Forensik Takaful Advisory

Forensik Takaful Advisory Penasihat kewangan berkaitan perlindungan diri, keluarga, aset dan bisnes yang dijalankan.

01/03/2024

[MUHASABAH DIRI]
Sayyidah Fatimah pernah mengadu kepada Rasulullah ﷺ bahwa dia ingin seperti wanita wanita lain yang berhias dengan barang emas.

Lalu Rasulullah ﷺ membawa Sayyidah Fatimah ke satu perigi dan menimba ke dalam perigi tersebut.Setelah di angkat naik timba tersebut maka kelihatanlah barang-barang perhiasan emas di dalam timba tersebut.

Sabda Rasulullah ﷺ "Ambillah Fatimah!"

Oleh karena ingin berhias seperti wanita yang lainnya, Sayyidah Fatimah pun mengambil. Tapi cuma SATU saja. Diambilnya pun dalam keadaan malu malu.

Kalau kitalah di offer begitu,bagaimana?Pasti mata kita akan terbelalak dan mengambil kesemuanya,malah mungkin kita suruh ditimba lagi akan emas tersebut.

Rasulullah ﷺ kemudian bertanya kepada Fatimah; "Cukupkah Fatimah?"

"Cukup Ya Rasulullah." Ujar Fatimah.

Kemudian Rasulullah berkata pada Fatimah; ketahuilah oleh mu wahai anakku Fatimah,walaupun kamu mengambil hanya satu emas itu,ia sudah mengurangkan kebahagiaan dan kelazatan kamu nanti di akhirat."

Sayyidah Fatimah terkejut.Tanpa berfikir terus segera memulangkan emas itu kembali kepada Rasullulah.Beliau tidak sanggup menukarkan akhiratnya dengan dunia yang sedikit.

Begitu hebat cinta wanita wanita dahulu akan akhirat.Apabila di sebut akhirat saja,mereka sanggup faqir dan miskin di dunia.

Tapi kita ini,sudah berapa banyak akhirat kita yang kita tukarkan dengan dunia?

Shoppee,lazada,ikea,zalora dan pelbagai tempat tempat pemuas nafsu sudah menjadi kitab yang kita schroll hari hari untuk bershopping sehingga barang yang tak perlu pun kita beli demi memuaskan nafsu serakah dunia kita.

Wang yang sepatutnya kita gunakan untuk sedekah dan infaq sudah tiada lagi dalam list hidup kita.Yang kita fikir siang dan malam hanyalah untuk mengisi ruang nafsu serakah kita.

Dalam FB kita penuh dengan video dan gambar makanan dan resepi.Penuh dengan cerita cerita pakaian tudung dan aksesori untuk mencantikan diri kita.Sedangkan tubuh kita sudah semakin dekat dengan tanah dan berbau tanah!

Allaahu ...

Kembali lah kawan kepada asal kita.

Kecilkan lah DUNIA kita. Besarkan lah AKHIRAT kita.

Ya Allah Yang Maha Pengasih, Berikan kasih sayang Mu kepada kami dan kepada para wanita kami.

Tutuplah aurat mereka. Berikan kepada mereka rasa malu yang menjadikan mereka senantiasa menjaga aurat dan kehormatan mereka dan mencintai akan akhirat.
Aamiin!

[𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗛𝗨 𝗔𝗣𝗔-𝗔𝗣𝗔 𝗞𝗢𝗠𝗜𝗧𝗠𝗘𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚]"Tuan, ini bukan seperti komitmen lain. Inilah satu-satunya komitmen yang aka...
03/02/2024

[𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗛𝗨 𝗔𝗣𝗔-𝗔𝗣𝗔 𝗞𝗢𝗠𝗜𝗧𝗠𝗘𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚]

"Tuan, ini bukan seperti komitmen lain. Inilah satu-satunya komitmen yang akan menjaga komitmen lain seandainya tuan meninggal dunia atau cacat seumur hidup".
"Komitmen lain akan ditinggalkan tetapi komitmen ini tidak akan wujud sebagai beban, malah ia akan menjaga komitmen lain".
"Demi keluarga tuan, ini mestilah menjadi komitmen pertama tuan".

