Hong Leong MSIG Takaful by Ain Isma

Hong Leong MSIG Takaful by Ain Isma Perunding Takaful & Pelaburan Elite Financial Group

Innalillahhiwainnailaihirojiun.. moga roh mak Ros ditempatkan di taman syurga Allah aaamiinnn.. salam takziah buat Khai ...
03/01/2024

Innalillahhiwainnailaihirojiun.. moga roh mak Ros ditempatkan di taman syurga Allah aaamiinnn.. salam takziah buat Khai dan keluarga semoga tabah atas kehilangan insan tersayang..

Anda yakin anda tidak akan alami ini?
11/12/2023

Anda yakin anda tidak akan alami ini?

11/12/2023

Sudahkah anda bersedia dengan kewangan yang mencukupi jika ini terjadi?

Awesome 👍🏻!!!
11/12/2023

Awesome 👍🏻!!!

We are delighted to share an exciting news that Hong Leong MSIG Takaful has received two significant awards this year. W...
30/11/2023

We are delighted to share an exciting news that Hong Leong MSIG Takaful has received two significant awards this year.

We have been honoured with the title of Best Takaful Provider in Malaysia, presented by the Malaysia Prestigious Industry Award 2023, and also recognized as the Best Takaful Operator in South-East Asia by the International Business Magazine Award 2023.

The Awards seek to recognize and reward outstanding financial companies that deliver and promote innovative solutions in the industry in Malaysia and in South East Asia.

We will continue our commitment to providing innovative, competitive, and flexible family takaful solutions that align with our core values of Trust, Legacy, and Dedication.

Visit us at https://www.hlmtakaful.com.my/ for more info.

#

29/11/2023
Alhamdulillah... Selepas kematian inilah yang diharapkan... Dari itu sementara masih bernafas, ambillah tindakan sewajar...
29/11/2023

Alhamdulillah... Selepas kematian inilah yang diharapkan...

Dari itu sementara masih bernafas, ambillah tindakan sewajarnya....

23/11/2023

KWSP suami bukan Harta Sepencarian buat isteri

Selepas kematian suami, semua harta yang dimiliki atas nama suami tersebut adalah dikira sebagai Harta Pusaka. Jadi, bahagian faraid bagi seorang isteri adalah 1/8 sahaja sekiranya suami mempunyai anak.

Bahagian tersebut sangat kecil bagi seorang ibu yang akan membesarkan anak-anak kecil yang ditinggalkan simati atau arwah suami.

Jika arwah suami tinggalkan banyak jutaan Ringgit Malaysia, mungkin tak lah terasa sangat dengan nilai 1/8 tersebut.

Kalau duit simpanan pun tak banyak, yang ada hanyalah KWSP arwah suami sahaja, maka itu sahajalah duit ‘survival’ selepas kematian yang isteri tersebut akan terima dengan bahagian kecil 1/8.

Maka, pernah ada seorang wanita bertanya,

“Tuan Fahmi, kalau lah suami saya mati, bahagian Faraid saya kecil, boleh ke kalau saya tuntut KWSP tu sebagai Harta Sepencarian untuk dapat lebih?”

Boleh ke?

✅ Adakah KWSP dikategorikan sebagai Harta Sepencarian?

Ada yang ingat KWSP itu harta sepencarian dengan menganggap hasil pendapatan suami terdapat sumbangan tidak langsung isteri yang menjaga hal ehwal anak dan rumahtangga.

Namun, ini salah. Ia kerana KWSP telah diputuskan oleh keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-49 pada September 2000 :

👉🏻 Wang KWSP dan wang disimpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut Hukum Faraid kerana wang itu dicarum si mati semasa hayatnya kepada KWSP, maka wang itu adalah milik si mati.

✅ Kalau tak tuntut Harta Sepencarian, boleh ke isteri sebagai Penama menerima semua?

Penama bukanlah penerima Hibah atau pemilik penuh selepas kematian seseorang. Penama yang dinamakan di dalam KWSP pencarum itu hanyalah sebagai Pentadbir Harta atau pemegang amanah simati sahaja.

Ini bertujuan untuk memudahkan urusan waris menerima wang KWSP simati dengan mudah dan cepat sahaja. Sebabnya, untuk mendapatkan perintah Pusaka itu bukanlah satu urusan yang boleh selesai dalam tempoh satu hari, satu minggu atau satu bulan.

