Audacia Consultants

Audacia Consultants Kami adalah barisan penasihat kewangan yang bertauliah yang diberi amanah dan tanggungjawab untuk memberi nasihat, solusi dan idea yang berkesan kepada anda.

Kami adalah sekumpulan Wealth Planners Professional yg sentiasa memberi nasihat berkualiti menyeluruh, solusi lengkap yang boleh menyelesaikan risiko kewangan pelanggan. Dengan pelan yang betul, anda boleh lindungi masa depan keluarga dan kembangkan pelaburan anda. Khidmat nasihat kami merangkumi aspek berikut :
1. Perlindungan Pendapatan (Income Protection & Replacement Program)
2. Perlindungan P

enghospitalan & Perubatan (Hospitalisation & Medical Coverage)
3. Pelan Persaraan (Retirement Benefits)
4. Simpanan Pendidikan (Education Savings)
5. Perlindungan Liabiliti (Debt Recovery Program)
6. Perlindungan Khusus Wanita (Women Illnesses Coverage Plan)
7. Perlindungan Komprehensif Kanser (Comprehensive Cancer Coverage)
8. Perlindungan Perniagaan (Key-man Coverage Plan)
9. Perancangan Pusaka & Hibah (Islamic Inheritance Program)
10. Perlindungan Pekerja (Employees Benefits Scheme)
11. Simpanan Haji (Hajj Savings Plan)
12. Simpanan Pelaburan (Lump Sum Investment Plan)

Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat nasihat kami, sila hubungi :


Aida Nabilah : 016-6362401 (Central , Setia Alam)

Kisah di FB, anak beliau cedera main snowtubing di Swiss. Terpaksa pickup guna Helicopter and rawat di Swiss.https://www...
22/11/2025

Kisah di FB, anak beliau cedera main snowtubing di Swiss. Terpaksa pickup guna Helicopter and rawat di Swiss.

https://www.facebook.com/share/r/1G5sb2HGmh/

Bila baca next posting, husband dia beli insurance tapi tak add on adventurous activity.

https://www.facebook.com/share/p/1HovGDMzcE/

Alhamdulilah rezeki dia, yang heli tu free sebab anak bawah 18 tahun, cuma kena bayar pada charity punya organisation je, yang hospital still kena bayar tapi macam tak tinggi. But still a lesson for us.

Medical Evacuation and Repatriation sangat tak murah, if kena kalau takda insurance and saving mmg sadaqallah.

Untuk Zurich Travel Takaful International harga dah includes adventurous activity.
If contoh Zurich family plan, antara 6-10 hari ke Swiss untuk Gold Plan Coverage 500K, rm232.

If Etiqa family plan 6-10 hari ke Swiss untuk Platinum Plan Coverage 500K including adventurous activity, rm497.50. if tak masuk adventurous activity RM265 je.

Under 360 tripcare etiqa untuk adventurous activity mcm hiking, ski, hot air balloon kena add on then baru cover.

Nak cuti panjang ni kan , mana yg dah ada plan holiday ke mana2 tu , meh dptkan perlindungan takaful utk perjalanan yg tenang & maximise healing time tu.

Roger je kak abby :
https://jalan2tenang2.wasap.my/
Sedia membantu!

Btw, credit goes to cikpuan empunya post yg sudi kongsi pengalaman buat pengajaran kita semua. Didoakan adik Fayyadh kekal sihat sentiasa. Credit also goes to brother Syameem Ahmad

01/06/2025
Alhamdulillah .. pihak Zurich benar2 prihatin dan seboleh mungkin, kami berusaha memudahkan urusan clients kami.. Pihak ...
03/04/2025

Alhamdulillah .. pihak Zurich benar2 prihatin dan seboleh mungkin, kami berusaha memudahkan urusan clients kami.. Pihak Zurich kini turun padang utk memudahkan proses tuntutan dari client2 kami di Putra Heights. semoga semua urusan mereka yang terjejas, dipermudahkan dan digantikan kehilangan harta benda ini dgn nilai yang lebih besar lagi dari Allah SWT, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Kaya & Maha Agong.

SALAM TAKZIM SERTA INGATAN TULUS IKHLAS KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI PUTRA HEIGHTSKami di Audacia Consultants ingin menyam...
02/04/2025

SALAM TAKZIM SERTA INGATAN TULUS IKHLAS KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI PUTRA HEIGHTS

Kami di Audacia Consultants ingin menyampaikan ucapan dukacita buat semua mangsa tragedi. Semoga kalian diberi kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

Bagi pelanggan2 kami serta kalian yang terjejas dan mempunyai perlindungan takaful, berikut adalah jenis tuntutan yang boleh dibuat:

• Perlindungan Diri & Kemalangan: Anda boleh membuat tuntutan bagi kecederaan / kelecuran / hilang upaya. Jika cedera, pampasan atau perbelanjaan perubatan juga boleh dituntut di bawah takaful kemalangan diri.

