Cik Laili Takaful

Cik Laili Takaful Penasihat kewangan yang mewakili Prudential BSN Takaful
https://linktr.ee/Norlailikarim

HIBAH TAKAFUL BERGANDAApa lagi manfaat yang anda akan dapat ? :1X KEMATIAN BIASA2X KEMATIAN KEMALANGAN 3X KEMATIAN KEMAL...
21/09/2024

HIBAH TAKAFUL BERGANDA

Apa lagi manfaat yang anda akan dapat ? :

1X KEMATIAN BIASA
2X KEMATIAN KEMALANGAN
3X KEMATIAN KEMALANGAN PENGANGKUTAN AWAM
4X KEMATIAN KEMALANGAN (LUAR NEGARA)
6X BENCANA ALAM

π—žπ—˜π—‘π—”π—£π—” π—£π—˜π—₯π—Ÿπ—¨ π—”π—£π—£π—Ÿπ—¬ π—£π—˜π—Ÿπ—”π—‘ π—›π—œπ—•π—”π—› π—ͺ𝗔π—₯π—œπ—¦π—”π—‘ π—šπ—’π—Ÿπ——

βœ… Untuk diri sendiri
βœ… Untuk family
βœ… Untuk agama & akhirat

Jom saya bantu sediakan 1Keluarga 1Hibah 😊

Whatsapp : https://linktr.ee/NorlailiKarim

Norlaili Karim
Prudential Wealth Planner
017-201 1392

[ KENALI PUNCA KOYAKAN ACL ]Anterior Cruciate Ligament (ACL)βœ…Gerakan Mendadak: Pusingan, pusingan tiba-tiba, atau tukar ...
06/08/2024

[ KENALI PUNCA KOYAKAN ACL ]

Anterior Cruciate Ligament (ACL)

βœ…Gerakan Mendadak: Pusingan, pusingan tiba-tiba, atau tukar arah cepat.

βœ…Kesilapan Teknik Sukan: Kesilapan teknik, especially dalam s**an cam bola sepak atau ski.

βœ…Lompatan Berlebihan: Lompat tinggi atau lompat dengan landing yang tak kena.

βœ…Kecederaan Traumatik: Kemalangan atau peristiwa traumatis yang melibatkan lutut.

🦡🏻ACL sering berlaku dalam s**an tertentu seperti bola sepak, Futsal, Hiking, Badminton dan seangkatan dengannya

πŸ’Έ Kos Operation ACL di Private Hospital RM20,000 hingga RM50,000. Kemungkinan lebih bergantung kepada tahap kecederaan ACL tersebut.

πŸ“ŒJangan lupa sediakan takaful untuk selamatkan saving & aset kita daripada burn out untuk membiayai kos rawatan. Apply medikal card sekarang!

https://linktr.ee/norlailikarim



🚨 Just In 🚨Dah lama tak share kisah admission client & resit bill. Kali ini saya nak berkongsi, sebab masing masing pun ...
30/07/2024

🚨 Just In 🚨

Dah lama tak share kisah admission client & resit bill.
Kali ini saya nak berkongsi, sebab masing masing pun terkejut dengan Bill untuk sehari admission 😱

Surgery for anak my client’s masukkan something dalam telinga around Rm5,051.22
Bayangkan untuk sonething dlm telinga yang kecil dah berharga itu,
Tak terbayang jika major surgery yang lain,
Berapakah Kos nya?

Medical Inflation is real but somehow its good that my client prepared her Medical Card Protection earlier than early.

Like she said, kebetulan nak pergi cuci telinga tiba3 dapat tahu doktor cakap ada something dalam telinga, anak masukkan sesuatu di dalam telinga dan pergi klinik, doktor kat klinik xboleh nak lakukan dan doktor kat klinik refer kt hospital An Nur utk buat operation keluarkan benda tersebut di dalam telinga.

Saya s**a berkongsi kisah benar untuk dijadikan iktibar.
Ini bukan kisah yang β€œtakut”, tapi ini adalah kisah tentang
β€œPeace Of Mind” because my client has prepared for herself ; options esp when it comes to her personal Healthcare.

Alhamdulillah.

