03/03/2025
𝐁𝐢𝐥𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐰𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐞𝐦𝐚𝐬?
Bagi penyimpan emas, secara asasnya waktu terbaik membeli emas ialah apabila ada duit untuk tujuan simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya untuk tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.
Apabila ada sahaja duit lebihan untuk simpanan jangka panjang terus tukarkan kepada bentuk emas. Tidak perlu tunggu harga rendah (atau harga terbaik) atas beberapa faktor di bawah ini:
a) Jumlah setiap belian selalunya tidak besar, tetapi KONSISTEN. Sekurang-kurangnya satu gram sebulan.
Apabila harga rendah, itu hanyalah 'bonus' untuk menambah belian lebih banyak.
b) Apabila konsisten membeli, kita telah pun mendapat apa yang dipanggil “kos purata”. Kalau tiga kali belian RM170 segram, RM180 segram dan RM190 segram, maka kos purata keseluruhan pembelian ialah RM180 segram.
c) Ditambah lagi pergerakan harga emas biasanya tidak banyak, mungkin sekitar tiga peratus sahaja sebulan.
Jadi, kalau kerana hendak jimat tiga peratus tetapi duit simpanan telah pun bocor 50 peratus dibelanjakan dalam tempoh menunggu harga rendah, itu satu kerugian besar. Apa yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
d) Akhir sekali, penyimpan emas simpan emas untuk jangka panjang, bukan untuk dijual dalam masa terdekat. la adalah duit simpanan PAKSA dan LUPA. Duit untuk digunakan dalam masa terdekat, telah pun siap-siap disimpan dalam akaun bank seperti Tabung Haji atau ASB. Jadi, apa nak risau dengan turun naik harga emas?
Nak mula menabung emas dengan ilmu? Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian G100, di bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli bin Shafie, boleh hubungi saya di sini 👇
https://publicgoldofficial.com/Siti