• Rawatan di Hospital: Pemegang medical card boleh mendapatkan rawatan tanpa tunai (cashless) jika dimasukkan ke hospital / tuntutan semula bil rawatan utk rawatan pesakit luar, selain elaun harian hospital juga turut boleh dituntut.

• Perlindungan Kenderaan: untuk kenderaan yang rosak atau terbakar, tuntutan boleh dibuat di bawah takaful komprehensif.

• Perlindungan Rumah: Tuntutan boleh dibuat untuk membaik pulih rumah dan menggantikan barang yang terjejas jika ada takaful rumah, cth zHome Protect. Jika anda perlu menginap di hotel, anda juga layak utk tuntutan semula bil hotel tersebut.

Kami sedia membantu anda dalam proses tuntutan. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan.

016.636.2401
011.3976.0332
[email protected]

Bulan lepas client mesej sebaik sahaja terlibat dalam kemalangan.Katanya terbabas masa menunggang motor dalam hujan di h...
16/10/2023

Bulan lepas client mesej sebaik sahaja terlibat dalam kemalangan.

Katanya terbabas masa menunggang motor dalam hujan di highway PLUS berdekatan Tol Bandar Bukit Mahkota.

Saya beritahu beliau untuk dapatkan rawatan segera, tak kisahlah di klinik atau hospital.

Pastikan semua dokumen berkaitan seperti resit bayaran, X-ray, MC disimpan rapi untuk tujuan tuntutan nanti.

Alhamdulillah petang beliau update tiada kecederaan serius, hanya luka dan pergelangan tangan terseliuh.

Minggu lepas saya hantar dokumen dan borang tuntutan, malam semalam dapat email beritahu yang tuntutan dah diluluskan.

Saya sangat menggalakkan rakan-rakan terutamanya yang MENUNGGANG MOTORSIKAL untuk ambil personal accident plan yang komprehensif.

Caruman murah, tapi manfaat perlindungan teramatlah banyak. Terima rawatan di klinik pun boleh claim semula.

Selain kos rawatan, ada 9 lagi manfaat lain seperti kelecuran / patah tulang, bayaran ambulans, pendapatan hospital, pampasan mingguan, putus anggota badan, lumpuh atau kematian.

Lepas dua tahun mencarum, dapat p**a diskaun kesetiaan 20%. Untungkan jadi seorang yang setia?

Buat yang belum ada, meh mengopi dengan saya.

Antara soalan menarik semasa sesi sharing dengan REN daripada MLP Property Consultancy hari ni,• Boleh tak guna MLTT unt...
26/08/2023

Antara soalan menarik semasa sesi sharing dengan REN daripada MLP Property Consultancy hari ni,
• Boleh tak guna MLTT untuk cover MRTT yang tempoh perlindungannya lebih pendek daripada tempoh pinjaman?
• Adakah pesakit strok boleh dianggap hilang upaya keseluruhan dan kekal, dan adakah ianya dilindungi dalam MRTT / MLTT?
• Beza konvensional insurans dan takaful dari segi harga dan faedah? (soalan daripada REN berbangsa cina).
• Kalau pinjaman dan MRTT atas nama isteri, boleh ke suami ambil MLTT sebab suami yang sebenarnya membayar pinjaman tersebut?
• Boleh tak MLTT untuk pinjaman rumah pertama digunakan untuk cover pinjaman rumah kedua setelah rumah pertama dijual?

HARTA SEPENCARIAN (HS)**********HS boleh dituntut dalam 3 keadaan.Proses tuntutan p**a boleh dibuat pada bila2 masa dan ...
23/07/2023

HARTA SEPENCARIAN (HS)
**********

HS boleh dituntut dalam 3 keadaan.
Proses tuntutan p**a boleh dibuat pada bila2 masa dan tiada had masa.
Setiap keadaan prosesnya berbeza.
Prosesnya secara paling ringkas :

1)HS yang dituntut akibat perceraian :

-pihak yang akan jadi plaintif dan defendan adalah pasangan suami isteri yang bercerai sahaja tanpa melibatkan orang lain.

-jika terbukti memang harta tersebut diperolehi dalam tempoh perkahwinan, harta tersebut memang boleh diisytihar sebagai HS.

-isu yang timbul hanyalah melibatkan berapa bahagian setiap orang akan dapat. Contohnya, jika ada bukti sumbangan akan dapat 50%, jika tiada bukti sumbangan (surirumah/sumbangan tak langsung) akan dapat juga cuma berapa peratus bahagian HS tu Mahkamah yang akan tentukan selepas mendengar keterangan kedua2 belah pihak.

-kalau terbukti, harta itu diperolehi sebelum perkahwinan dan tiada sumbangan untuk mengembangkan harta tersebut oleh pasangan yang menuntut, maka pasangan tersebut tidak berhak ke atas harta sepencarian tersebut.

2)HS yang dituntut akibat poligami :

-biasanya yang tuntut HS adalah isteri pertama dan suami akan jadi defendan.

-boleh dituntut semasa suami failkan permohonan poligami ataupun pada bila2 masa sahaja selepas isteri pertama mengetahui yang suaminya berkahwin poligami.