KISAH KEBERKATAN ISTIGHFAR SI TUKANG ROTI & IMAM AHMAD BIN HANBALTuan puan yang saya muliakan,Saya tertarik dengan satu ...
15/01/2024

KISAH KEBERKATAN ISTIGHFAR SI TUKANG ROTI & IMAM AHMAD BIN HANBAL
Tuan puan yang saya muliakan,
Saya tertarik dengan satu kisah yang pernah saya dengar tentang seorang tukang roti yang teringin sangat nak jumpa dengan Imam Ahmad bin Hanbal. Kisah ini adalah satu kisah yang saya tak pernah bosan untuk baca sebab di kala saya rasa ‘lost’ dalam hidup, saya akan cari semula kisah ini untuk saya hayati.
Saya yakin tuan puan pun mungkin pernah terbaca tentang kisah kehebatan istighfar.
Kisahnya bermula apabila Imam Ahmad Bin Hanbal ketika dalam perjalanannya, beliau hendak bermalam di masjid. Akan tetapi, penjaga masjid pada ketika itu tidak membenarkan Imam Ahmad untuk berehat di situ.
Kebetulan pada saat itu, seorang tukang roti lalu berhampiran mereka lalu beliau yang berasa simpati dengan Imam Ahmad terus mempelawanya untuk bermalam di rumahnya.
Imam Ahmad dilayani dengan sangat baik di rumah tukang roti tersebut. Tukang roti tersebut teruskan rutin beliau mengadun roti untuk dijual pada esok harinya.
Ada sesuatu yang menarik perhatian Imam Ahmad pada ketika itu. Setiap kali tukang roti tersebut mengadun roti, mulut beliau tidak putus-putus beristighfar.
Kemudian, Imam Ahmad bertanya kepada beliau “sejak bila kamu selalu beristighfar tanpa henti?”
“Sejak sekian lama. Ini sudah menjadi kebiasaan rutin saya, hampir dalam segala keadaan.” Jawab beliau.
“Apa manfaat kepada kamu sehingga saya lihat setiap kali kamu membuat adunan roti ini kamu beristighfar. Selesai mengadun kamu istighfar lagi…”
Imam Ahmad bukannya tidak tahu apa manfaat istighfar ini akan tetapi Imam Ahmad ingin memastikan apakah keberkahan dari amalan istighfar itu hadir pada tukang roti ini ataupun tidak.
“Wallahi, demi Allah tidak pernah saya membiasakan istighfar kecuali semua hajat saya dikabulkan oleh Allah S.W.T. Cuma satu hajat saya yang belum dikabulkan oleh Allah S.W.T.”
“Apakah hajat itu?” tanya Imam Ahmad.
“Saya memohon kepada Allah dengan istighfar saya. Ya Allah, mohon pertemukan saya dengan Ahmad Bin Hanbal sebelum saya meninggal dunia atau sebelum beliau meninggal dunia.”
Imam Ahmad pun berkata “Astaghfirullah, jadi kerana istighfar ini saya diperjalankan, saya dikeluarkan dari rumah Allah di masjid, bahkan saya dikeluarkan dari halaman masjid, hanya kerana istighfar anda untuk bertemu dengan anda. Sayalah Ahmad Bin Hanbal”
Saya yang baca kisah ini pun cukup terharu dengan apa yang berlaku, apatah lagi tukang roti ini. Pasti bertambah-tambah kecintaan beliau pada Allah S.W.T disebabkan nikmat yang tidak terhingga ini.
Maknanya di sini, tidak ada satu pun doa beliau yang ‘terlepas’. Semuanya Allah kabulkan tanpa terkecuali. Betapa Allah s**a bila hambaNya sentiasa memohon keampunan padaNya tanpa henti.
Mudah-mudahkan, kita semua ini menjadi hamba Allah yang sentiasa ‘dekat’ dan memohon ampun padaNya. Ada satu pesan ulama yang saya ingat “di mana tempat ketakutan kita, di situlah tempat pergantungan kita sebenarnya”.
Maksudnya, jika kita takutkan Allah, kita pasti akan meletakkan sepenuh pergantungan padaNya tanpa ada keraguan.
Moga bermanfaat untuk semua.

