17/10/2024
๐ ๐๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ ๐ฒ๐ป๐ด๐๐ฟ๐๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฟ๐๐ฎ ๐ฃ๐๐๐ฎ๐ธ๐ฎ ๐ฑ๐ถ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ ๐
Pernahkah anda terfikir apa yang akan berlaku kepada harta anda selepas anda tiada nanti? Ramai antara kita mungkin beranggapan bahawa ahli keluarga kita akan tahu apa yang perlu dilakukan. Hakikatnya, tanpa perancangan yang jelas, proses pengurusan harta pusaka boleh menjadi sangat rumit dan memakan masa. ๐
Di Malaysia, lebih daripada ๐ฅ๐ 70 ๐ฏ๐ถ๐น๐ถ๐ผ๐ป ๐ต๐ฎ๐ฟ๐๐ฎ ๐ฝ๐๐๐ฎ๐ธ๐ฎ masih belum dapat diagihkan kerana tiada perancangan harta yang betul. Bayangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh ahli keluarga anda, bukan sahaja dari segi kewangan, tetapi juga emosi apabila mereka terpaksa melalui proses yang panjang dan penuh cabaran.
๐๐ฝ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ต ๐ฐ๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ป๐ด ๐ฑ๐ถ๐ต๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฝ๐ถ?
โ ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐๐ฒ๐ ๐๐ป๐ฑ๐ฎ๐ป๐ด-๐๐ป๐ฑ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฟ๐๐บ๐ถ๐
Jika tiada dokumen seperti wasiat, hibah, atau surat kuasa wakil, proses menguruskan harta pusaka akan mengambil masa yang panjang. Tambahan p**a, terdapat banyak prosedur yang perlu dilalui contohnya seperti mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir sehinggalah pembahagian mengikut hukum faraid. Ini boleh memakan masa bertahun-tahun!
โ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ถ๐ธ๐ฎ๐ถ๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐ฎ๐ต๐น๐ถ ๐ธ๐ฒ๐น๐๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ
Malang sekali di Malaysia, banyak kes pertikaian keluarga timbul akibat tiada perancangan harta yang jelas. Ini boleh menyebabkan hubungan keluarga yang sebelum ini erat menjadi renggang, hanya kerana isu harta yang tidak diselesaikan.
โ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ฝ๐ฎ๐ป๐ท๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป
Keluarga yang ditinggalkan mungkin menghadapi masalah kewangan sementara menunggu proses pusaka selesai. Harta yang sepatutnya membantu meringankan beban kewangan tidak dapat diakses kerana halangan dari segi undang-undang. Harus diingat, ๐ฝ๐ฟ๐ผ๐๐ฒ๐ ๐ฝ๐๐๐ฎ๐ธ๐ฎ ๐ท๐๐ด๐ฎ ๐บ๐ฒ๐บ๐ฒ๐ฟ๐น๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ท๐๐บ๐น๐ฎ๐ต ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ป๐๐๐ธ ๐ฑ๐ถ๐๐ฒ๐น๐ฒ๐๐ฎ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป.
Jadi, apakah yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan keluarga anda daripada melalui situasi ini? ๐ค
๐ฟ ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ต-๐น๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ต ๐๐ป๐๐๐ธ ๐ ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ฐ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฎ๐ฟ๐๐ฎ ๐๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ถ๐ธ ๐ฟ
1๏ธโฃ ๐๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ต๐ถ๐ฑ๐บ๐ฎ๐ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ฐ๐ฎ๐ป๐ด & ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐๐ฟ๐๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฟ๐๐ฎ
Tidak semua orang arif dalam urusan undang-undang dan perancangan harta. Dengan mendapatkan khidmat daripada perancang harta bertauliah, anda boleh memastikan segala perancangan harta yang diambil adalah sah dan mengikut peraturan undang-undang serta syariah. Khidmat pengurusan p**a boleh membantu memastikan semua proses pengurusan harta pusaka dilaksanakan mengikut prosidur dan perundangan. Ada sesetengah syarikat diluar sana turut menyediakan servis dimana semua proses pengurusan pusaka anda diuruskan oleh mereka.