Terima kasih shu for your trust 🫰🏻









Sy xpunya ramai sahabat tapi yg ini ikhlas nk berkawan  .. Rindu kt sorang lagi bila dapat kumpul bersama
07/05/2024

Sy xpunya ramai sahabat tapi yg ini ikhlas nk berkawan .. Rindu kt sorang lagi bila dapat kumpul bersama

Open house di rumak kakak .takaful.prubsn pd sabtu lepas. Dah lama xlepak dengan dorang sejak masing2 bz.. rindu kat .ta...
07/05/2024

Open house di rumak kakak .takaful.prubsn pd sabtu lepas. Dah lama xlepak dengan dorang sejak masing2 bz.. rindu kat .takaful.prubsn

27/03/2024

BOLEHKAN SUAMI HIBAHKAN RUMAH MASIH ADA HUTANG PADA ISTERI?

Apa akan jadi kalau pemilik rumah meninggal dunia tanpa sempat rumah dihibahkan?

Rumah merupakan aset yang mempunyai nilai yang tinggi.

Sekiranya pemilik harta mempunyai hasrat untuk bagi rumah kepada waris-waris, sebagai contoh hendak berikan bahagian lebih kepada isteri atau anak perempuan sahaja, solusi perancangan harta yang boleh dibuat adalah dengan hibahkan rumah.

Rumah adalah harta tidak alih dan dari segi fizikalnya ianya susah untuk dibahagi-bahagikan kepada waris-waris faraid berbanding harta alih seperti duit.

Apa yang akan berlaku sekiranya rumah tidak dihibahkan?

Apabila berlaku kematian dan rumah tidak dihibahkan, rumah tersebut perlu dibahagikan mengikut pecahan faraid.

Setiap orang mempunyai struktur faraid yang berbeza bergantung kepada siapa waris yang masih ada ketika arwah meninggal dunia.

Sebagai contoh,

Ahmad meninggalkan seorang anak lelaki, ibu bapa yang masih hidup dan seorang isteri.

Bahagian waris faraid Ahmad adalah:

1) Ayah 4/24
2) Ibu 4/24
3) Isteri 3/24
4) Anak Lelaki 13/24

Andaikata harta pusaka yg ditinggalkan oleh Ahmad adalah sebuah rumah, maka rumah tersebut perlu dikongsi bersama oleh waris faraid seperti pecahan di atas.

Antara kesan daripada keadaan ini, sebarang transaksi atau aktiviti ke atas rumah tersebut seperti ingin didiami, dijual atau disewakan perlu mendapat keizinan semua waris-waris di atas.

Pernah ada kes yang mana anak dan isteri terpaksa membayar sewa kepada waris-waris yang lain mengikut bahagian mereka.

Contoh kedua p**a ialah Ali Chan seorang mualaf dan meninggalkan:

1) Ibu (Bukan Islam)
2) Ayah (Bukan Islam)
3) Isteri

Bahagian waris faraid Ali adalah:

1) Isteri 1/4
2) Baitulmal 3/4

Namun begitu, isteri boleh mohon tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah sekiranya ada sumbangan terhadap rumah tersebut.

Mahkamah yang akan putuskan berapa kadar (%) yang akan diterima selepas melihat bukti sumbangan pasangan yang menuntut ke atas perolehan harta yang dituntut.

*Bolehkah rumah yang masih dalam pinjaman dihibahkan?*

Boleh.

Hibah rumah dalam pinjaman boleh dilaksanakan tetapi tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

Antara syaratnya ialah rumah yang hendak dihibahkan dilindungi oleh takaful untuk melangsaikan hutang rumah sekiranya ada lagi baki pinjaman.

Sebaiknya semak semula takaful gadai janji rumah anda supaya baki pinjaman rumah dapat dilunaskan sepenuhnya oleh Syarikat Takaful dan waris tidak terbeban dengan hutang rumah tersebut.

*Bagaimana sekiranya berlaku kematian jika rumah yang mempunyai 2 nama?*

Kebiasaannya pemilikan rumah adalah sama rata.

Sebagai contoh, bahagian pemilikan suami adalah 50% dan isteri adalah 50%.

Sekiranya suami meninggal dunia, rumah tersebut bukan milik isteri sepenuhnya.

Ini adalah kerana bahagian pemilikan suami 50% perlu dibahagikan mengikut faraid.

Jika pemilik harta mempunyai sebuah rumah sahaja dan demi kemashalatan isteri dan anak-anak selepas ketiadaan pasangan, solusi yang boleh diambil adalah suami dan isteri dicadangkan agar membuat dokumen pengisytiharaan hibah.

