01/12/2022
5 TIPS DAN CADANGAN PENGURUSAN KEWANGAN DI KALA PANDAMIK INI.
1.Rancang dan Sediakan Bajet Yang Jelas.
Secara teorinya, pengetahuan kewangan yang dimiliki dapat membantu individu bagi menguruskan kewangan masing-masing dengan lebih baik pada waktu sukar ini. Perancangan bajet adalah
kemahiran yang paling penting untuk pengurusan kewangan yang berjaya.
Bajet yang dirancang rapi akan memastikan anda berjaya mencapai matlamat kewangan anda, dan memberikan anda pemahaman yang menyeluruh mengenai perbelanjaan di dalam semua aspek kehidupan.
2.Rancang Pelaburan anda.
Pelaburan juga adalah salah satu perkara yang mustahak dan penting untuk diuruskan. Ia mampu memberi kebaikan mahupun keburukan jika tidak diuruskan dengan baik. Dalam era pemodenan ini, terdapat banyak bentuk pelaburan yang kita boleh pilih antaranya adalah, pasaran saham, hartanah, “unit trust” dan pelaburan yang lain.
Perkara pertama yang harus dilakukan dalam menguruskan Penasihat Kewangan
dari sudut pelaburan adalah dengan menilai semula portfolio pelaburan.
3.Minimakan Perbelanjaan.
Dalam kegawatan ekonomi ini, ianya menjadi kebiasaan jika seseorang itu membelanjakan lebih sedikit berbanding sebelumnya apabila individu tersebut bimbang akan masa depannya. Akan tetapi perkara ini menimbulkan dilema klasik sebagaimana pandangan ahli ekonomi, John Maynard Keynes dalam kajiannya semasa krisis ekonomi tahun 1930-an mengatakan, jika pengguna tidak membelanja, maka ekonomi akan merosot.
Seterusnya, perkara ini mengakibatkan kehilangan pekerjaan, penurunan pendapatan isi rumah dan pemotongan perbelanjaan yang lebih jauh dalam. Oleh itu, perbelanjaan masyarakat amat penting untuk memulihkan ekonomi namun dalam situasi sekarang, kita boleh merancang untuk meminimumkan perbelanjaan.
4.Menyediakan Wang Kecemasan.
Demi menjamin kehidupan seisi keluarga atau individu yang lebih selamat, kita hendaklah menyediakan dana kecemasan yang mencukupi.
Istilah ‘mencukupi’ mungkin memberi makna berbeza kepada orang yang berbeza dan secara umumnya, dana kecemasan perlu disediakan sekurang-kurangnya enam bulan daripada jumlah perbelanjaan. Amatlah penting untuk memastikan anda mempunyai simpanan kecemasan yang mencukupi.
5.Pantau Pinjaman Anda.
Penangguhan pembayaran untuk sewa beli, kad kredit dan pinjaman lain adalah sumber kelonggaran sementara bagi berjuta-juta peminjam. Atau erti kata lainnya adalah moratorium.
Tetapi masyarakat dan peminjam perlu ingat bahawa terdapat beberapa polisi bank semasa tempoh moratorium ini yang faedahnya akan meningkat semasa tempoh yang disebut. Justeru, apabila pembayaran dimulakan semula, mereka mungkin lebih tinggi daripada sebelumnya.
''JANGAN BIAR HIDUP ANDA DI BELENGGU HUTANG''