23/07/2026
Sejujurnya, sejak Januari 2023 saya berhenti mengambil minuman & makanan manis.
Gula saya hanya dari gula semulajadi dalam makanan seperti buah, nasi, bijirin & sebagainya.
Cuma hanya on special occasion je saya indulge SEDIKIT gula seperti ketika kenduri, events, travel (cuba unique food @ desserts), dan ketika dijamu di rumah orang (tak baik tolak jamuan tuan rumah).
Sebenarnya memang dari remaja tak gemar gula pun. Bila ada colleague yang meninggal usia 40an kerana komplikasi diabetes, lagilah saya tak gemar gula!
Video ni ilustrasi ketika saya mula cut sugar dulu 🤣