TickTax MY

TickTax MY FCCA | ACA (ICAEW) | CTIM | C.A.(M) MIA

>10 years of experience in top Oil & Gas firm & PwC

Accounts | Tax | E-invoicing | Other Related Services

19/08/2026

❓ KENAPA SAYA TIBA-TIBA DAPAT SURAT CP38?
KENAPA POTONGAN PCB SAYA TIBA2 NAIK 😰

Ramai pembayar cukai keliru apabila menerima surat daripada HASiL yang menyatakan terdapat potongan CP38 tambahan daripada gaji.

Adakah CP38 itu sama dengan PCB?
Jawapannya: TIDAK. Walaupun kedua-duanya dipotong daripada gaji oleh majikan dan dibayar kepada HASiL, tujuan kedua-duanya adalah berbeza.

πŸ”Ή APA ITU PCB?
PCB = Potongan Cukai Bulanan
PCB ialah potongan cukai daripada gaji pekerja berdasarkan Jadual PCB yang ditetapkan oleh HASiL.
πŸ‘‰ PCB adalah untuk membayar cukai bagi Tahun Taksiran semasa.

πŸ”Ή APA ITU CP38?
CP38 p**a ialah arahan tambahan daripada HASiL kepada majikan untuk membuat potongan tertentu daripada gaji pekerja.
CP38 biasanya berkaitan dengan baki/tunggakan cukai yang perlu diselesaikan, dan bukan cukai bagi tahun semasa.

Maksudnya, jika anda menerima notis CP38, HASiL telah mengarahkan majikan anda untuk membuat potongan tambahan daripada gaji mengikut amaun dan tempoh yang dinyatakan dalam arahan tersebut.

πŸ”Ή TAPI KENAPA?
Antara situasi yang boleh menyebabkan terdapat baki cukai yang perlu dijelaskan ialah apabila terdapat cukai tertunggak atau baki cukai daripada Tahun Taksiran terdahulu.

Jika HASiL mengeluarkan arahan CP38, majikan perlu membuat potongan tersebut daripada gaji pekerja mengikut arahan yang diterima. Potongan CP38 akan dibuat selain daripada PCB biasa.

πŸ“Œ CONTOH MUDAH

Katakan gaji anda RM10,000 sebulan.
Potongan:

PCB: RM800
➑️ Untuk cukai Tahun Taksiran semasa.
CP38: RM500
➑️ Potongan tambahan untuk menyelesaikan baki/tunggakan cukai yang diarahkan oleh HASiL.
Maka jumlah potongan cukai daripada gaji pada bulan tersebut boleh menjadi:
RM800 + RM500 = RM1,300

Jadi, jangan terkejut jika anda melihat dua potongan berasingan dalam payslip.

πŸ’‘ APA YANG PERLU ANDA BUAT?

Jika anda menerima surat CP38 daripada HASiL:

βœ… Semak Tahun Taksiran dan jumlah cukai yang dinyatakan.
βœ… Semak amaun CP38 yang diarahkan untuk dipotong setiap bulan.
βœ… Semak payslip untuk memastikan PCB dan CP38 direkodkan dengan betul.
βœ… Jika anda tidak faham punca baki cukai tersebut, semak akaun cukai anda melalui MyTax atau dapatkan penjelasan daripada HASiL.

πŸ“š 25 Istilah Bisnes Yang Setiap Usahawan Wajib Tahu!Ramai berniaga tetapi masih keliru dengan istilah asas dalam dunia p...
21/07/2026

πŸ“š 25 Istilah Bisnes Yang Setiap Usahawan Wajib Tahu!

Ramai berniaga tetapi masih keliru dengan istilah asas dalam dunia perniagaan dan kewangan. Memahami istilah-istilah ini bukan sekadar menambah ilmu, malah membantu anda membuat keputusan yang lebih tepat untuk mengembangkan bisnes.

Antara istilah penting yang anda perlu fahami:
βœ… Hasil (Revenue)
βœ… Perbelanjaan (Expense)
βœ… Untung & Rugi
βœ… Aset, Liabiliti & Ekuiti
βœ… Modal
βœ… Bajet
βœ… Invois
βœ… Inventori
βœ… Aliran Tunai (Cash Flow)
βœ… Susut Nilai
βœ… Untung Kasar & Untung Bersih

πŸ’‘ Ingat! Jualan yang tinggi tidak semestinya bermaksud untung. Untung yang besar p**a tidak semestinya bermaksud aliran tunai anda sihat.