Insya Allah, segala infaq Al-Quran yang anda salurkan akan kami sampaikan dengan . Setakat ini kami telah sampaikan 49,090 Al-Quran kepada 686 madrasah seluruh negara. Segala bukti penyerahan al-Quran (gambar & video) boleh anda akses di

RENEW INSURANCE & TAKAFUL KENDERAANTidak perlu bersusah payah keluar rumah! Special discount untuk anda.✅Data selamat (P...
01/01/2024

RENEW INSURANCE & TAKAFUL KENDERAAN

Tidak perlu bersusah payah keluar rumah! Special discount untuk anda.
✅Data selamat (Patuh PDP Act 2010)
✅Perlindungan tinggi
✅Melindungi bencana banjir dan cermin kenderaan (Option)
✅Diskaun up to 5%

SISTEM DALAM TALIAN

Penghantaran covernote Insurance melalui email/whatsapp

Berikan maklumat di bawah:-
Nama :
No. IC :
Model Kenderaan :
No. Plate :
Lokasi Kenderaan :

Click link di bawah untuk dapatkan sebutharga percuma:

https://Wassap.my/60135525543/Sebutharga_TakafulKenderaan

*[CLAIM APPROVED]*Arwah Fandi menyertai takaful bersama Zurich Takaful Malaysia Berhad pada awal tahun 2022. Masa tu arw...
17/09/2023

*[CLAIM APPROVED]*

Arwah Fandi menyertai takaful bersama Zurich Takaful Malaysia Berhad pada awal tahun 2022. Masa tu arwah masih sihat, tiada rekod kesihatan dan permohonan penyertaan diluluskan.

Walaubagaimanapun, ditakdirkan pada penghujung 2022 dikesan dengan beberapa penyakit, dan telah meninggal dunia pada Januari 2023. Arwah meninggalkan 2 orang anak yang di dalam jagaan beliau sebelum ini.

Perkara lazim apabila tuntutan dibuat dalam tempoh kurang 1 tahun, akan ada deferment dan dokumen tambahan daripada Unit Claim. Alhamdulillah, setelah kesemua dokumen dilengkapkan, pada Ogos 2023 tuntutan keseluruhan hibah untuk ibu beliau telah diluluskan. 100% dinamakan atas nama ibu.

Jumlah Hibah RM150,000. Caruman plan Hibah arwah hanya RM119 sebulan. Alhamdulillah, saya telah menyampaikan amanah arwah sahabat saya Fandi. Doakan kebaikan untuk arwah di sana, dan keluarga yang ditinggalkan agar dapat meneruskan kehidupan dengan baik.
*Mirza Amsain*
*T59239K*
*Teguh Empire Group*
*ZTMB*

*[CLAIM APPROVED]*.. Arwah Fandi menyertai takaful bersama Zurich Takaful Malaysia Berhad pada awal tahun 2022. Masa tu ...
09/09/2023

