28/06/2021
Selepas selesai urusan pengebumian arwah, perkara penting perlu dilakukan segera adalah "KHUTBAH PUSAKA".
Dengan kata lain mengadakan Mesyuarat diantara waris untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan peninggalan arwah.
1- Perkara pertama yang perlu diselesaikan ialah, HUTANG ARWAH. Hutang dengan manusia dan hutang dengan Allah.
2- Membincangkan urusan berkaitan dengan wasiat, hibah yang dibuat oleh arwah jika ada dan tuntutan harta sepencarian bersama pasangan.
3- Membincangkan perkara berkaitan dengan harta peninggalan arwah. Apa harta yang ada, dimana, berapa nilainya, siapa waris yang layak dan bagaimana proses untuk menyelesaikannya samaada mengikut faraid atau mengikut persetujuan bersama.
Sebaiknya mesyuarat ini dilaksanakan terus pada malam pertama atau kedua kematian kerana pada waktu itu waris-waris masih belum balik ke tempat masing-masing.
Tiada istilah "kubur masih merah" dalam soal pengurusan pusaka. Hak untuk menyelesaikan hutang-hutang arwah perlu dilaksanakan segera.
Tetapi hari ini banyak berlaku perkara sebaliknya.
Duit-duit arwah diguna untuk menyediakan makanan di majlis tahlil, sedekah kepada orang yang solatkan jenazah, sedekah kepada anak yatim.
Padahal perkara ini dilarang menggunakan duit arwah.. bahkan menyusahkan waris arwah juga dilarang.
Orang yang mencadang disegerakan urusan pusaka digelar "gila harta".
Bila urusan tidak selesai, berlaku konflik, hubungan jadi renggang... dikatanya "Faraid sudah tidak relevan".
Sedangkan kita tidak buat apa yang sepatutnya.
Kredit: Ust Wan Abdul Halim