19/07/2023
“HIBAH HARTA ANAK ANGKAT “
Alhamdulilah, selesai menyempurnakan tanggungjawab pagi ini. Seorang ibu menghibahkan harta kepada anak angkat beliau.
Sepertimana yang kita tahu, anak angkat tidak mewarisi pusaka walaupun disusukan oleh ibu angkat, dan walaupun dibin atau dibintikan kepada bapa angkat.
Jadi, untuk memastikan anak tadi dapat terus menikmati manfaat harta seperti mana ibu masih ada, ibu atau bapa boleh menghibahkan harta mereka kepada si anak tadi.
Kenapa guna kaedah hibah, tak guna kaedah wasiat? Kan anak angkat boleh terima wasiat kerana anak angkat bukan waris faraid.
Dalam kes ini, si ibu berhasrat memberi keseluruhan rumah kepada si anak. Jika guna kaedah wasiat, hanya 1/3 rumah saja yang boleh diberikan kepada si anak. Baki 2/3 hanya boleh diberikan jika waris faraid semua bersetuju melepaskan hak mereka.
Jadi untuk hasrat ibu ini, hibah adalah solusi yang terbaik untuk memastikan hasrat beliau tercapai.
Tahniah buat client kerana menzahirkan kasih sayang melalui tindakan. ❤️