04/02/2022
KONSEP ASB FINANCING
•••••••••••••••••••••••••
Hari ni kita sembang serba sikit pasal pelaburan ASB menggunakan kaedah FINANCING.
Ramai orang yang faham, kalau buat ASBF 200K nanti bank akan bagi 200K pada kita, dan kita sendiri yang akan laburkan dalam ASB dan tiap bulan hanya bayar ikut amount jadual yang ditetapkan.
Sebenarnya konsep tu salah tao. Kalau bank bagi cash dekat kita konpom ramai yang takkan melabur dekat ASB. Silap-silap esok dah ada dekat oversea😆
Apa yang bank cuba buat?
Kenapa perlu meminjam untuk melabur?
📌Ampa nak melabur 200K ke ASB. Tapi tiada cash.
Maka Bank pun bagi fasiliti pembiayaan 200K kepada ampa dengan bayaran bulanan serendah RM770. Tapi bank dah bagitahu awal-awal. Bank bukan badan kebajikan nak tolong orang gitu ja. Bank pun nak bahagian juga. Ha giteww.
📌Jadi, 200K tadi di convert ke Sijil ASB dengan jumlah 200K. Dan sijil ni lah yang di laburkan. Tapi sijil ni bank pegang, sebab tu ASBF bukan milik penuh ampa dan tidak diwajibkan bayar zakat dengan jumlah 200K teww.
📌Dan seterusnya, jumlah sijil 200K ampa tu dilaburkan ke ASB. ASB p**a akan bayar dividen setiap tahun, mengikut keuntungan yang ASB perolehi. Katakan 5%, jadi ampa akan dapat
12/12 x 200k x 5% = RM10,000.
12 tu merujuk setahun bersamaan 12 bulan. Dividen dikira mengikut baki terendah setiap bulan. Setakat ni pelabur ASB tidak pernah rugi atau negatif lagi tao.
📌Makanya pada bulan Januari setiap tahun, ampa akan nampak RM10,000 masuk ke akaun ASB. Jumlah dalam akaun ASB ampa dah jadi RM210,000 pada tahun berikutnya.
📌Uniknya ASB, sebab senang dicairkan. Kalau kita tak keluarkan dividen tersebut, tahun berikutnya dividen ASB dikira berdasarkan RM210,000. Kalau ampa keluarkan dividen, ASB tahun berikutnya masih dikira berdasarkan RM200,000.
📌ASB ni, merupakan benchmark bagi pelabur-pelabur lain. Kenapa?
Sebab bagi mereka kalau tak boleh buat untung 5% setahun, baik melabur dalam ASB ja. Tak perlu ada masa untuk sakit kepala😆.
Sebab ASB harga tetap, untung tetap ada, kecil atau besar sahaja.
Nota:
5% bukan dividen tetap ASB. Sekadar memudahkan fahaman untuk membuat pengiraan.
SALAM JUMAAT SAYYIDUL AYYAM❤️
Syafiqah Feisal
Hibah Takaful|AsbFinancing|Income Protection
Kalau ampa nak cek kelayakan pinjaman boleh pm 👍