10/04/2025
๐ ๐๐ก๐๐๐ช๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐๐จ ๐ญ๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ ๐๐ก๐๐๐ก๐๐ ๐๐ฆ๐จ ๐ฃ๐ข๐๐๐ฆ๐@๐ฆ๐๐๐๐ ๐ง๐๐๐๐๐จ๐ ๐ง๐๐ ๐๐ง ๐ง๐๐ก๐ฃ๐ ๐ก๐ข๐ง๐๐ฆ :
โ ๐ผ๐ฅ๐ ๐ฎ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ฉ๐ ๐ฝ๐ค๐ก๐๐ ๐ฝ๐๐ก๐๐๐๐ง?
Baru-baru ini tular perkongsian oleh Cikgu Zahran yang mendapat perhatian luas di media sosial. Beliau berkongsi pengalaman mengecewakan apabila polisi@sijil takaful yang dilanggan selama 6 tahun dan dibayar secara konsisten, tiba-tiba ditamatkan tanpa sebarang notis awal, hanya kerana satu bayaran tidak diterima. Kisah ini telah membuka mata ramai terhadap cabaran sebenar dalam dunia insurans@takaful.
โธป
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
โข Cikgu Zahran mengambil satu lagi polisi@sijil takaful secara terus melalui laman web syarikat kira-kira 6 tahun lalu.
โข Syarikat asal telah bergabung dengan entiti baharu yang kini lebih dikenali di pasaran.
โข Bayaran asal dibuat melalui kad kredit secara automatik setiap bulan, dan selepas kad kredit tamat tempoh, beliau menyambung bayaran menggunakan potongan bank.
โข Kali terakhir bayaran diterima adalah sekitar Mac lalu, namun beliau tidak pernah menerima pengesahan rasmi daripada syarikat.
โข Percubaan untuk log masuk ke laman web gagal kerana kod keselamatan dihantar ke nombor telefon yang salah.
โข Tanpa sebarang peringatan, beliau menerima emel memaklumkan bahawa polisi@sijil takaful beliau telah ditamatkan sejak Januari, kononnya kerana bayaran bulan Disember tidak diterima.
โข Cubaan untuk hubungi syarikat melalui careline juga mengecewakan โ tiada respon sehingga terpaksa menggunakan saluran chat, barulah dapat bercakap dengan wakil manusia.
โข Polisi@sijil takaful tersebut dianggap โburnโ dan tidak boleh dirayu semula โ meskipun beliau setia membayar selama 6 tahun tanpa gagal.
โธป
APA ITU POLISI@SIJIL TAKAFUL TANPA NILAI TUNAI (CASH VALUE) ?
Polisi@sijil takaful tanpa nilai tunai merujuk kepada jenis pelan yang fokus kepada perlindungan sahaja tanpa elemen simpanan atau pelaburan.
Contoh polisi@sijil takaful tanpa cash value:
1. Kad perubatan (Medical Card)
2. Polisi term (Hibah Takaful)
3. Perlindungan kemalangan (Personal Accident)
4. Penyakit kritikal (Critical Illness)
Ciri utama:
โข Lebih murah dan berbaloi, dengan perlindungan yang lebih tinggi.
โข Namun, tiada buffer jika terlewat bayar โ polisi@sijil takaful akan tamat selepas 30 hari tempoh ihsan.
โธป
APA ITU POLISI@SIJIL TAKAFUL DENGAN NILAI TUNAI (CASH VALUE) ?
Sebaliknya, polisi@sijil takaful yang mempunyai nilai tunai menggabungkan unsur perlindungan dan simpanan (nilai tunai-yang mana hanya sebahagian kecil bayaran insurans@takaful itu adalah nilai tunai)
Ciri utama:
โข Lebih mahal, tetapi ada nilai tunai terkumpul yang boleh tampung jika tertunggak.
โข Polisi@sijil takaful tidak tamat serta-merta โ ia akan gunakan nilai tunai untuk mengekalkan pelan terus aktif.
โข Tetapi nilai tunai ambil masa untuk terkumpul, dan ada caj tersembunyi jika tidak difahami dengan betul.
โธป
๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ :
-
1. Penerangan Penuh oleh Ejen/Pihak Syarikat:
โข Pelanggan perlu dapatkan penjelasan menyeluruh, bukan hanya tentang kelebihan dari ejen/pihak syarikat.
โข Ejen mesti jelaskan perbezaan pelan dengan/tiada cash value semasa pelanggan daftar.
