20/07/2026
DAPAT KERJA COMPANY BARU?
COMPANY DAH BAGI MEDICAL CARD. KENAPA PERLU AMBIL MEDICAL CARD INDIVIDU?
Soalan ini seringkali saya terima ketika sedang consult client-client saya tentang kepentingan takaful.
Jadi ini adalah sebab-sebab perlu ada kad perubatan individu walaupun syarikat sudah sediakan untuk anda.
1. TIDAK SELAMANYA BEKERJA.
Setiap pekerja ada potensi dibuang kerja. Ketika ekonomi sedang tenat, ramai pekerja terpaksa diberhentikan kerana syarikat mahu menjimatkan kos. Contohnya seperti wabak yang melanda 1 dunia iaitu Covid-19. Jadi apabila diberhentikan, anda tidak boleh lagi menggunakan manfaat kad perubatan tersebut.
2. TUKAR BIDANG KERJAYA
Tidak ramai individu yang kekal lama dan bekerja untuk satu syarikat sepanjang hayat. Kebanyakan mereka akan berpindah ke syarikat lain untuk menambah pengalaman kerja dan mendapatkan kenaikan gaji. Kesan nya, kemungkinan syarikat baru tiada manfaat kad perubatan atau memberikan manfaat yang rendah.
3. BEKERJA SENDIRI
Bagi yang berhenti dan memulakan perniagaan sendiri, anda adalah golongan yang paling memerlukan kad perubatan kerana tiada majikan yang akan membantu anda.
4. SYARIKAT KURANGKAN KOS
Dulu, banyak syarikat yang menyediakan manfaat kad perubatan yang tinggi untuk staf mereka seperti tiada had penggunaan kad perubatan hospital. Kini kebanyakan syarikat menurunkan manfaat dengan had tahunan yang rendah.
5. MANFAAT RENDAH
Kebanyakan syarikat hanya menyediakan purata had tahunan RM20,000~RM50,000. Jumlah ini tidak cukup untuk menampung kos perubatan di hospital swasta bagi penyakit yang serius seperti sakit jantung, kanser dan sakit-sakit lain yang memerlukan rawatan lebih dari RM100,000.
Kesimpulannya, sediakanlah takaful individu meskipun syarikat sudah sediakan untuk anda. Kaunter "Tiket" sudah saya buka, tugas anda untuk memilih.
Kad perubatan / Hibah / pelaburan
Lakukan pilihan terbaik demi masa depan anda 😉
Irfan Hakimi
AL AQYAS Advisors
Perunding Kewangan & Takaful
Great Eastern Takaful Berhad
🛡🛡🛡