21/04/2022
Sebelum kita nak buat pinjaman rumah & refinance rumah, kita perlu semak ctos report dulu, sebab ctos report akan rekod jenis jenis hutang kita dengan bank & hutang luar bank.
🔹Hutang hutang luar bank ini termasuk coway , Digi,celcom , cukoo atau kedai motor. Kalau anda ada tunggakan hutang hutang ini kena ambil perhatian. Kalau hutang kurang RM1,000 bank masih boleh terima.
🔹Tapi biasanya hutang hutang akan lebih RM1,000 . Kalau hutang lebih RM1,000 bank akan reject pinjaman kita ,walaupun pendapatan kita adalah tinggi.
🔹Bagi kawan yang ada hutang hutang ini, lebih bsik jelaskan hutang ini dahulu sebelum nak buat pinjaman bank. Selepas jelaskan hutang ini ,sebulan kemudian rekod ctos akan hilang dalam ctos report.
🔹Kalau anda memang tidak mampu nak jelaskan hutang ini, kena pilih bank yang tidak ada check ctos, setahu saya sekarang cuma ada 1 bank sahaja yang tidak check ctos ini adalah bank sotong 🐙.
🔹Ikut pengalaman saya klient yang ada hutang( bukan bank) dalam ctos , pinjaman masih boleh lulus. Saya pernah tanya officer bank, officer bank kata mereka akan check tapi dengan cara random. Mungkin 10 kes mereka akan check 2 kes.
Selamat Belajar
Financial Coach
KY Tee
Semak Kelayakkan Percuma
>>> https://sifumortgage.wasap.my