FreeLance Cukai Kuantan

Call

FreeLance Cukai Kuantan "Urusan cukai lebih tenang bersama kami. Amanah, telus & mesra pelanggan. 🚀 "

📢 BELANJAWAN 2027 – APA YANG MENARIK UNTUK PEMBAYAR CUKAI? 🇲🇾Ada beberapa cadangan perubahan cukai yang mungkin memberi ...
11/10/2026

📢 BELANJAWAN 2027 – APA YANG MENARIK UNTUK PEMBAYAR CUKAI? 🇲🇾

Ada beberapa cadangan perubahan cukai yang mungkin memberi manfaat kepada individu, keluarga dan pemilik perniagaan.

Antara yang menarik 👇

✅ Pelepasan cukai individu dicadang naik RM9,000 ➡️ RM12,000

✅ Kadar cukai pendapatan individu dicadang dikurangkan bagi julat tertentu.

✅ Pelepasan gaya hidup diperluaskan termasuk langganan aplikasi AI dan penjagaan haiwan peliharaan.

✅ Pelepasan tambahan melibatkan sukan, pelancongan domestik, pendidikan dan penjagaan keluarga.

✅ Kadar cukai syarikat PMKS yang layak juga dicadang dikurangkan.

📌 Saya dah ringkaskan 10 cadangan percukaian dalam satu poster supaya lebih mudah untuk semua faham.

⚠️ Perlu diingat, semua ini masih di peringkat cadangan Belanjawan 2027, tertakluk kepada kelulusan dan pelaksanaan rasmi.

💡 Tips daripada saya: Jangan tunggu musim e-Filing baru nak fikir pasal cukai. Perancangan awal boleh membantu kita mengurus kewangan dan percukaian dengan lebih baik.

Kalau rasa perkongsian ni bermanfaat, boleh SHARE supaya lebih ramai tahu. 😊

Ada pertanyaan berkaitan cukai atau penyediaan akaun? Boleh hubungi saya.

👨‍💼 Razi
SR Tax & Accounting Services
📱 WhatsApp: 016-8707560
📍 Kuantan, Pahang

17/05/2026

“THREAD UNTUK YANG INGAT TAKDA SSM = TAK PAYAH DECLARE

Ramai salah faham bab ni…

‘Aku takda SSM bro’
‘Aku takda no TIN’
‘SSM aku dah mati’
‘Aku tak pernah daftar MyTax’

…pastu rasa selamat 😭

Hakikatnya 👇

LHDN bukan tengok SSM semata-mata.

Yang depa tengok:
✅ income
✅ transaksi
✅ aliran duit masuk
✅ aktiviti kewangan atas IC kita 👀

Ramai ingat kalau bisnes online:
– guna personal account
– ambik cash
– tak register company
– takda fail tax

…maknanya tak perlu declare 💀

Brooooo 😭

Zaman sekarang data bukan macam dulu dah.

Kadang:
📌 payment gateway ada rekod
📌 bank ada rekod
📌 e-wallet ada rekod
📌 platform online pun ada data

Yang bahaya bukan sebab ‘takda SSM’…

Yang bahaya bila:
“income dah banyak tapi buat-buat tak tahu” 🫠

Takda TIN?
→ boleh daftar.

Takda MyTax?
→ boleh create.

SSM mati?
→ kalau masih ada income, tetap kena tengok situasi & semak.

Simple je sebenarnya:

Ada income = semak kewajipan declare. ✅

Bukan tunggu surat sampai rumah baru panic 😭

Ramai ingat:
‘Aku kecik je kot, LHDN tak nampak’

…sampai satu hari terus:
📩 “Tuan/Puan sila hadir…”

masa tu group WhatsApp semua senyap 💀

Aku post ni bukan nak takut-takutkan orang.

Cuma nak bagi awareness sebab ramai betul confuse bab:
SSM vs TIN vs MyTax vs declare income.

