23/04/2026
Bila berdepan dengan masalah kewangan, ramai orang terus fikir nak tambah income. Nak buat side income, nak cari peluang baru, nak berniaga.
Itu tak salah.
Tapi sebelum pergi jauh, ada satu perkara paling asas yang ramai terlepas pandang cashflow (aliran tunai).
Kalau cashflow tak betul, berapa banyak pun income masuk, tetap takkan cukup.
Cashflow ni sebenarnya mudah je nak faham. Ia adalah beza antara jumlah pendapatan bulanan dengan jumlah perbelanjaan bulanan.
Pendapatan tolak perbelanjaan.
Kalau hasilnya positif, maksudnya kita ada lebihan. Kalau negatif, maksudnya setiap bulan kita sebenarnya “mengorek lubang” tanpa sedar.
Dan yang ramai tak nampak walaupun negatif tu cuma RM1, ia tetap masalah besar.
RM1 tu nampak kecil. Tapi maksud sebenar dia adalah: setiap bulan kita semakin miskin.
Bayangkan kalau cashflow kita negatif RM300 sebulan. Dalam masa 10 bulan, hutang dah bertambah RM3,000. Itu belum kira interest, belum kira tekanan yang datang sekali.
Masalahnya, ramai orang hidup dalam keadaan ni tanpa sedar. Rasa macam “cukup-cukup makan”, tapi sebenarnya makin lama makin tenggelam.
Hari ini mungkin sekadar rasa sempit. Tapi kalau dibiarkan, beberapa tahun akan datang, benda asas macam beli susu anak pun boleh jadi beban. Sampai tahap kena pinjam sana sini.
Sebab itu, perkara pertama yang perlu dibuat bukan cari pelaburan hebat atau strategi kewangan kompleks.
Fahami dulu kedudukan cashflow sendiri.
Asas kepada kewangan yang sihat adalah cashflow yang positif.
Kalau boleh simpan 10% daripada pendapatan, itu satu permulaan yang sangat baik. Tapi kalau belum mampu, jangan paksa.
Yang penting, pastikan cashflow kita tak negatif.
Walaupun positif RM1, itu jauh lebih baik daripada negatif RM1.
Sebab bila kita dah berada di zon positif, kita sedang bergerak ke arah yang betul. Dari situ barulah boleh bina simpanan, kurangkan hutang, dan tambah aset sedikit demi sedikit.
Ramai orang tak sedar, masalah kewangan bukan sebab gaji kecil semata-mata.
Ada yang gaji RM10,000 sebulan, tapi perbelanjaan RM10,001.
Nampak macam okay, tapi sebenarnya setiap bulan dia rugi. Setiap bulan dia makin miskin.
Dalam keadaan macam ni, apa-apa strategi kewangan pun takkan menjadi. Sebab asas dia dah rosak.
Itulah sebab kenapa kita selalu nampak situasi makin lama bekerja, makin banyak hutang.
Sepatutnya, makin lama bekerja, makin banyak harta kita kumpul.
Kalau kewangan kita semakin baik, kita akan nampak perubahan yang jelas.
Dulu simpanan kecemasan mungkin cukup sebulan dua. Sekarang dah capai enam hingga dua belas bulan.
Dulu mula simpan emas sikit-sikit. Lama-lama dah nampak hasilnya.
Dulu hutang banyak. Sekarang satu per satu dah berjaya diselesaikan.
Itu semua tanda kita sedang bergerak ke arah yang betul. Dan semuanya bermula dari cashflow yang positif.
Malangnya, ramai orang terperangkap dengan ilusi.
Bila pendapatan naik, gaya hidup pun naik sekali.
Kereta tukar yang lebih besar. Rumah upgrade. Komitmen bertambah.
Dari luar nampak macam semakin berjaya. Tapi bila tengok betul-betul, simpanan tak bertambah pun. Aset tak banyak mana.
Yang bertambah cuma komitmen.
Ini yang orang panggil “kekayaan palsu”.
Nampak mewah, tapi rapuh.
Kalau tiba-tiba hilang punca pendapatan, tak sampai beberapa bulan, semuanya boleh runtuh.
Dan berdasarkan pengalaman melihat ramai orang, antara beban terbesar dalam cashflow adalah hutang peribadi dan kos kereta.
Ramai tak perasan, kos memiliki kereta sebenarnya sangat tinggi.
Ansuran bulanan, insurans, roadtax, servis, repair semua ni makan cashflow setiap bulan.
Kadang-kadang jumlahnya lebih besar daripada perbelanjaan untuk keluarga sendiri.
Kereta dapat hadiah “birthday” setiap tahun dalam bentuk insurans beribu ringgit. Tapi hadiah untuk isteri dan anak-anak pun kena fikir panjang.
Hakikatnya, beli sebuah kereta boleh mengurangkan cashflow sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan atau lebih.
Sebab itu kita selalu jumpa orang yang nampak sederhana, pakai kereta biasa-biasa.
Tapi sebenarnya dia ada simpanan yang kukuh, aset yang bertambah, dan kewangan yang stabil.
Jutawan senyap.
Dia tak kejar nampak kaya. Dia fokus untuk betul-betul jadi kaya.
Kalau nak perbaiki kewangan, tak boleh lagi main agak-agak.
Kena duduk dan kira betul-betul.
Tulis semua pendapatan. Senaraikan semua perbelanjaan. Tengok angka sebenar, bukan apa yang kita rasa.
Boleh guna Excel, boleh guna apa-apa cara, asalkan jelas.
Sebab realitinya, apa yang kita tak ukur, kita tak akan mampu baiki.
Dan perubahan besar dalam kewangan, selalunya bermula dengan satu perkara yang nampak kecil iaitu dengan pastikan cashflow kita positif.
Jemput baca cara nak semak cashflow dari blog mentor saya, Tn Mohd Zulkifli Shafie.
https://www.mohdzulkifli.com/2017/12/cara-betul-semak-cashflow-sendiri-dan-bebas-masalah-kewangan.html
Worth it untuk baca!
Dr Nadiah Yusof
Dealer Aktif Public Gold