*[CLAIM APPROVED]*..
Arwah Fandi menyertai takaful bersama Zurich Takaful Malaysia Berhad pada awal tahun 2022. Masa tu arwah masih sihat, tiada rekod kesihatan dan permohonan penyertaan diluluskan.
Walaubagaimanapun, ditakdirkan pada penghujung 2022 dikesan dengan beberapa penyakit, dan telah meninggal dunia pada Januari 2023. Arwah meninggalkan 2 orang anak yang di dalam jagaan beliau sebelum ini.
Perkara lazim apabila tuntutan dibuat dalam tempoh kurang 1 tahun, akan ada deferment dan dokumen tambahan daripada Unit Claim. Alhamdulillah, setelah kesemua dokumen dilengkapkan, pada Ogos 2023 tuntutan keseluruhan hibah untuk ibu beliau telah diluluskan. 100% dinamakan atas nama ibu.
Jumlah Hibah RM150,000. Caruman plan Hibah arwah hanya RM119 sebulan. Alhamdulillah, saya telah menyampaikan amanah arwah sahabat saya Fandi. Doakan kebaikan untuk arwah di sana, dan keluarga yang ditinggalkan agar dapat meneruskan kehidupan dengan baik.
*Mirza Amsain*
*T59239K*
*Teguh Empire Group*
*ZTMB*

Plan : MediAfyaPerempuan, 18 Tahun✅Annual Limit RM250k✅No Lifetime Limit✅Daily Warded Rate RM180✅Government Allowance RM...
20/08/2023

Plan : MediAfya
Perempuan, 18 Tahun

✅Annual Limit RM250k
✅No Lifetime Limit
✅Daily Warded Rate RM180
✅Government Allowance RM180/day
✅Annual Dialysis Treatment RM150k
✅Annual Cancer Treatment RM150k
✅Hibah untuk waris

Caruman bulanan: RM 151 sahaja

www.wasap.my/60135525543/mediafya

Mirza Amsain
T59239K
Zurich Takaful Malaysia Berhad

20/08/2023

[PRIHATIN KESIHATAN DIRI]

SUGAR

Sugar in baby's brain is called ADHD ( Attention Deficit Hyperactivity Disorder).
Sugar in Adults brain is called diamentia.
Sugar in the blood is called diabetes.
Sugar in your eyes is called gluacoma.
Sugar in the teeth is called cavities.
Sugar in your skin is called aging.
Sugar in the sleep is called insomnia.
Excess sugar in your system is called cancer.
Kenali musuh sebenar kesihatan kita zaman ini.
Mirza Amsain
T59239K
Wealth Planner
Zurich Takaful Malaysia Berhad

Amalan untuk yang berhajat.
24/06/2023

Amalan untuk yang berhajat.

Ambil iktibar. Jika masa ada 3: semalam, hari ini dan esok. Masa terbaik memiliki takaful adalah semalam. Masa ke-2 terb...
10/05/2023

Ambil iktibar. Jika masa ada 3: semalam, hari ini dan esok. Masa terbaik memiliki takaful adalah semalam. Masa ke-2 terbaik adalah hari ini.

Mulakan langkah!

10/05/2023

Sahabat yang mulia, Jabir bin Abdullah, mengabarkan bahwa Rasulullah pernah melewati sebuah pasar hingga kemudian banyak orang yang mengelilinginya. Sesaat kemudian beliau melihat bangkai anak kambing yang cacat telinganya.

Rasulullah mengambil dan memegang telinga kambing itu seraya bersabda, ''Siapa di antara kalian yang mau memiliki anak kambing ini dengan harga satu dirham.'' Para sahabat menjawab, ''Kami tidak mau anak kambing itu menjadi milik kami walau dengan harga murah, lagi p**a apa yang dapat kami perbuat dengan bangkai ini?''

Kemudian Rasulullah berkata lagi, ''Apakah kalian s**a anak kambing ini menjadi milik kalian?'' Mereka menjawab, ''Demi Allah, seandainya anak kambing ini hidup, maka ia cacat telinganya. Apalagi dalam keadaan mati.” Mendengar pernyataan mereka, Nabi bersabda, ''Demi Allah, sungguh dunia ini lebih rendah dan hina bagi Allah daripada bangkai anak kambing ini untuk kalian.'' (HR Muslim).

Address

Seri Kembangan
43300

Telephone

+60135525543

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Forensik Takaful Advisory posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Forensik Takaful Advisory:

Share