05/12/2025
Kadang-kadang hidup bagi kita satu tamparan perlahan… bukan untuk menakutkan, tapi untuk mengingatkan. 🌧️
Jadi Malam ini, kalau sempat… duduk sekejap dengan pasangan. Buatkan dia secawan kopi, apa saja yang dia s**a. Biar perbualan kecil itu jadi sesuatu yang besar untuk keluarga kita nanti.
Bukan sebab kita mata duitan. Bukan sebab kita minta benda bukan-bukan. Tapi sebab kita nak bersedia, sebelum diuji.
Tanya suami dengan lembut. Tulis dengan kemas. Kerana semua jawapan itu mungkin menyelamatkan keluarga kita satu hari nanti.
1. Gaji suami berapa? Bukan untuk kira duit dia. Tapi supaya kita tahu apa yang perlu diteruskan jika dia rebah tiba-tiba.
2. Ada khairat pejabat? Kadang-kadang orang tak perasan mereka ada bantuan. 🏢🤲
3. Ada koperasi? Ada simpanan kecemasan? 💰
4. KWSP & Tabung Haji atas nama siapa? Penama yang betul memudahkan banyak perkara. 📑
5. Ada Hibah Takaful? Kalau ada, catat nombor polisi. Hibah bukan untuk menunggu maut, tapi untuk memastikan keluarga tidak bergelut bila diuji. 🌿
6. Insurans rumah (MRTT / MLTT)? Supaya kita tahu apa yang selesai, apa yang belum. Tak jika dia tiada rumah akan dilelong nanti. 🏠
7. Hutang & simpanan. Bukan nak mengawal, tapi nak mengurus bila tiba masa kita perlu mengambil tempatnya.
Dan dalam semua soalan ini… jangan pernah tanya untuk dia rasa kita nak cepatkan dia pergi. Tapi sebagai persediaan.
Kerana banyak isteri yang akhirnya buntu bukan sebab tak kuat… tetapi sebab mereka tak tahu apa-apa langsung tentang kewangan suami. 😔
Untuk Tuan/Puan yang sudah ada Hibah Takaful, saya nak ucapkan satu perkara dari hati: 💐
Terima kasih kerana sayangi keluarga. Sehingga sampai tahap sediakan perlindungan terbaik untuk hari-hari yang s**ar nanti. Sebagai satu persediaan. 🤍
Jaga polisi itu baik-baik.
Semak dengan saya jika terlupa or tak ingat dah apa yang Tuan/Puan ambil. Insya-Allah saya sedia bantu. 😄
Hafizah
Ameer Group
AIA Public Takaful
https://wa.me/60192066858