10/05/2026
Kisah ini Khas untuk Fighters di Luar sana..🔥
Seekor Bison yang sedang diterkam seekor singa berdiri tepat di tepi jurang, dengan arus sungai yang deras mengalir di bawahnya.
Pada saat itu, dia hanya mempunyai dua pilihan: kekal di situ dan perlahan-lahan kalah, atau mengambil satu risiko besar yang langsung tidak menjanjikan keselamatan.
Dan dia memilih untuk melompat Bersama singa yang mencengkam dirinya, dia terjun ke dalam arus sungai yang deras. Namun di situlah akhirnya cengkaman itu terlepas. Singa tersebut dihanyutkan arus, sementara dia berjaya bertahan hasil kekuatan dirinya sendiri.
Apa yang kita dapat belajar daripada kisah ini, sahabatku, kita belajar bahawa dalam hidup, setiap masalah sebenarnya datang bersama penyelesaiannya. Tetapi ia memerlukan keberanian untuk membuat keputusan yang tidak selesa. Kadangkala jalan penyelesaian bukanlah jalan paling selamat, tetapi jalan paling berani.
Kerana apabila kita terus kekal dalam situasi yang salah, kita akan kalah sedikit demi sedikit. Namun apabila kita berani mengambil langkah besar walaupun penuh risiko, di situlah peluang untuk bertahan dan menang terbuka.
Jadi, jangan sentiasa mencari jalan yang paling mudah. Kadangkala jalan yang paling menakutkan itulah sebenarnya jalan yang menyelamatkan kita.
Terus kuat dan kekat hebat sahabatku!💪
Keinginan untuk berjaya perlu mengatasi ketakutan untuk gagal dan Kegagalan sebenar adalah kegagalan untuk mencuba..
"Cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Dialah sebaik-baik pelindung".
Www.wassap.my//60192630558/nakjoingenflexfb