20/01/2024
ME TIME BERSAMA FAMILI!
"Pa.. minggu ni ada kelas KAB tak?", tanya wife.
"Takde.. kenapa?," balas Koi semula. "Ada plan nak gi jauh ke?", tanya Koi lagi.
"Dekat-dekat je.. anak nak mandi Kolam! Kat Damansara. Jauh tak dari sini?".
Koi pun tengok waze. Tertera jarak perjalanannya dalam 19km sahaja. Ikut DASH. Tol dalam RM7.60. Tak jammed, sampai lah dalam 20 minit.
"Nak gi pagi ke petang?", Koi membalas soalan Wife Koi tadi. Belum menjawab soalannya. Sebab kalau petang biasa hujan. Kalau nak gi pagi, lewat sampai nanti terik pulak cuaca. "Pagi la..", jawabnya ringkas...
Itulah perbualan terakhir plan hari Sabtu ni (hari ni) Koi bersama Wife. Jam 8.30 pagi kami dah gerak. Tapi singgah makan pagi semua.. 9.00 pagi juga lah baru betul-betul start journey kami.
Sampai ke Pusat Sains Negara (PSN) Bandar Damansara dalam jam 10.00 pagi. Parking masih banyak kosong. Menapak agak jauh sebab parking seberang jalan. Kena menapak lebih kurang 15 minit ke dalam. Inilah kali pertama semenjak 1999 berada di KL Selangor, Koi datang ke sini. Punyalah lama stay di Lembah Kelang... Datang buat kali pertama setelah 24 tahun. Erm...
Koi enjoy la kat sini.. kali ni betul-betul fokus kat ilmu yang bersepah dalam ni. 90% ilmu sains la... 10% adalah berkaitan life dan kemahiran. Alhamdulillah.. banyak video dan gambar Koi rakam untuk kenangan.
Setelah puas berjalan di Ground Floor.. tiba-tiba.. "Ini adalah MK kita...." Aahh sudah, siapa pulak datang menghampiri Koi sambil pegang HP nya. Ni mesti rakam video.. rupanya Al Faqeer Faisal dan famili. Bertemu pulak kami di sini. Tak sangka sungguh! Nak dijadikan jodoh kan? So berbuallah kami seketika di PSN ni pasal KAB Goldynamics Sdn. Bhd. Mana ada topik lain lagi la. Nama pun founder Empire dan Duta kan?
So kami tak la lama berbual. Sampai wife masing-masing menjeling je.. baru kami berpisah kata-kata. Tu pun terserempak lagi beberapa kali di depan area Anjung Maya yang ada 7 aktiviti digital tu. Tapi tak borak Emas dah. Nanti kena jeling lagi.
So penat woo nak habiskan lawatan sambil belajar Sains Koi bersama famili hari ni. Jam 2.00 petang baru kami keluar dah sempatlah singgah ke kolam mandi. Yang ni lagi best. Plan asal nak bawa anak-anak mandi kolam. Sudahnya baju mandi anak-anak tinggal dalam kereta. Berleter gak la Koi sebab apa tinggalkan baju mandi padahal plan asal nak mandi.. erm...
So kami berkelah lah kejap tanpa berbasahan di kolam mandi. Anak-anak merengek nak terjun.. kenalah Koi bagi gula-gula lain dan berjanji akan datang lagi untuk mandi je pada waktu yang lain.. korang yang ada masa luang, jom sertai Koi pada masa hadapan. Lepak depan kolam je sambil tengok anak-anak mandi. Kita citer Bisnes!.
Tamat program siang Koi hari ni...sampai kat rumah dalam jam 3.00 petang. Semua pakat lentuk dah dalam kereta hingga sampai ke rumah.
Ada beberapa gambar je Koi snap untuk tatapan sahabat. Yang lain banyak video... Untuk info dewasa RM6.00/ seorang dan kanak berumur 7 tahun ke bawah adalah percuma. Ni pakej biasa. Kalau pakej Anjung Maya tu lain pulak. Tiket dia RM8.00/ seorang bagi dewasa. Kanak-kanak 12-4 tahun RM6.00/ seorang. Hari Jumaat diorang tutup rasanya.
Seronok dan santai.
Jom ke Pusat Sains Negara!
Tak nak masuk PSN, gi bawa anak mandi pun boleh... Maaf xde gambar kolam. Tapi kolam dia besar la... Free rasanya.