27/07/2021
DOLLAR COST AVERAGING ( DCA)
Ada yg pernah dgr tentang DCA ni? Kepada investor2 luar sana, mesti ramai yg tau teknik ni kn? Dan pada yg belum tahu, abg nak share kat korg salah satu teknik yg sgt berkesan yg boleh di apply dlm beberapa instrument pelaburan seperti UT, Crypto dan lain2 yg seangkatan dgnnya. π
Dollar-Cost Averaging adalah salah satu teknik yg di pop**ar di America, sbb tu nama dia pun Dollar.
Dollar-Cost Averaging atau (DCA) merupakan satu teknik pelaburan dengan membeli sesuatu saham pada satu jumlah amaun pelaburan yang tetap dalam tempoh berkala tanpa mengambil kira harga saham tersebut. ( topup setiap bulan atau setiap 3 bulan)
Dengan menggunakan DCA, seseorang pelabur akan membeli saham secara berterusan, di mana sebahagian dibeli ketika harga saham menurun dan sebahagian dibeli ketika harga saham meningkat. Teknik ini digunakan untuk menilai harga saham-saham yang dibeli. Teknik ini juga dikenali sebagai βconstant dollar planβ.
Dari perspektif pelaburan unit trust, teknik Dollar Cost Averaging terpakai apabila pelabur membeli atau mengumpul unit-unit sesuatu dana secara konsisten (kebiasaanya secara bulanan, atau pun suku tahunan untuk pelaburan EPF Akaun 1) tidak kira apa jua harga Net Asset Value(NAV) dana tersebut. Kelebihan mengaplikasikan teknik Dollar Cost Averaging ini, pelabur tidak perlu risau dengan keadaan pasaran/market, mahupun keadaan ekonomi semasa kerana objektif teknik ini adalah untuk sentiasa mengumpul unit dana unit trust tadi secara konsisten tanpa mengira harga Net Asset Value(NAV) dana tersebut.
tulkan.
Contoh Pelaburan En Ali secara regular:
19 Januari
Nav 0.50, jumlah pelaburan RM2000
= Unit Terkumpul 4,000
19 April
Nav 0.44, jumlah pelaburan RM2000
= Unit Terkumpul 4,444.44
19 Julai
Nav 0.60, jumlah pelaburan RM2000
= Unit Terkumpul 3,333.33
Jumlah Keseluruhan Unit = 11,777.77
Contoh diatas menunjukkan jumlah pelaburan En.Ali di dalam sebuah dana unit trust A.Selepas melabur secara konsisten setiap 3 bulan(suku tahunan/quarterly basis),En Ali telah pun mengumpul sebanyak 11,777.77 unit dana unit trust A. Average/purata harga unit yang dikumpul oleh En.Ali boleh dikira seperti berikut:
Jumlah Pelaburan : RM 6000
Unit Terkumpul : 11,777.77 unit
Average/Purata Harga unit : (Jumlah Pelaburan / Unit Terkumpul ) = RM0.509 dibundarkan RM 0.51
Contoh di atas menunjukkan bagaimana konsep Dollar Cost Averaging diaplikasi. Walaubagaimanapun contoh harga unit trust (NAV) yang digunakan di atas adalah terlalu volatile dan mungkin tidak boleh diguna pakai untuk menggambarkan keadaan sebenar pelaburan unit trust. Ingin saya ingatkan konsep Dollar Cost Averaging ini tidak sesuai untuk pelaburan jangka pendek (kurang dari 3 tahun) atas beberapa faktor berikut :
1.Volatility (Turun naik harga) dana unit trust tidak agresif.
2.Kaedah ini merupakan konsep asas bagi melindungi pelaburan kita semasa kegawatan ekonomi, atau ketidak tentuan pasaran yang kebiasaannya berlangsung dari 1 hingga ke 3 tahun. Dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa baik, harga kebanyakan dana unit trust (terutamanya unit trust jenis ekuiti/atau pasaran saham) akan turun. Ini sebenarnya merupakan peluang kepada pelabur-pelabur untuk mengumpul lebih banyak unit pada harga yang rendah dengan amaun pelaburan yang sama berbanding sewaktu ekonomi dalam keadaan baik atau bullish(menaik). Seperti contoh diatas, anda boleh andaikan pada 19 April, ekonomi berada dalam keadaan menurun dan kembali naik menjelang 19 Julai. Dapat kita lihat jumlah unit yang dikumpul oleh En.Ali pada 19 April adalah lebih banyak berbanding unit yang dikumpul pada 19 Julai walaupun amaun pelaburan adalah sama sebanyak RM 2000. Kelebihan membeli unit pada harga yang lebih rendah sangat membantu menurunkan lagi purata/average harga unit, dan inilah yang dinamakan Dollar Cost Averaging.
3.Kaedah ini sangat efektif untuk pelaburan jangka sederhana dan panjang (5 tahun ke atas), sebagai contoh pelaburan untuk tujuan persaraan (EPF/KWSP Akaun 1) kerana ia memberi peluang kepada pelabur untuk terus mengumpul unit pada harga yang berbeza tanpa mengira keadaan pasaran/ekonomi semasa. Lebih bagus lagi sekiranya pelabur melabur di dalam dana unit trust yang memberi dividen secara konsisten kerana apabila dividen diberikan, akan berlaku pertambahan unit dan sekali lagi membantu menurunkan purata/average harga unit.
Setiap pelaburan mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Apa yang lebih penting anda sebagai pelabur harus memahami apa yang anda laburkan dan mengaplikasikan strategi yang di ajar. Sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk sentiasa menyelia pelaburan anda, serahkan saja pada yang pakar untuk membantu anda.
Utk lebih details, korg boleh wassap abg. Kita explain lebih mendalam Insyallah.
http://wasap.my/60196176698/DCA
http://wasap.my/60196176698/DCA
http://wasap.my/60196176698/DCA
Credit to Tuan Irwan.