LinaMahmud

LinaMahmud Membantu anda merancang dari risiko dan ancaman kewangan & usaha menyelamatkan asset umat Islam

Tahu tak anda ada cara mudah untuk mewariskan harta kepada yang tersayang?HIBAH dalam Takaful 👇👉Kelebihan hibah dalam ta...
08/03/2023

Tahu tak anda ada cara mudah untuk mewariskan harta kepada yang tersayang?

HIBAH dalam Takaful 👇

👉Kelebihan hibah dalam takaful:

✅ Aliran Tunai Segera
✅ Menyelesaikan HUTANG yang ditinggalkan si mati
✅ Penggantian pendapatan si mati
✅ Membantu bebanan perbelanjaan harian keluarga
✅ Tidak perlu melalui proses Faraid
✅ Tabung pendidikan anak-anak

Serendah RM50 sebulan ‼️
Serendah RM50 sebulan ‼️
Serendah RM50 sebulan ‼️

Bayaran ini adalah untuk kebajikan anda dan keluarga anda. Jika anda Pendukung utama pendapatan keluarga, anda WAJIB ada jumlah pampasan tersebut.

Hotline HIBAH kasih ☎️☎️☎️

https://produkhibahkasih.wasap.my/
https://produkhibahkasih.wasap.my/
https://produkhibahkasih.wasap.my/

Marlina Mahmud
Takaful Life Planner
+6010-5529956

‼️ Tinggalkan HIBAH untuk keluarga, bukan HUTANG ‼️Tuan Puan, benda ni nampak macam simple, kan? Tapi hakikatnya banyak ...
08/03/2023

‼️ Tinggalkan HIBAH untuk keluarga, bukan HUTANG ‼️

Tuan Puan, benda ni nampak macam simple, kan? Tapi hakikatnya banyak kes yang terjadi.
Jadi, kita boleh rancang untuk tinggalkan sedikit hadiah untuk yang tersayang.

Dengan caruman HIBAH, anda mampu memberikan:

❤️ Perlindungan terbaik terhadap keluarga yang ditinggalkan
❤️ Anak-anak yang ditinggalkan dapat meneruskan Pendidikan dengan pampasan yang ditinggalkan
❤️ Isteri/ suami tidak keseorangan menanggung beban yang ada
❤️ Di saat semua harta dibekukan untuk urusan pusaka, pampasan hibah ini yang meringankan beban keluarga anda

💥HIBAH LEGACY BEYOND💥

Apa yang best?
✅ Mampu milik
✅ HIBAH kematian biasa/hilang upaya – min RM350,000
✅ Manfaat 2 kali ganda kematian ketika Haji/Umrah – min RM700,000
✅ Manfaat 3 kali ganda kematian ketika menaiki kenderaan awam
✅ Manfaat 6 kali ganda kematian ketika bencana alam (contoh: tanah runtuh)
✅ Caruman TETAP
✅ Saving
✅ Perlindungan sehingga 70/80 tahun

Jom sign up segera untuk diri sendiri/ anak-anak/ famili sementara masih MUDA dan SIHAT.

Free Quotation: https://produkhibahkasih.wasap.my/
Free Quotation: https://produkhibahkasih.wasap.my/
Free Quotation: https://produkhibahkasih.wasap.my/

Marlina Mahmud
Takaful Life Planner
+6010-5529956

Salam 1 Syaaban...
21/02/2023

Salam 1 Syaaban...

Assalamualaikum...Hibah ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartan...
21/02/2023

Assalamualaikum...

Hibah ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan.

Hibah adalah suatu perkara yang bukan termasuk dalam harta pusaka dan penerima hibah boleh menggunakan harta tersebut untuk dirinya secara mutlak.

Ahli waris yang lain tidak boleh mempertikaikan harta yang diperoleh oleh penerima hibah tersebut.

Pada masa kini, masyarakat Islam di Malaysia sudah sinonim dengan perkataan hibah takaful disebabkan ramai yang mengambil pelan hibah takaful untuk ditinggalkan kepada keluarga selepas berlakunya kematian.

Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa selain daripada hibah takaful, kita masih ada cara lain untuk menghibahkan harta kita seperti:
• Wang ringgit
• Akaun bank
• Saham
• Perniagaan
• Tanah
• Rumah
• Bangunan
• Pelaburan dan beberapa aset yang lain

Semoga perkongsian ini memberikan sedikit ilmu yang bermanfaat bagi pembaca untuk mencari solusi mengelakkan perbalahan sesama waris dan memudahkan urusan orang kesayangan dan urusan kita.

Assalamualaikum...Proses Permohonan Pembahagian Pusaka Kecil1. Membuat permohonan dengan melayari laman sesawang www.Jkp...
21/02/2023

Assalamualaikum...

Proses Permohonan Pembahagian Pusaka Kecil

1. Membuat permohonan dengan melayari laman sesawang www.Jkptg.gov.my

2. Hantar borang permohonan (Borang A atau P) dan dokumen sokongan ke unit pembahagian pusaka yang berkenaan

3. Unit pembahagian pusaka akan memproses permohonan dengan menghantar borang b ke mahkamah tinggi dan penilaian harta ke JPPH

4. Permohonan yang telah lengkap diproses akan dipanggil bicara melalui notis perbicaraan

5. Pemohon 0 dan waris dikehendaki hadir perbicaraan yang telah ditetapkan dengan membawa dokumen asal

6. Perintah pembahagian atau surat kuasa mentadbir dikeluarkan dan dihantar kepada pemohon

7. Pemohon atau waris membawa perintah atau surat kuasa mentadbir yang diterima ke pejabat tanah dan agensi yang berkaitan.

Nota:
Peruntukan kewangan juga diperlukan untuk menguruskan harta2 yang dituntut (untuk melunaskan cukai2 yang tertunggak dan sebagainya) agar tuntutan dapat diselesaikan dengan segera.

Assalamualaikum....Rumah, tanah, wang simpanan yang banyak dan aset-aset lain adalah harta yang perlu kita uruskan supay...
21/02/2023

Assalamualaikum....

Rumah, tanah, wang simpanan yang banyak dan aset-aset lain adalah harta yang perlu kita uruskan supaya ia tidak berkubur apabila kita meninggal dunia nanti.

Statistik menunjukkan sebanyak RM70 bilion harta yang dibekukan oleh pihak berkuasa.
Ini menunjukkan ramai di kalangan kita yang tidak tahu bagaimana cara menguruskan harta dengan betul. Apabila harta beku dan tiada penuntut, sudah pasti akan menjadi masalah dalam keluarga anda kelak.
Dengan harta juga, kita pasti mendapat manfaat di dunia dan akhirat selagi mana harta itu digunakan untuk jalan yang baik.

Jom kita sama2 lihat 6 cara uruskan harta supaya ianya tidak beku dengan cara yang betul dan pilihan yang tepat.

1. Ambil Tahu Pasal Faraid
Cara urus harta dengan betul adalah mengetahui siapa penerima faraid anda memandangkan faraid adalah hukum Islam dalam menguruskan harta jika anda tidak melakukan sebarang hibah.
Banyak kes berlaku di mana waris tidak tahu dia tidak layak jadi waris faraid tetapi menganggap harta si mati adalah miliknya.

2. Lantikan Wasi
Pelantikan wasi yang boleh anda lantik dibahagikan kepada syarikat amanah dan individu. Untuk pengetahuan anda, wasi adalah pentadbir yang akan membuat tuntutan pusaka bagi pihak anda.
Sekiranya harta tidak lebih daripada RM2 juta, kita boleh gunakan wasi individu. Sekiranya lebih daripada RM2 juta, gunakan wasi syarikat seperti Amanah Raya Berhad atau lain-lain lagi.
Pelantikan wasi penting kerana mereka adalah golongan pakar yang akan membantu menguruskan harta anda. Berbanding dengan tindakan anda sendiri, mereka lebih cepat, pantas dan senang.

3. Wasiat Sedekah
Dengan adanya wasiat sedekah, ia bakal menjadi saham akhirat anda kelak. Semua orang Islam amat disarankan berwasiat sedekah atau wakaf.
Sekurang-kurangnya dapatlah pahala berterusan sehingga hari kebangkitan nanti. Buatlah wasiat ⅓ dari harta anda!