Iaitu suami hibah rumah kepada isteri dan isteri hibahkan rumah kepada suami.

*Apa akan terjadi jika pemilik harta tidak buat apa-apa perancangan harta?*

Jika tiada membuat apa-apa perancangan harta, pembahagian kepada waris-waris perlu dibuat mengikut pecahan faraid.

Lebih perit lagi, apabila rumah yang menjadi tempat isteri dan anak-anak berteduh terpaksa dijual.

Kita tidak boleh merubah apa yang telah terjadi. Namun, anda sebagai pemilik harta perlu membuat keputusan sebaiknya.

Keputusan anda adalah penentu masa depan orang-orang tersayang.

Mengapa perlu ambil risiko sekiranya anda boleh mengubahnya sekarang.

' _Rancang Mengikut Syariat. Keluarga Mendapat Berkat.'_

Norlaili Karim
http://linktr.ee/NorlailiKarim
Full time PRUBSN Takaful

πŒπˆπ“πŽπ’ 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇 π…π€π‡π€πŒ πŒπ„ππ†π„ππ€πˆ ππ”π’π€πŠπ€β€ΌοΈ                                                                                 ...
06/03/2024

πŒπˆπ“πŽπ’ 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇 π…π€π‡π€πŒ πŒπ„ππ†π„ππ€πˆ ππ”π’π€πŠπ€β€ΌοΈ
πŒπˆπ“πŽπ’ 𝟏: TUNTUTAN FARAID ITU AUTOMATIK
Hakikatnya, tiada yang automatik berkenaan tuntutan faraid. Walaupun kita diajar di dalam drama televisyen β€œHari ini Dato’ meninggal, esok isteri muda terus jadi kaya raya, shopping di Paris”, semua ini adalah mitos.
Proses tuntutan perlu dibuat secara manual dan bermula dengan waris memfailkan permohonan mengikut jenis pusaka iaitu Ringkas, Kecil, atau Besar.
Terdapat 3 proses utama perlu dilalui iaitu:
- Perolehan Kuasa,
- Pentadbiran Dan
- Pembahagian.
Hanya selepas proses ini dilakukan, barulah waris mendapat bahagian masing-masing.
Mengikut kajian, majoriti tuntutan hanya bermula 20 tahun selepas kematian kerana waris-waris tidak tahu pun di mana untuk menuntut. Jika selepas 20 tahun, pelbagai masalah akan timbul kerana dalam tempoh tersebut, berkemungkinan ada waris yang sudah meninggal. Keadaan ini akan menyulitkan proses tuntutan.
πŒπˆπ“πŽπ’ 𝟐: URUS PUSAKA DAN TUNTUTAN FARAID DI MAHKAMAH SYARIAH
Di Semenanjung Malaysia Mahkamah Syariah berfungsi untuk mengeluarkan Sijil Faraid, tuntutan harta sepencarian, hak penjagaan anak dan perintah hibah.
Namun proses tuntutan pusaka hanya boleh dilakukan di institusi berikut bergantung kepada nilai dan jenis harta:
1) Pusaka Ringkas : Amanah Raya
2) Pusaka Kecil : Pejabat Pusaka Kecil
3) Pusaka Besar: Mahkamah Tinggi Sivil
Bila dah dapat surat kuasa mentadbir dari institusi terbabit, barulah pembahagian harta seperti hibah dan Faraid dapat di jalankan.

04/03/2024

KENAPA PERLU BUAT WASIAT?
πŸ€”πŸ€”πŸ€”πŸ€”πŸ€”πŸ€”πŸ€”πŸ€”πŸ€”

OLEH: RUBIAH KADIR

Kerana harta dunia, manusia boleh jadi kurang waras, gelap mata dan bermasam muka sesama sendiri. Ada yang sanggup putus saudara.

Ya, hanya kerana harta. Oleh sebab itu pentingnya meninggalkan wasiat selagi hayat masih ada.

Kepentingan wasiat/ hibah harta pusaka dalam islam

Sering kali kita dipaparkan dalam drama melayu yang memaparkan konflik keluarga melibatkan wasiat. Konflik terjadi akibat tidak merancang dan memikirkan apa yang berlaku pada masa akan datang termasuk membabitkan kematian sehingga mencetuskan konflik keluarga.

