Hanif Ashari

Hanif Ashari TSI Advisor • Islamic Financial. Advisers Rep (IFAR) • Takaful • Shariah Estate Planning • Investment

Kenapa Rumah Boleh Jadi BEBAN Pada Keluarga Selepas Kita Tiada? 🏠💔Ramai sangka rumah adalah aset paling selamat untuk di...
13/04/2026

Kenapa Rumah Boleh Jadi BEBAN Pada Keluarga Selepas Kita Tiada? 🏠💔

Ramai sangka rumah adalah aset paling selamat untuk ditinggalkan. Tapi realitinya, tanpa perancangan rapi, rumah impian boleh bertukar jadi liabiliti yang memeningkan kepala waris.

Ini 2 sebab utama kenapa ia berlaku:

1️⃣ Perangkap "Shortfall" Hutang (Isu MRTT) 📉 Ramai pemilik rumah rasa tenang sebab ada insurans MRTT.

Tapi tahu tak? MRTT yang diambil tak semestinya dapat langsaikan 100% hutang bank!

❌ Coverage MRTT Tak Cukup:

Masa sign agreement cuma harap loan lulus. Tapi MRTT cuma ambil paling minimum. Loan rumah RM300k, nilai coverage cuma RM100k. Jika berlaku kematian masih ada lagi baki hutang RM200k.

❌ Tempoh coverage MRTT singkat:

Ambil loan sampai 35 tahun, tapi tempoh coverage MRTT cuma ambil 10 tahun sahaja. Masuk tahun ke 11, berlaku kematian tiada langsung perlindungan.

Waris terpaksa mencari duit untuk langsaikan baki tersebut atau teruskan bayar ansuran. Jika gagal, bank berhak melelong rumah tersebut.

2️⃣ Isu Pewarisan & "Harta Beku" 🔒 Nama pada geran takkan bertukar automatik. Prosesnya panjang dan memakan belanja.

🚨 Proses Pusaka yang Rumit:

Lagi-lagi kalau waris tak ada ilmu dan pengalaman. Waris perlukan dokumen mahkamah yang ambil masa bertahun. Selagi tak selesai, rumah tak boleh dijual atau pindah milik secara sah.

🚨 Dilema Faraid:

Jika ada 10 waris, ke semua 10 orang mesti setuju untuk urusan pindah milik. Kalau ada sorang saja "buat hal" atau tak setuju, rumah itu akan terkunci jadi harta beku selamanya.

🚨 Kos Tunai:

Waris kena keluarkan duit sendiri untuk bayar kos peguam, penilaian hartanah, dan duti setem yang mencecah ribuan ringgit.

Kesimpulannya, pengurusan hutang dan perancangan pewarisan sangat berkait rapat. Rumah hanya jadi ASET kalau kita sediakan "peta" dan dana untuk waris uruskannya. Kalau tidak, ia hanyalah BEBAN yang ditinggalkan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Doa tulus ikhlas agar anda sekeluarga sentiasa berada dalam perlindu...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Doa tulus ikhlas agar anda sekeluarga sentiasa berada dalam perlindungan-Nya serta dikurniakan kesejahteraan yang berpanjangan.

Ikhlas,
Hanif Asha’ri
Islamic Financial Advisers Rep.

Alhamdulillah, rezeki dapat incentive trip ke Sapa, Vietnam. Tak sangka, tapi bersyukur sangat. Terima kasih kepada semu...
12/02/2026

Alhamdulillah, rezeki dapat incentive trip ke Sapa, Vietnam. Tak sangka, tapi bersyukur sangat. Terima kasih kepada semua yang support selama ni. 🙏

Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua.Selamat Tahun Baru 2026!
01/01/2026

Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua.

Selamat Tahun Baru 2026!

𝗧𝗦𝗜 𝗔𝗻𝗻𝘂𝗮𝗹 𝗔𝗱𝘃𝗶𝘀𝗼𝗿 𝗦𝘂𝗰𝗰𝗲𝘀𝘀 𝗞𝗶𝗰𝗸𝗼𝗳𝗳 (𝗔𝗦𝗞) 𝟮𝟬𝟮𝟲“𝗜𝗡𝗦𝗧𝗜𝗧𝗨𝗧𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟𝗜𝗭𝗜𝗡𝗚 𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗥𝗔𝗡𝗦𝗙𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡”𝟮𝟬𝟮𝟲 𝙎𝙞𝙢𝙥𝙡𝙞𝙘𝙞𝙩𝙮: 𝙏𝙝𝙚 𝙐𝙡𝙩𝙞𝙢𝙖𝙩𝙚 𝙎𝙤𝙥𝙝𝙞𝙨...
14/12/2025

𝗧𝗦𝗜 𝗔𝗻𝗻𝘂𝗮𝗹 𝗔𝗱𝘃𝗶𝘀𝗼𝗿 𝗦𝘂𝗰𝗰𝗲𝘀𝘀 𝗞𝗶𝗰𝗸𝗼𝗳𝗳 (𝗔𝗦𝗞) 𝟮𝟬𝟮𝟲

“𝗜𝗡𝗦𝗧𝗜𝗧𝗨𝗧𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟𝗜𝗭𝗜𝗡𝗚 𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗥𝗔𝗡𝗦𝗙𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡”