-hanya boleh tuntut terhadap harta yang diperolehi semasa dalam tempoh perkahwinan dengan isteri pertama tersebut.

-Mahkamah akan tentukan portion HS berdasarkan keterangan dan bukti2 oleh kedua2 belah pihak.

3)HS yang dituntut akibat kematian :

-proses ini yang paling rumit sekali.

-hanya pasangan kepada si mati sahaja yang boleh menuntut (anak2 si mati juga boleh menuntut jika terbukti ada sumbangan terhadap harta si mati terutama melibatkan kes ibubapa yang berpoligami).

-balu tersebut perlu memohon sijil faraid di mahkamah syariah terlebih dahulu untuk memastikan siapa waris2 si mati kerana harta tersebut dah jadi harta pusaka.

-balu si mati akan jadi plaintif dan semua waris2 faraid si mati akan dinamakan sebagai defendan.

-permohonan faraid dan harta sepencarian tersebut perlu diserahkan kepada semua waris2 si mati supaya proses permohonan pusaka akan jadi telus dan waris2 maklum dengan permohonan tersebut.

-waris2 dipanggil ke mahkamah bukannya untuk dapatkan kebenaran mereka sebab balu tu memang akan dapat juga hak ke atas harta sepencarian tu melainkan prosedur tersebut hanyalah untuk memaklumkan kpd waris2 supaya tidak timbul isu di kemudian hari dan juga untuk mendapatkan maklumat dari waris2 yang lain sekiranya waris2 juga ada tuntutan terhadap harta yang sama.

-jadi jangan pelik jika ada balu yang saman mak ayah mertua atau adik-beradik si mati di mahkamah. Itu hanyalah prosedur biasa dalam permohonan faraid dan harta sepencarian selepas kematian.

-Biasanya balu boleh dapat portion 50% daripada harta yang dituntut dan baki 50% lagi barulah akan difaraid kepada semua waris2 si mati termasuklah balu tu pun akan dapat bahagian faraidnya juga.

*Semua permohonan Harta Sepencarian adalah perlu dibuat dan dimohon di Mahkamah Tinggi Syariah.

Salah faham tentang permohonan faraid dan harta sepencarian :

1-Faraid tak akan dapat secara automatik. Perlu dapatkan pengesahan waris2 dari Mahkamah Syariah supaya tidak ada waris2 yang sepatutnya berhak tetapi ditinggalkan. Memang banyak berlaku penyembunyian waris. Kalau ada unsur penipuan, sijil faraid tersebut boleh dimohon untuk dibatalkan.

2-Begitu juga harta sepencarian tidak akan dapat secara automatik. KECUALI, jika pembahagian harta pusaka adalah secara muafakat. Waris2 setuju nak tolak bahagian harta sepencarian dulu kepada balu maka tak perlulah sampai kena mohon ke mahkamah. Tapi kalau ada pertikaian dan tak ada persetujuan, balu tersebut perlu failkan permohonan untuk dapatkan PERINTAH mahkamah terhadap bahagian harta sepencarian.

Kontroversi dan pertelingkahan boleh dielakkan dengan adanya ilmu. Biar tahu jangan keliru.




TEMPOH MENUNGGU MEDICAL CARDUntuk yang baru mohon medical card atau baru bercadang nak mohon, ini tempoh menunggu medica...
31/05/2023

TEMPOH MENUNGGU MEDICAL CARD

Untuk yang baru mohon medical card atau baru bercadang nak mohon, ini tempoh menunggu medical card yang anda perlu tahu.

❗️ TIADA tempoh menunggu untuk kemalangan.

❗️ 30 hari untuk sebarang keadaan perubatan dan fizikal yang timbul dari tarikh sijil diluluskan.

❗️ 120 hari untuk penyakit tertentu (Specified Illness) yang baru wujud selepas sijil diluluskan.

Antara penyakit tertentu yang disenaraikan termasuklah hipertensi, kanser, semua penyakit telinga, hidung dan tekak dan sakit kardiovaskular.

Bagi tuntutan perubatan yang menimbulkan keraguan dalam tempoh 2 tahun pertama, pihak syarikat berhak menangguh jaminan sehingga siasatan dan laporan penuh diterima dari pihak doktor.

Makna kata, kena bayar dulu jika telah mendapatkan rawatan dan akan dibayar semula jika siatan menunjukkan penyakit wujud selepas permohonan diluluskan.

Dari sini dapatlah kita semua faham yang medical card ni bila permohonan lulus BUKAN boleh terus guna melainkan dalam kes kemalangan.

Mohon medical card semasa sihat, bukan semasa perlu dapatkan rawatan segera di hospital. Selain sihat, BMI juga akan menentukan permohonan samada akan diluluskan atau tidak.

Maka jagalah berat badan, amalkan diet yang seimbang dan bersenam secara konsisten selagi anda belum memiliki medical card 😊

Address

Bandar Seri Coalfields
Ciamis
47000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Audacia Consultants posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Audacia Consultants:

Share