Paling teruk, berlakunya perpecahan dan perbalahan dalam keluarga. Ada kes isteri ditinggalkan sehelai sepinggang kerana harta suami jatuh kepada keluarga mertua apabila pembahagian harta secara faraid digunakan.

Kebanyakan konflik harta pusaka ini berpunca daripada perebutan dan kelemahan mengenal pasti siapa pewaris berpotensi untuk melakukan tuntutan.

Pendokumentasian wasiat harta pusaka dapat mengurangkan konflik

Amat penting masyarakat sekarang menguasai aspek pengurusan harta pusaka kerana ia sangat kompleks untuk difahami secara teori dan praktikal.

Walau bagaimanapun, ilmu pewarisan harta pusaka dalam Islam wajib difahami supaya setiap yang masih hidup tidak termakan harta yang batil.

Perkara terbaik yang boleh anda lakukan adalah merancang pembahagian aset kepada siapa yang ingin diberikan dan berapa banyak yang akan diagihkan.

Masyarakat perlu tahu membezakan pelbagai instrumen membabitkan harta pusaka, antaranya memahami bahawa hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja tanpa had.

Wasiat perlu digunakan untuk pembahagian harta pusaka kepada bukan waris serta terhad kepada satu pertiga daripada harta pusaka.

Manakala faraid p**a merupakan pembahagian harta pusaka khusus untuk waris sahaja.

Hibah sememangnya sangat penting lebih-lebih yang melibatkan mereka yang mempunyai pelbagai jenis harta pusaka seperti hartanah, rumah dan wang.

Pengurusan harta pusaka tanpa wasiat merupakan satu proses yang sangat panjang dan memakan masa.

Proses yang panjang ini boleh menjangkau sehingga 3 hingga 5 tahun dan sudah tentu ia menyebabkan kos yang tinggi.

Masih ramai orang Islam yang menganggap hibah adalah perkara yang tidak begitu penting.

Masih ramai lagi orang Islam yang tidak membuat persiapan Pendokumentasian wasiat kerana beranggapan urusan harta diletakkan di bawah faraid sahaja.

Sedangkan membuat wasiat adalah perkara yang amat digalakkan dalam Islam.

Orang ramai perlu ada kesedaran akan kepentingan pengurusan harta pusaka.

Pemilik harta p**a perlu memastikan harta yang ditinggalkan kelak tidak akan menyusahkan dan membebankan waris untuk menguruskannya.

ANDA PERLUKAN HIBAH? JOM KAMI BANTU :

Norlaili karim
Fulltime PRUBSN TAKAFUL
htttps://linktr.ee/NorlailiKarim

28/02/2024

Nak kurangkan tempoh membayar pinjaman rumah? Ada yang bertanya.

Tiada kaedah lain dan tidak perlu pun dapat khidmat nasihat dari mana2 syarikat atau sifu.

Benda mudah sangat2!

Bayar extra tetiap bulan ke atas prinsipal. Cuma ada bank jika bayar extra, duit akan masuk ke dalam "floating account". Masuk floating account, prinsipal tidak akan di tolak, maka keadaan kekal sama.

Jadi kena bincang dengan pegawai bank di tempat kita ambil pinjaman samada menstrukturkan semula atau memang dibenarkan bayar extra. Nak bayar extra setiap bulan atau setiap tahun. Contoh bila dapat bonus 6 bulan gaji. Berbaloi la.

Nak belajar tentang kaedah pengurangan baki bank, google atau tengok youtube tentang pengiraan "loan amortisation schedule"

Cuma orang yang tegar dalam kewangan, takkan bayar hutang awal la. Kalau boleh panjangkan tempoh sampai 1000 tahun, mereka akan ambil tempoh tersebut.

Apa yang hendak dirisau, hutang rumah dah dilindungi oleh MRTT atau MLTT. Cuma waris kena tahu la cara mengurus hal pinjaman selepas kematian.

Norlaili karim
Https://lintr.ee/NorlailiKarim
Full time PRUBSN TAKAFUL

08/02/2024

Tolong ingat, kita bukan anak raja. Kita anak orang biasa² jer. Sebab tulah kena ada takaful. Mula menyimpan RM100/bulan. Bila sakit pening tak payah nak meminta. Takaful juga boleh bantu anak² kita kalau kita ditimpa musibah. Simpan RM100 dapat RM350ribu 🀩

Address

Cascades Kota Damansara
Bhulta
47800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cik Laili Takaful posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Cik Laili Takaful:

Share