4. Pastikan Ada Hitam Putih
Wajib anda dokumenkan wasiat anda dengan mana-mana syarikat pengurusan pusaka. Wasiat dengan mulut akan menjadi masalah kelak kerana tiada bukti.
Carilah mereka yang berpengalaman untuk membuat dokumen tersebut. Ianya tak semestinya mahal, kita boleh shopping untuk dapatkan harga yang menarik.

5. Dana Pantas Untuk Waris
Tahukah anda, aset akaun bank dan lain-lain akan terus beku setelah kematian. Namun, KWSP, penama Tabung Haji dan penama Polisi Takaful tidak akan beku serta-merta.
Sebaliknya, ia akan dimasukkan ke dalam akaun penama.

6. Dokumen Hibah
Dokumen hibah boleh dibuat sekiranya anda ingin menentukan sendiri sebanyak mana harta yang ingin anda serahkan kepada orang tersayang, ibu bapa dan keluarga. Ia tidak akan melalui proses faraid lagi tetapi akan terus ke penama anda.
Untuk menguruskan harta dengan baik melalui mana-mana cara di atas, pilihlah syarikat atau perunding harta yang dipercayai bagi menguruskan harta kita.

Semoga perkongsian ini memberikan sedikit ilmu yang bermanfaat bagi pembaca untuk mencari solusi mengelakkan perbalahan sesama waris dan memudahkan urusan orang kesayangan dan urusan kita.

Assalamualaikum....HARTA BEKU??? Pentingnya orang Islam urus, rancang harta dimilikiHarta pusaka beku ialah harta pusaka...
21/02/2023

Assalamualaikum....

HARTA BEKU??? Pentingnya orang Islam urus, rancang harta dimiliki

Harta pusaka beku ialah harta pusaka yang ditinggalkan oleh simati tetapi tidak uruskan pembahagiannya dalam kalangan ahli waris dengan kaedah dan cara yang dibenarkan oleh syarak. Harta berkenaan telah terbiar dan tidak dapat diuruskan dengan sempurna oleh ahli waris yang berhak.

Benar seperti yang digambarkan oleh Pengarang Berita Harian ini
“bagaimana RM70billion hasil peninggalan orang Melayu yang tidak dituntut boleh dilaburkan semula dalam pelbagai bidang bertujuan menjana ekonomi bangsa” - Ekhwan Haque Fazlul Haque

21/02/2023
Assalamualaikum....Perancangan pusaka bukanlah menidakkan Faraid, tetapi ia memberi ruang untuk kita merancang kepada si...
21/02/2023

Assalamualaikum....

Perancangan pusaka bukanlah menidakkan Faraid, tetapi ia memberi ruang untuk kita merancang kepada siapa kita hendak berikan harta yang dikumpulkan secara penat lelah semasa hidup. Selain itu, sebab lanjut mengapa perlunya kita merancang pusaka adalah seperti berikut:

#1: MANFAATKAN HARTA DI DUNIA DAN AKHIRAT
Kumpul harta kerja yang susah. Sebab tu, kita nak dapatkan manfaat daripada harta itu selama yang mungkin. Kalau di dunia dengan harta kita dapat makan yang sedap, tak mahu ke dengan harta itu juga kita dapat pahala untuk dapat makan di syurga?

#2: PUSAKA PERLU DIURUS
Sepertimana semasa hidup kita buat perancangan kewangan untuk elakkan kebocoran wang, begitu juga dengan perancangan pusaka untuk uruskan ‘harta kita’. Rugi kalau harta itu dibiarkan beku saja kan?

#3: TENTUKAN KEPADA SIAPA NAK BERI PUSAKA
Semasa hidup, harta itu milik kita. Terp**ang nak gunakan macam mana, dan nak beri kepada sesiapa pun. Kita boleh berbuat yang serupa untuk harta pusaka dengan merancang.

#4: MASYARAKAT HANYA AMBIL HAK FARAID, TAPI TIDAK PIKUL TANGGUNGJAWAB
Harta pusaka dibahagi mengikut ‘faraid’ jika tiada hibah ataupun wasiat dibuat. Banyak atau sedikit hak seseorang dapat menurut faraid sebenarnya bersamaan dengan tanggungjawab yang dipindahkan ke bahu mereka untuk menjaga waris arwah. Tapi tak ramai yang faham dan buat. Yang mereka nampak hanyalah menuntut hak pusaka.

