Nazrul AIA Public Takaful Planner

Nazrul AIA Public Takaful Planner Saya sedia membantu anda untuk menyediakan pelan penggantian dan perlindungan pendapatan yang bersesuaian disamping berkongsi ilmu dan tips kewangan.

Jika ingin dapatkan maklumat lanjut boleh PM saya di page ini.


Assalamualaikum wbt dan Selamat Pagi. Alhamdulillah. Bersyukur pagi ni dapat bantu sahabat dapatkan perlindungan hibah u...
13/12/2021

Assalamualaikum wbt dan Selamat Pagi.

Alhamdulillah. Bersyukur pagi ni dapat bantu sahabat dapatkan perlindungan hibah untuk dihadiahkan kepada isterinya. Submit semalam pagi ni dah inforce (lulus dan dilindungi).

Macam kawan saya ni umur sebaya saya mencarum bulanan baru RM47.51. Ditakdirkan Allah jika meninggal sebelum umur 70 tahun, automatik isteri beliau dapat cash RM50,000. Jika lengkap dokumen, seawal dua minggu duit hibah masuk dalam akaun selepas dokumen disubmit.

Kita bagi contoh :

Bayaran bulanan RM47.51 X 12 bulan X 37 tahun = Jumlah dibayar RM21,095 je. Tapi jika meninggal atau hilang upaya kekal isteri dapat RM50,000. Untung dalam 29,000 juga. Siapa nak bagikan.

Ada yang kata hibah mahal la apa la. Sebenarnya KESEDARAN kita terhadap kepentingan mencarum dalam polisi hibah itu yang mahal.

Dan yang best lagi, bulan ni AIA Takaful bagi promosi. Mendaftar mana2 pelan hibah tak perlu bayar apa2. Bayar RM1 je untuk register kad Debit/ Kredit. Bila inforce automatik dah dilindungi pelan tersebut. Caruman seterusnya bulan depan. Best amat dan jarang2 dapat.

Tinggal dalam 19 hari je lagi. So jom saya bantu anda semua sediakan hibah buat yang tersayang.

https://wa.me/60148403658?text=CaknaTakaful



Nazrul. Aku tahu kepentingan hibah ni. Dapat bantu anak isteri dapatkan cash segera kalau jadi apa2 kat aku.  Tapi tula....
11/12/2021

Nazrul. Aku tahu kepentingan hibah ni. Dapat bantu anak isteri dapatkan cash segera kalau jadi apa2 kat aku.

Tapi tula. Nak register kena mencarum dua bulan punya bayaran xmampu la. Lain kali la kot ya.

Ok. Kalau itu jadi masalah, bulan ni adalah masa terbaik untuk ko mencarum dalam perlindungan hibah dengan AIA Public Takaful.

Sebab apa. Sebab bulan ni AIA Public Takaful bagi promosi satu bulan caruman percuma pada yang register. Maksudnya ko just bayar RM1.00 untuk pendaftaran kad kredit/ debit, automatik dah dilindungi oleh perlindungan hibah takaful ni. (Boleh rujuk gambar).

Caruman seterusnya adalah pada bulan Jan 2022. Bestkan.

Baik. Kalau mcm tu on la. Jarang aku dpt peluang mcm ni.

Jadi kalau ada yang nak register perlindungan hibah ni, lah bulan yang terbaik. Xpayah bayar dua bulan. Bahkan xyah bayar apa2 pun. Tapi kita dah secure suatu amount cash untuk orang yang tersayang.

Tunggu apa lagi. Jarang dapat peluang mcm ni….

Boleh terus hubungi saya jika berminat.

https://wa.me/60148403658?text=CaknaTakaful



Sambil santai petang2 dengan family jemput baca perkongsian saya tentang takaful. Apa itu takaful?Akta Perkhidmatan Kewa...
18/10/2021

Sambil santai petang2 dengan family jemput baca perkongsian saya tentang takaful.

Apa itu takaful?

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013) mengistilahkan takaful sebagai “sesuatu perkiraan yang berasaskan pertolongan secara bersama yang di bawahnya peserta takaful bersetuju menyumbang kepada sesuatu kump**an wang sama yang menyediakan manfaat kewangan bersama yang kena dibayar kepada peserta takaful itu atau kepada benefisiari pada masa berlaku sesuatu kejadian yang dipersetujui terdahulu.’

