22/02/2021
Biarkan kepada takdir?
Atau usaha kemudian baru berserah?
Bagaimana mengelak anak berdosa dan derhaka? Fikir fikirkan....
Seorang ibu atau bapa boleh bela 10 orang anak TETAPI 10 orang anak belum tentu boleh bela seorang ibu atau ayah. Tak percaya? Buka mata, gambar dibawah salah satu contoh...
Masa kita sihat tiada masalah. Malah anak anak berebutkan kita. Yelah kalau kita baru pencen, duit hadiah banyak, duit pencen ada bawa cucu jalan sana sini, sukalah anak anak.
Tetapi cabaran dan ujian datang bila kira sudah sakit, terlantar atau berperangai macam anak kecil. Kencing berak sana sini, nak kena tukar pampers dan cuci luka kencing manis. Masa itu kita akan kenal erti kasih sayang sebenar, erti kesetiaan dan sabar seorang anak.
Kalau kita bertuah, anak anak jaga kita dengan baik, maka itulah kurniaan Allah yang sebesar besarnya. Kalau tidak bernasib baik, hancur luluhlah hati kita diperlakukan seolah tiada harga oleh darah daging sendiri.
Seminggu dua atau sebulan dua manusia akan bertahan, tetapi kalau berbulan bulan atau bertahum tahun? Perlahan laham sabar hilang, kecewa dan marah datang.
Letih urus ibu ayah terlantar, adik beradik lain lepas tangan, kos ditanggung seorang diri, tak boleh bercuti! Pening?
Jalan singkat hantar ke rumah orang tua tua. Lebih sadis tinggalkan sahaja di tepi jalan.
Kesian kepada diri...
Kesian kepada anak anak, mereka akan berdosa...
Soalnya, bolehkah kita rancang supaya meminimakan natijah sebegini?
Jawapannya ada!
Rancang harta anda sekarang semasa masih sihat. Jangan hanya mengharap waris untuk menjaga kebajikan kita.
Dah rancang, kalau mereka tak ambil tanggungjawap kita terbela. Kalau mereka ambil tanggungjawap, kita gembira, mereka pun bahagia. Macam mana?
1. Lantik wasi dan pemegang amanah supaya tuntutan harta kita akan dilakukan segera. Ingat, selepas pengebumian, 2 perkara yang wajib disegerakan adalah bayar hutang dan agihkan pusaka. Selesaikan tanggungjawap kita keatas harta.
2. Buat dana amanah. Bayangkan anak umur 18 tahun terima 1 juta. Atau anak umur 16 tahun tahu akan dapat 1 juta bila berumur 18 tahun. Bermotivasikah dia untuk belajar? Bolehkah dia bijak mentadbir duit? Atau akan dihabiskan berpoya poya atau ditipu yang mengambil kesempatan? Dengan amanah, duit diberi secara berkala keoada anak, contohnya 2 ribu sebulan sehingga umur 25 tahun kemudian selebihnya diperolehi anak. Lebih berkesan? Mungkin ya. Atau dana dituntut dan diberi bila sambung belajar, beli rumah atau berkahwin? Anda boleh tentukan.
3. Dana kebajikan diri
Kalau sihat dan waras sehingga akhir hayat, alhamdulillah. Bagaimana kakau hidup tetapi tidak lagi competent? Dana kebajikan boleh diarahkan untuk bayar kos perubatan, kos penjagaan, dan saguhati kepada sesiapa yang menjaga kita. Tak perlu anak anak risau siapa nak bayar bil. Bayangkan, anak yang menjaga kita dibayar dari dana amanah setiap bulan RM5000 ringgit. Kos hospital pun dibayar dana amanah. Mungkin ada anak berebut nak jaga mak dan ayah. Dapat duit dan pahala serentak!
4. Hadiah kepada waris
Kita boleh rancang, waris yang menjaga kita diberi hadiah selepas kematian kita. Boleh dari tunai, boleh dari takaful. Wah! Silap silap berebut anak anak nak jaga ayah dan ibu! Sayang memang sayang, tapi bertambah sayang bila tahu selain pahala ada ganjaran bakal tiba.
5. Ambil pelan perubatan
Ramai orang lokek untuk ambil perlindungan takaful. Ya, nampak membazir semasa sihat. Tapi tanya kepada yang sakit, apa yang paling disesalkan? Pasti dia sanggup bayar kalau masa boleh diundur walau berapapun premiumnya. Carilah, ada bermacam macam pelan takaful yang sesuai dengan kemampuan kita, tak semuanya mahal. Ia berbaloi.
Tunggu apa lagi. Ambil tindakan sekarang!
019 339 9278
017 2358700
https://bicarahartawarisan.wasap.my