Ni 4 benda berbeza beb 🫠

Last sekali…

Jangan bila income RM50 sehari rasa diri rakyat marhaen…

Tapi bila income dah RM10k sebulan still:
“aku takda SSM jadi takyah declare” 😭”

02/05/2026

Dah buat preparation untuk declare cukai perniagaan? 🤔

Kalau belum, masih sempat lagi!
Tarikh tutup dah makin dekat ⏳

Tak reti nak declare sendiri atau tak yakin nak buat?
Jangan risau — boleh serahkan kepada yang biasa uruskan e-Filing setiap tahun 👍

✅ Mudah
✅ Tepat
✅ Tanpa stress

Nak declare tanpa pening kepala?
📩 PM saya "NAK DECLARE" sekarang!
0168707560



03/03/2026

🔥 FIRST TIME DECLARE CUKAI? TAKUT SALAH ISI SAMPAI DAPAT SURAT?

Jangan tunggu LHDN cari dulu baru nak panik.

Ramai yang first time kena declare cukai pendapatan rasa takut sebab:
❌ Tak tahu pilih borang mana
❌ Tak pasti nak isi bahagian mana
❌ Takut tersalah claim
❌ Risau tersilap tekan

Sebenarnya tak susah pun… kalau tahu cara yang betul.

Ini step ringkas untuk korang:

✅ 1. Minta Borang EA dari HR
✅ 2. Daftar / Login MyTax
✅ 3. Pilih borang yang BETUL (e-BE atau e-B – jangan salah pilih!)
✅ 4. Pilih Tahun Taksiran yang betul
✅ 5. Semak maklumat peribadi
✅ 6. Isi pendapatan & pelepasan cukai dengan tepat
✅ 7. Semak, confirm dan submit

Part paling penting?
👉 Isi ikut Borang EA, jangan agak-agak.
👉 Claim pelepasan cukai yang layak untuk kurangkan cukai atau dapat refund.

Lagi cepat submit, lagi cepat kalau ada lebihan bayaran masuk akaun 💸

Kalau tak yakin nak buat sendiri, atau takut tersalah isi —
Serahkan je pada yang biasa uruskan e-Filing setiap tahun.

Nak declare dengan tenang tanpa stress?
PM saya “NAK DECLARE” sekarang. Kita settle sama-sama 👍

09/02/2026

📌 CERITA SIKIT PASAL LHDN & “TAHUN TAK ADA INCOME”

Ramai orang fikir,
👉 “Tak ada income tahun ni, jadi tak payah submit tax.”

Sebenarnya… itu silap besar.

Saya nak kongsi pengalaman sebenar.

LHDN bukan macam bil utiliti yang kita tahu bila ada atau tak.
Rujuk Seksyen 77 Akta Cukai Pendapatan (ACP) —
👉 walaupun tahun tu tak ada pendapatan bercukai, kita MASIH WAJIB submit & declare.

Masalahnya dengan LHDN ni,
kadang-kadang bertahun lepas baru dia hantar “surat cinta” 💌

Bila dah kena surat:

Nak tak nak kena bayar dulu

Lepas tu baru boleh rayu / explain

Saya sendiri pernah kena:
➡️ Tunggu jawapan rayuan
➡️ Tiba-tiba datang surat cinta kedua
➡️ Denda bertambah
➡️ Akhirnya kena bayar dulu sebelum deadline, walaupun kes belum selesai

Pernah juga terima Notis Taksiran:
📌 Cukai dikenakan berdasarkan anggaran LHDN
📌 Sebab kononnya tak submit, walaupun income masa tu tak sampai paras bercukai

Ada juga kes:
👉 LHDN hantar notis kepada majikan
👉 Suruh potong PCB + ansuran cukai 6 bulan
👉 Sebab income lama tak declare beberapa tahun sebelum ni

Sejak tu saya pegang satu prinsip:

✅ SUBMIT JE walaupun:

Income kecil

Income bawah paras cukai

Rasa “tak kena apa-apa”

Sebab kita tak tahu bila LHDN nak ketuk pintu rumah kita 😬😬

📌 Kesimpulan

Submit awal, tidur lena.
Tak submit, tunggu surat cinta.

Address

Kuantan

Telephone

+60165347560

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FreeLance Cukai Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share