✅ Apa tugas Penama KWSP?

Menurut keputusan Muzakarah tersebut, Penama KWSP hendaklah membahagikan wang KWSP (peninggalan simati) mengikut Faraid.

Ini bermakna, bagi sesiapa yang telah dinamakan sebagai Penama KWSP, ia perlu memegang amanah untuk bahagikan duit peninggalan simati tersebut mengikut bahagian faraid. Bukan miliknya seorang sahaja.

✅ Bolehkah dibuat Hibah duit KWSP?

Pada pandangan saya, KWSP ini tidak boleh dibuat Hibah kerana ia belum dikira milikan penuh sehingga mencapai tempoh matang untuk seseorang pekerja itu menerima.

Namun, sekiranya ia berada dalam milikan penuh, contohnya dikeluarkan duit sewaktu PKP tahun lepas, maka ketika itu jika nak dihibahkan kepada sesiapa pun itu hak anda. Namun, untuk membuat Hibah Bersyarat sekiranya kematian pencarum akan diterima oleh penerima hibah adalah tidak boleh.

Ini sama sekali akan bertentangan dengan keputusan Muzakarah tersebut. Bahkan, ada kes diputuskan Re Ismail Bin Rentah (simati) [1939] FMSLR, Hakim memutuskan :

“ Penama di dalam kes tersebut tidak boleh dianggap sebagai penerima Hibah oleh sebab tidak ada pindah milik kepada orang yang menerima. Sebaiknya ia dianggap Hibah semasa Mard al-mawt (sakit yang hampir kematian) yang tertakluk kepada Undang-undang Wasiat. Oleh sebab itu, ikut Undang-undang Islam, jumlah itu terpulang untuk dibahagikan kepada semua waris”

❤️ Kesimpulan

Sekiranya seorang isteri hendak bahagian lebih daripada tinggalan KWSP suami, ia tak boleh dituntut melalui Harta Sepencarian. Tak sama macam bahagian harta lain seperti rumah misalnya.

Sekiranya isteri menerima sebagai Penama selepas kematian suami, WAJIB bagi isteri tersebut membahagikan bahagian sebagaimana bahagian faraid.

Memang sikitlah bahagian isteri jika ada ramai anak dari simati dan juga ramai isteri. Inilah cabaran yang akan diterima oleh isteri untuk ‘survive’ selepas kematian mengejut suami.

Kalau suami meninggalkan banyak duit KWSP beratus-ratus ribu, ada la juga bahagian ribu-ribunya.

Kalau ada hanya sekitar RM10,000 sahaja sewaktu kematian tersebut, bank simpanan pun sedang ‘stuck’ sebelum ada perintah pusaka, berapa agaknya tempoh untuk isteri tersebut bertahan jika dia pun bergantung penuh pada suaminya semasa hidup?

p/s : Inilah antara sebab kenapa perlu suami perlu tinggalkan Hibah Takaful kepada isteri untuk ‘survive’ membesarkan anak-anak. Jangan ada rasa ‘biarlah mereka urus sendiri’ sedang kita menagih doa mereka sewaktu di alam sana.

Fahmi Ramli

21/11/2023

Hayati bersama...

17/11/2023

Melindungi keluarga anda adalah penting bagi anda, dan kami berada di sini untuk menyokong anda dan melindungi masa depan keluarga anda walaupun terdapat ketidakpastian dalam hidup.

Dapatkan HLM Takaful Tenang atau HLM Takaful Tenang 75 hari ini.

Klik link untuk maklumat lanjut : https://www.hlmtserv.com/en/Products/Tenang.aspx

17/11/2023

Rawatan dan penyembuhan untuk penyakit kritikal boleh mengambil masa berbulan malahan bertahun dan melibatkan kos yang tinggi.

Dengan sumbangan berpatutan serendah RM12.83* sebulan, anda kini boleh memberi tumpuan kepada proses penyembuhan tanpa perlu bimbang mengenai bil dan perbelanjaan untuk meneruskan kehidupan.

Layari https://www.hlmtserv.com/en/Products/i-Critical-Care.aspx untuk langgan sekarang.

-CriticalCare

Address

Elite Financial Group Melaka
Melaka
76100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hong Leong MSIG Takaful by Ain Isma posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hong Leong MSIG Takaful by Ain Isma:

Share