#5: PROSEDUR TUNTUTAN PUSAKA MENJADI LEBIH KOMPLEKS DAN LAMA
Jika tak merancang, prosedur untuk pembahagian pusaka akan menjadi lebih kompleks dan mengambil masa lebih lama. Contoh termudah ialah penama KWSP. Jika ada letak penama, penama tersebut boleh terus ke KWSP. Jika tiada penama, perlu dapatkan Surat Kuasa dahulu baru boleh ke KWSP. Jauh lebih rumit andainya proses untuk mendapatkan Surat Kuasa itu mengambil masa yang lama.

#6: LANTIK WAKIL UNTUK URUSKAN PUSAKA
Jika merancang lebih awal, kita boleh melantik ‘orang’ lain untuk uruskan kerja yang renyah dan memakan masa untuk mendapatkan Surat Kuasa. Antara sebab harta beku ialah waris tak mampu nak selesaikan urusan tuntutan sebegini.

#7: LANTIK ORANG TENGAH UNTUK MEDIASI PERBINCANGAN WARIS BERTELAGAH
Dalam keadaan waris bertelagah berebut harta, amatlah berguna apabila ada orang tengah yang tidak berkepentingan membantu mediasi perbincangan. Kalau dah merancang, boleh lantik siap-siap untuk membantu. Bila bertelagah, kita tak tahu bila ia akan selesai. Makin lama masa berjalan, mungkin ada waris yang meninggal. Bahagian waris tersebut berpindah kepada warisnya p**a. Makin kompleks.

Semoga perkongsian ini memberikan sedikit ilmu yang bermanfaat bagi pembaca untuk mencari solusi mengelakkan perbalahan sesama waris dan memudahkan urusan orang kesayangan dan urusan kita. Biarpun harta yang ditinggalkan tidak sebanyak mana.

Assalamualaikum....Kekayaan yang kita kumpul masa hidup, takkan memberi manfaat kepada waris-waris setelah kita meningga...
21/02/2023

Assalamualaikum....

Kekayaan yang kita kumpul masa hidup, takkan memberi manfaat kepada waris-waris setelah kita meninggal dunia, kalau kita tak rancang perwarisan harta pusaka semasa kita hidup.

Assalamualaikum....Ada orang, takut bila dengar perkataan wasiat…Ada orang, tercari2 bagaimana untuk melaksanakannya…WAS...
21/02/2023

Assalamualaikum....

Ada orang, takut bila dengar perkataan wasiat…
Ada orang, tercari2 bagaimana untuk melaksanakannya…

WASIAT, selalunya ada beberapa konteks yang berbeza tapi saling berkaitan

1. Wasiat pemberian harta pusaka.
Ia hanya boleh dilakukan kepada bukan ahli waris sahaja dan tertakluk kepada 1/3 daripada jumlah pusaka dan wajib dilaksanakan.
Manakala jika kepada ahli waris, ia tertakluk kepada persetujuan seluruh ahli waris faraid untuk dilaksanakan.

2. Wasiat pesanan kepada ahli-ahli waris.
Ia merujuk kepada pesanan-pesanan umum yang tidak semestinya berkaitan dengan hatta pusaka.
Contohnya nasihat supaya anak-anak, adik- beradik untuk berbaik-baik

3. Wasiat pelantikan wasi yang sekaligus menjadi pentadbir harta pusaka.
Ia bertujuan untuk digunakan sebagai bukti di mahkamah tinggi bagi tujuan pentadbiran harta pusaka.
Penama wasi akan diberi surat kuasa oleh mahkamah untuk mengurus dan mentadbir harta pusaka.

Semoga perkongsian ini memberikan sedikit ilmu yang bermanfaat bagi pembaca untuk mencari solusi mengelakkan perbalahan sesama waris dan memudahkan urusan orang kesayangan dan urusan kita.

Address

No. 1, Jalan Selasih U12/18b, Tmn Cahaya Alam, Sek U12
Shah Alam
40170

Telephone

+60105529956

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LinaMahmud posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to LinaMahmud:

Share