Secara ringkasnya, takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah di mana peserta akan mencarum sejumlah wang yang sebahagiannya akan disalurkan ke dalam dana takaful atas dasar tabarru’ (derma), seseorang itu memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkannya menjadi seorang peserta dalam pelan takaful tersebut dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.

https://wa.me/60148403658?text=CaknaTakaful

Apa fungsinya takaful ni?

Takaful berfungsi untuk beberapa situasi seperti berikut mengikut pelan perlindungan yang dicarum:
1. Menyediakan pampasan wang tunai kepada waris/ peserta jika meninggal dunia atau hilang upaya kekal menyeluruh
2. Membayar kos rawatan jika dimasukkan ke hospital swasta
3. Menyediakan pampasan wang tunai jika disahkan menghidap penyakit kritikal (kanser/ sakit jantung/ dll)
4. Menyediakan manfaat tambahan disebabkan kemalangan seperti pampasan tunai tambahan atau elaun hospital jika dimasukkan ke hospital.

https://wa.me/60148403658?text=CaknaTakaful

Apa p**a beza takaful dan insurans konvensional?

Secara ringkas dari asasnya kedua-dua ini adalah jauh berbeza.

Takaful merupakan caruman/ sumbangan dari peserta/ pencarum yang bersetuju untuk saling lindung melindungi pencarum-pencarum yang lain. Mudah cakap sumbangan bulanan pencarum akan digunakan oleh pencarum lain yang ditimpa 4 situasi di atas. Dan jika kita sendiri yang ditimpa situasi tersebut, kita akan menggunakan caruman pencarum yang lain untuk melindungi diri kita.

Manakala insurans konvensional adalah konsep pembeli membeli polisi perlindungan yang dijual oleh syarikat insurans. Jadi syarikat insurans akan membayar jumlah perlindungan polisi yang dibeli kepada pembeli jika beliau ditimpa situasi yang ditetapkan dalam polisi.

https://wa.me/60148403658?text=CaknaTakaful

Jadi apa bezanya? Paling asas takaful adalah halal dan patuh syariah manakala insurans konvensional jelas haram dan bertentangan dengan prinsip syariah.

Kenapa? Banyak faktornya namun boleh diringkaskan caruman takaful oleh peserta akan dikumpul dan dilaburkan untuk mengembangkan lagi jumlah tabung perlindungan (tabarru’ fund). Pelaburan hanya boleh dibuat dalam instrumen yang patuh syariah.

Manakala bagi syarikat insurans duit hasil penjualan polisi boleh mereka laburkan di mana sahaja instrumen termasuklah instrumen yang terlibat dengan riba, judi dan gharar.

Begitulah secara ringkasnya. Nak tahu lebih detail? Jom saya bantu anda dapatkan konsultasi terbaik dan tiptop.

Sediakan payung sebelum hujan.
Sediakan takaful sebelum terlewat.

Mohd Nazrul Bin Katek
AIA Public Takaful Planner
https://wa.me/60148403658?text=CaknaTakaful



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Alhamdulillah, untuk makluman semua saya Mohd Nazrul Bin Katek telah...
17/10/2021

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Alhamdulillah, untuk makluman semua saya Mohd Nazrul Bin Katek telah berdaftar dan merupakan perunding takaful yang diiktiraf oleh Malaysian Takaful Association di bawah Syarikat Pengendali Takaful terkemuka di Malaysia iaitu AIA Public Takaful Berhad.

Rakan-rakan FB yang mempunyai sebarang pertanyaan atau inginkan maklumat berkaitan pelan penggantian pendapatan (hibah, perlindungan sakit kritikal & perlindungan kemalangan) atau pelan perlindungan pendapatan (medical card) boleh terus hubungi saya.

https://wa.me/60148403658?text=CaknaTakaful

Insya-Allah konsultasi terbaik dan tiptop kepada anda adalah keutamaan saya. Jom sediakan perlindungan untuk diri dan keluarga kita.

Sediakan payung sebelum hujan.
Sediakan takaful sebelum terlewat.

Mohd Nazrul Bin Katek
AIA Public Takaful Planner
https://wa.me/60148403658?text=CaknaTakaful



Address

Ayer Pa’abas
Alor Gajah
78000

Telephone

+60148403658

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nazrul AIA Public Takaful Planner posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share