewangan keluarga anda, tinggalkan perkataan "SEMAK" di ruangan komen atau PM saya untuk sesi semakan kewangan tanpa sebarang komitmen.

baru cadangkan

Kadang-kadang saya rasa media sosial ni lebih mencabar daripada peperiksaan SPM.Soalannya satu.Jawapan boleh jadi 37 ver...
12/07/2026

Kadang-kadang saya rasa media sosial ni lebih mencabar daripada peperiksaan SPM.

Soalannya satu.
Jawapan boleh jadi 37 versi. 🤣

Hari ini ada yang kata takaful itu hibah.
Esok ada yang kata hibah takaful tak boleh dicabar langsung.
Lusa p**a ada yang kata emas digital pasti untung.

Bila ada orang dedahkan risiko dan modus operandi scam, terus dituduh nak jatuhkan bisnes orang Melayu.

Adoi...
Kalau semua benda yang sedap didengar itu betul, tak perlulah universiti, tak perlulah pakar, tak perlulah kajian.

Cukup buka Facebook dan baca komen netizen.

Selesai. 🤣
Sebab itu saya selalu percaya satu perkara.
Kalau nak belajar agama, carilah guru agama.
Kalau nak belajar perubatan, carilah doktor.
Kalau nak belajar kewangan dan perancangan harta, carilah orang yang memang belajar, buat kajian dan bekerja dalam bidang itu.

Itulah antara sebab saya memilih untuk bersama INFAQ Consultancy di bawah bimbingan Afyan Mat Rawi.

Bukan kerana semua orang setuju dengan beliau. Tetapi kerana saya percaya pada visi dan misi yang dibawa.

Visinya jelas: Menjadi trendsetter dalam industri perkhidmatan kewangan di Malaysia.

Misinya p**a lebih besar daripada sekadar menjual produk:
• Membina masyarakat yang celik kewangan dan celik perancangan harta melalui modul yang komprehensif.

• Melahirkan usahawan dan perunding kewangan profesional serta bertauliah untuk memberi khidmat terbaik kepada masyarakat.

Dalam dunia yang penuh bunyi bising, saya lebih s**a belajar daripada orang yang berani bercakap berdasarkan fakta, walaupun kadang-kadang ramai yang tak selesa mendengarnya.

-IA-
Diamond Room
Takaful Ikhlas HQ
Sabtu, Julai 11 2026.

Address

A-3A-2, AMANSURI RESIDENCES
Alor Setar
05150

Opening Hours

Monday 06:00 - 23:00
Tuesday 06:00 - 23:00
Wednesday 06:00 - 23:00
Thursday 06:00 - 23:00
Friday 06:00 - 23:00
Saturday 06:00 - 23:00
Sunday 06:00 - 23:00

Telephone

+60129124961

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Illiasaak Ahmad - INFAQ Consultancy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Illiasaak Ahmad - INFAQ Consultancy:

Shortcuts

Share