โข Dapatkan juga penerangan risiko polisi@sijil takaful tamat jika lewat bayar, terutama untuk pelan tanpa nilai tunai.
โข Jika polisi@sijil takaful diambil secara online, pelanggan wajib mendapatkan penjelasan menyeluruh dari pihak syarikat jika ada sebarang persoalan mengenai terma&syarat.
โข Elak kekeliruan yang boleh menyebabkan kekecewaan di kemudian hari.
-
2. Polisi@Sijil Takaful Tanpa Ejen Perlukan Lebih Perhatian:
โข Cikgu Zahran ambil pelan terus dari laman web tanpa ejen.
โข Lazimnya, pelan direct ini tiada nilai tunai dan tiada ejen untuk bantu monitor status.
-
3. Sistem Peringatan Automatik Wajib Ada:
โข Syarikat perlu ada sistem peringatan melalui SMS, emel atau panggilan telefon (terutamanya yang diambil secara website/online) sebelum tamatkan mana-mana polisi@sijil takaful.
โข Ini wajib walaupun polisi@sijil takaful dibeli terus tanpa ejen, kerana hubungan tetap antara pelanggan dan syarikat.
โข Ini tanggungjawab syarikat, bukan semata-mata pada ejen.
โข Semua syarikat biasanya ada sediakan sistem peringatan yang terkini, namun jika syarikat gagal melakukannya, maka ianya adalah kelemahan syarikat tersebut dan harus diperbaiki.
-
4. Ejen Hanyalah Pemudah Cara:
โข Ejen boleh berhenti, berpindah, atau meninggal dunia โ tetapi kontrak kekal antara pelanggan dan syarikat takaful.
โข Selagi pelanggan bayar, polisi@sijil takaful mesti terus berjalan.
-
5. Tindakan Proaktif Pelanggan:
โข Gunakan auto debit atau bayar secara tahunan untuk elak terlupa.
โข Pantau status polisi@sijil takaful sendiri melalui aplikasi rasmi syarikat.
โข Elakkan bayaran melalui ejen tanpa bukti rasmi โ pastikan ada resit dalam masa 2โ3 hari.
-
6. Beban Lapse Setelah Notis Diberi:
โข Jika sistem peringatan sudah ada, dan pelanggan tetap gagal membayar, maka tanggungjawab tidak lagi terletak kepada syarikat takaful.
-
7. Peranan Bank Negara Malaysia:
โข Bank Negara perlu pantau dan gubal dasar yang lebih melindungi pelanggan, khususnya bagi produk tanpa ejen.
โข Elak syarikat menggunakan kesilapan teknikal untuk mengelak tanggungjawab membayar tuntutan.
-
8. Pendidikan Awam Tentang Takaful:
โข Masyarakat perlu dididik tentang jenis-jenis polisi@sijil takaful, fungsi cash value, dan risiko-risiko yang mungkin dihadapi.
โข Perbezaan Takaful & Insurans Konventional perlu di titik beratkan kerana sebagai seorang Muslim, adalah WAJIB mengambil Sijil Takaful dan HARAM mengambil Polisi Konventional !
โข Pendidikan harus lebih mudah difahami, bukan sekadar ayat promosi jualan.
-
9. Mohon influencer Tidak Share Komen Negatif Memburukkan Industri Takaful untuk meraih follower:
โข Influencer tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang mungkin boleh merosakkan keadaan semasa dan menimbulkan salah sangka @ komen negatif yang mengeruhkan lagi keadaan dan memburukkan industri takaful.
โข Tindakan yang lebih keras patut diambil oleh Malaysian Takaful Association & LIAM - Life Insurance Association of Malaysia ke atas influencer yang bersikap โmenangguk di air yang keruhโ !
โธป
KESIMPULAN :
Apabila berlaku isu negatif seperti pembatalan polisi@sijil takaful kerana satu bulan lewat bayar, ramai yang cepat berkongsi dan menjadikannya viral. Namun, bila ada kisah positif seperti pelanggan berjaya membuat tuntutan takaful, hanya segelintir yang mahu kongsikan.
Inilah realiti โ manusia cenderung mensensasikan perkara negatif, tanpa mengetahui keseluruhan cerita sebenar.
Maka, penting untuk kita lihat sesuatu isu secara adil dan menyeluruh, bukan hanya berdasarkan satu sudut cerita.
Insurans@takaful bukan sistem sempurna โ tapi ia tetap banyak membantu, jika difahami dan diurus dengan betul.
Crdt to- takaful.info