2๏ธโฃ ๐ ๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐๐ถ๐ธ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐ฑ๐ฏ๐ถ๐ฟ ๐๐ฎ๐ฟ๐๐ฎ/๐ช๐ฎ๐๐ถ
Melantik pentadbir harta memastikan pengurusan harta pusaka berjalan lancar selepas kematian. Pentadbir akan menguruskan agihan harta, menyelesaikan hutang, dan melindungi hak waris. Ini penting untuk mengelakkan pertikaian keluarga dan memastikan semua urusan pusaka dibuat dengan betul mengikut peraturan undang-undang. Lantiklah pentadbir yang amanah, jujur dan professional.
3๏ธโฃ ๐ฆ๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ถ๐ฏ๐ฎ๐ต ๐๐๐ฒ๐
Hibah aset merujuk kepada pemberian harta seperti rumah, tanah, kereta, atau wang tunai kepada seseorang ketika kita masih hidup. Hibah ini tidak tertakluk kepada faraid, dan ia memastikan harta yang kita ingin serahkan kepada waris pilihan kita dapat diserahkan dengan lebih mudah. Tambahan p**a, Hibah Aset hanya akan terlaksana selepas anda selaku pemilik harta meninggal dunia.
4๏ธโฃ ๐ฆ๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ถ๐ฏ๐ฎ๐ต ๐ง๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ณ๐๐น
Hibah takaful adalah salah satu cara yang cepat dan mudah untuk memastikan ahli keluarga anda menerima wang tunai secara langsung selepas kematian anda, tanpa perlu melalui proses pusaka yang panjang. Ini boleh membantu mereka menampung perbelanjaan harian mereka dalam tempoh urusan pusaka diselesaikan.
5๏ธโฃ ๐๐ฒ๐๐ฎ๐ต๐๐ถ & ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐บ๐ถ ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ถ๐ฑ
Bagi umat Islam, pembahagian harta selepas kematian perlu mengikut hukum faraid, melainkan jika harta tersebut telah dihibahkan atau diwasiatkan mengikut syarat yang sah. Fahami cara faraid berfungsi agar tiada kekeliruan berlaku dalam pengagihan harta.
6๏ธโฃ ๐ฆ๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐ธ๐๐บ๐ฒ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ถ๐ป๐ด
Selain hibah dan wasiat, pastikan anda juga menyediakan dokumen-dokumen penting seperti senarai aset, akaun bank, pelaburan, insurans, dan hutang. Dokumen ini memudahkan proses pengurusan harta pusaka dan mengelakkan ahli keluarga daripada tercari-cari maklumat yang diperlukan.
โจ ๐๐ฒ๐๐ฒ๐ป๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐จ๐ป๐๐๐ธ ๐๐ป๐ฑ๐ฎ, ๐๐ฎ๐บ๐ถ๐ป๐ฎ๐ป ๐จ๐ป๐๐๐ธ ๐๐ฒ๐น๐๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ ๐๐ป๐ฑ๐ฎ โจ
Merancang harta bukan sahaja untuk mereka yang berusia, tetapi adalah untuk setiap orang yang ingin memastikan keluarga mereka tidak terbeban dengan urusan harta yang rumit setelah mereka tiada. Dengan melakukan perancangan awal, anda dapat memberi ketenangan kepada diri sendiri dan memastikan kesejahteraan keluarga anda terjaga.
๐ Hubungi ๐๐๐ ๐ sekarang untuk mendapatkan khidmat nasihat PERCUMA tentang bagaimana anda boleh merancang harta anda dengan lebih berkesan.
Jangan tunggu hingga terlambat! Lindungi waris anda daripada beban pengurusan harta yang tidak perlu. ๐ผ
"๐๐ฎ๐ฟ๐๐ฎ ๐ง๐ฒ๐ฟ๐๐ฟ๐๐, ๐ช๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ ๐ง๐ฒ๐ฟ๐ฝ๐ฒ๐น๐ถ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ฎ"