𝟮𝟬𝟮𝟲 𝙎𝙞𝙢𝙥𝙡𝙞𝙘𝙞𝙩𝙮: 𝙏𝙝𝙚 𝙐𝙡𝙩𝙞𝙢𝙖𝙩𝙚 𝙎𝙤𝙥𝙝𝙞𝙨𝙩𝙞𝙘𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣


Kita bekerja dan berniaga bersungguh dengan harapan dapat ubah hidup kita.Dalam bayangan kita, bila duit banyak, hidup a...
09/12/2025

Kita bekerja dan berniaga bersungguh dengan harapan dapat ubah hidup kita.

Dalam bayangan kita, bila duit banyak, hidup akan jadi lebih lapang.
Lebih bebas.
Lebih tenang.

Tapi bila tiba masanya, kita sendiri pelik.

Kebebasan yang kita impikan… tak macam yang diharapkan.

Yang muncul ialah gaya hidup yang ikut acuan orang lain.

Kita kejar apa yang kita anggap “bebas” pada pandangan dunia.

Bukan apa yang jiwa kita betul betul perlukan.

Sampai satu masa, baru kita sedar.

Kebebasan yang kita nak sebenarnya dah tersasar jauh.

Apa perlu kita buat?

Jelas dulu bentuk kebebasan yang kita cari.

Jangan gunakan definisi kebebasan orang lain.

Dia bahagia cara dia.
Kita bahagia dengan cara kita.

Kerjaya, bisnes dan duit cuma alat.

Yang tentukan tujuan hidup, tetap kita sendiri.

Pening nak pilih takaful mana satu? Semua nampak ok, tapi tak tau mana yang betul2 sesuai.Dekat TSIWP, kami bukan terika...
08/12/2025

Pening nak pilih takaful mana satu? Semua nampak ok, tapi tak tau mana yang betul2 sesuai.

Dekat TSIWP, kami bukan terikat dengan satu syarikat saja. Kami ada akses kepada 8 syarikat takaful.

Jadi korang ada dua pilihan.

Boleh jumpa agent setiap syarikat satu persatu.

Atau…

Jumpa sorang iFAR saja, dan terus dapat jadual perbandingan lengkap dari 8 syarikat takaful sekali gus 😁

Apa yang kami boleh bantu:
• Life Takaful (Hibah)
• Medical Card
• Critical Illness

Nak info penuh👇

08/12/2025

Asingkan 10% dari pendapatan kita untuk takaful income replacement & income protection

Dah sakit baru nak apply medical card?Selalu bila saya jumpa prospek yang dah ada sejarah sakit...proses dia memang panj...
08/12/2025

Dah sakit baru nak apply medical card?

Selalu bila saya jumpa prospek yang dah ada sejarah sakit..
.proses dia memang panjang sikit.

Kita kena minta medical report lama.

Kadang perlu buat medical check up baru. Sebab Takaful Operator nak tahu keadaan sebenar penyakit tu.

Dan lepas semua tu barulah kita akan tahu keputusan sebenar. Sama ada:

Pertama
permohonan lulus
dan penyakit sedia ada masih boleh dilindungi.

Kedua
penyakit yang dah ada terus jadi exclusion.
Tak cover langsung.

Ketiga
harga sijil naik sebab rated up.
Bayar lebih…

Keempat
yang paling menyakitkan
permohonan terus ditolak.

Kawan-kawan yang masih sihat sekarang,

Ini masa terbaik untuk mohon medical card.

Nak bandingkan pelan takaful?
Cari Financial Adviser.

Dapatkan nasihat yang tak bias pada mana-mana pelan atau syarikat.

Dan kalau dah ada medical card,
tolong jaga sijil tu elok-elok.

Sebab tak tahu bila akan guna (Nauzubillah)

Jangan lupa juga
Review balik had tahunan.

Pastikan masih cukup untuk kos hospital hari ini.

Dana kecemasan ni memang khas untuk waktu kecemasan saja.Bukan untuk “terguna” bila teringin nak beli sesuatu.Bukan juga...
04/12/2025

Dana kecemasan ni memang khas untuk waktu kecemasan saja.

Bukan untuk “terguna” bila teringin nak beli sesuatu.

Bukan juga untuk belanja sebab tengah ada sale.

Antara contoh situasi kecemasan yang betul-betul layak guna?

1 - Hilang kerja atau tiba-tiba sumber pendapatan terhenti.
2 - Terlibat kemalangan dan perlu bayar kos baiki kereta.
3 - Sakit sampai perlu rawatan segera.

Lepas guna, kena topup semula.

04/12/2025
03/12/2025

Tanpa perancangan harta semasa hidup, keluarga yang akan terkesan. Rancang awal supaya rumah, kereta dan simpanan dapat diagihkan dengan mudah pada waris yang berhak.

Address

Malacca City

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hanif Ashari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share