Sebagai pemilik bisnes, memahami istilah-istilah ini akan membantu anda:
βœ”οΈ Mengurus kewangan dengan lebih baik.
βœ”οΈ Membuat keputusan berdasarkan data.
βœ”οΈ Bersedia menghadapi semakan atau audit.
βœ”οΈ Merancang pertumbuhan bisnes dengan lebih yakin.

Simpan posting ini sebagai rujukan dan kongsikan kepada rakan usahawan yang lain. πŸ“Œ

19/07/2026

Adakah saya akan di audit oleh LHDN? πŸ€”

Apabila pelanggan anda menuntut perbelanjaan, tiada lagi ruang untuk mengelakkan padanan data cukai 😳

Wajib baca untuk pemilik perniagaan, usahawan, individu bekerja sendiri dan freelancer!

Ramai pembayar cukai masih mempunyai tanggapan seperti berikut:
πŸ‘‰ Saya belum pernah menerima surat audit daripada LHDN.
πŸ‘‰ Saya tidak mengeluarkan e-Invois.
πŸ‘‰ Saya tidak pernah dipilih untuk semakan cukai.
Lalu mereka beranggapan bahawa mereka tidak akan disemak oleh LHDN.

Mulai tahun 2026, LHDN telah memperluaskan penggunaan sistem padanan data automatik (cross-data matching) dalam proses audit cukai. ⚠️

Secara ringkas:
βœ… Pelanggan anda menuntut perbelanjaan perniagaan dalam cukai mereka.
βœ… Rekod pembayaran dan transaksi dikemukakan kepada LHDN.
βœ… Anda p**a mengisytiharkan pendapatan dalam borang cukai.
Sekiranya terdapat sebarang ketidakpadanan antara data-data tersebut, sistem LHDN berpotensi mengesan dan menandakan kes tersebut untuk semakan lanjut. πŸ‘€

Jadi, persoalan yang perlu ditanya bukan lagi:
❌ "Adakah saya akan diaudit?"
Sebaliknya:
βœ… "Adakah rekod pendapatan, penyata bank, invois dan pengisytiharan cukai saya semuanya konsisten dan sepadan?"

Golongan yang perlu memberi perhatian:
πŸ“Œ Pemilik Syarikat / Perniagaan
πŸ“Œ Individu Bekerja Sendiri
πŸ“Œ Freelancer
πŸ“Œ Perunding & Ejen
πŸ“Œ Penjual Online
πŸ“Œ Pekerja Sambilan

Jangan tunggu sehingga menerima surat daripada LHDN baru hendak mengumpulkan penyata bank, rekod perbualan dan menyusun semula akaun.

Amalkan penyimpanan rekod kewangan yang teratur dan lengkap dari awal. Ia akan memudahkan proses sekiranya berlaku semakan atau audit cukai pada masa hadapan.

πŸ’Ύ Simpan posting ini sebagai rujukan.

Ia pasti berguna untuk pengurusan cukai tahunan, e-Invois dan pengisytiharan pendapatan anda.

Nota Tambahan
Perkongsian ini bukan hanya berkaitan pematuhan e-Invois semata-mata. Perkara yang lebih penting ialah keupayaan LHDN untuk membuat padanan dan semakan silang terhadap maklumat pembayaran serta tuntutan perbelanjaan yang dikemukakan oleh pelanggan anda. Pendapatan yang tidak diisytiharkan atau diisytiharkan secara tidak tepat berpotensi menjadi lebih mudah dikesan melalui kaedah semakan ini.

29/06/2026

Haah, cuba jawab soalan ni? Anda perlu submit borang B ke?

Video credits to LHDNM

Alamakkk tinggal 2 minggu jer lagi untuk submit Borang Cukai e-B 😰😰Jangan risau, boleh hubungi kami dihttps://wa.me/6011...
28/06/2026

Alamakkk tinggal 2 minggu jer lagi untuk submit Borang Cukai e-B 😰😰

Jangan risau, boleh hubungi kami di
https://wa.me/601154550525

πŸ‡²πŸ‡Ύ

⚠️LHDN tak kisah berapa anda belanjaMereka nak tahu: πŸ‘‰ Belanja untuk apa? πŸ‘‰ Siapa yang dapat manfaat? πŸ‘‰ Layak claim atau...
04/06/2026

⚠️LHDN tak kisah berapa anda belanja

Mereka nak tahu:
πŸ‘‰ Belanja untuk apa?
πŸ‘‰ Siapa yang dapat manfaat?
πŸ‘‰ Layak claim atau tidak?

Swipe untuk lihat perbelanjaan yang boleh claim 0%, 50% dan 100%.

Tak pasti? Dapatkan nasihat pakar cukai sebelum dan semasa berbelanja utk bisnes anda. WhatsApp TickTaxMY: +6011-5455 0525

πŸ‡²πŸ‡Ύ

Paying for Facebook Ads, ChatGPT subscriptions, Adobe and many more overseas services?Did you know you have to pay Withh...
20/05/2026

Paying for Facebook Ads, ChatGPT subscriptions, Adobe and many more overseas services?
Did you know you have to pay Withhholding Tax (WHT) to LHDN within 30 days? 😱😱
What if you did not pay? The expense will not be tax deductible in determining your tax payable 😰

πŸ“’ PENGEMUKAAN BORANG BE 2025 – HANYA TINGGAL 4 HARI LAGI! ⏳😰😰😰⚠️ Apa Jadi Jika Lewat Hantar?Kegagalan mengemukakan boran...
11/05/2026

πŸ“’ PENGEMUKAAN BORANG BE 2025 – HANYA TINGGAL 4 HARI LAGI! ⏳😰😰😰

⚠️ Apa Jadi Jika Lewat Hantar?
Kegagalan mengemukakan borang dalam tempoh ditetapkan boleh menyebabkan:
❌ Penalti lewat hantar
❌ Kenaikan cukai
❌ Risiko audit dan semakan oleh LHDN

πŸ’‘ Tips Penting
βœ”οΈ Semak semua maklumat sebelum hantar
βœ”οΈ Pastikan nombor akaun bank betul untuk bayaran balik cukai
βœ”οΈ Simpan salinan borang dan resit
βœ”οΈ Jangan tunggu saat akhir

Simpan semua resit2 dan dokumen2 sekurang2nya selama 7 tahun sekiranya anda dikenakan audit oleh LHDN!

πŸ“² Follow TickTaxMY untuk lebih banyak tip cukai yang mudah difahami!

CukaiPendapatan TaxMalaysia PelepasanCukai 15Mei2026

πŸ“’ PENGEMUKAAN BORANG BE 2025 – HANYA TINGGAL 4 HARI LAGI! ⏳😰😰😰Adakah anda seorang individu yang TIDAK menjalankan pernia...
11/05/2026

πŸ“’ PENGEMUKAAN BORANG BE 2025 – HANYA TINGGAL 4 HARI LAGI! ⏳😰😰😰

Adakah anda seorang individu yang TIDAK menjalankan perniagaan dan hanya menerima pendapatan seperti:
βœ… Gaji / upah
βœ… Elaun dan bonus
βœ… Komisen
βœ… Pendapatan sewa (bukan perniagaan)
βœ… Pendapatan lain yang bukan daripada perniagaan

πŸ‘‰ Maka anda perlu mengemukakan Borang BE (Tahun Taksiran 2025).

⚠️ Apa Jadi Jika Lewat Hantar?
Kegagalan mengemukakan borang dalam tempoh ditetapkan boleh menyebabkan:
❌ Penalti lewat hantar
❌ Kenaikan cukai
❌ Risiko audit dan semakan oleh LHDN

πŸ’‘ Tips Penting
βœ”οΈ Semak semua maklumat sebelum hantar
βœ”οΈ Pastikan nombor akaun bank betul untuk bayaran balik cukai
βœ”οΈ Simpan salinan borang dan resit
βœ”οΈ Jangan tunggu saat akhir

Simpan semua resit2 dan dokumen2 sekurang2nya selama 7 tahun sekiranya anda dikenakan audit oleh LHDN!

πŸ“² Follow TickTaxMY untuk lebih banyak tip cukai yang mudah difahami!

πŸ“Œ Real talk:Audit bukan untuk β€œhukum”, tapi untuk semak & sahkan maklumat cukai anda.Kalau rekod anda bersih dan lengkap...
04/05/2026

πŸ“Œ Real talk:
Audit bukan untuk β€œhukum”, tapi untuk semak & sahkan maklumat cukai anda.
Kalau rekod anda bersih dan lengkap, tak ada apa yang perlu dirisaukan πŸ‘
πŸ’¬ Pernah kena audit? Share pengalaman anda kat komen!

DM atau hubungi kami jika memerlukan perkhidmatan kami https://wa.me/601154550525

Follow page kami untuk tips2 perakaunan dan percukaian 😊

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TickTax MY posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to TickTax MY:

Shortcuts

Share