02/05/2023
Majikan s**ar dapatkan pekerja berkelayakan, berkemahiran
Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menggesa kerajaan untuk menubuhkan pas**an petugas khas untuk mengatasi cabaran masa depan pekerjaan memandangkan majikan, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) s**ar untuk mendapatkan pekerja yang berkelayakan dan mempunyai kemahiran yang sesuai.
Pengerusinya, Datuk William Ng, berkata teknologi baharu telah mengganggu pasaran kerja secara ketara.
Beliau berkata, walaupun kadar pengangguran berada pada tahap rendah 3.5 peratus, ia tidak mengambil kira fenomena 'underemployment' atau ketidakpadanan dalam kelayakan dan pekerjaan.
Justeru, ia memberi kesan teruk kepada pertumbuhan produktiviti dan memaksa majikan untuk menanggung kos yang tinggi untuk melatih semula pekerja, jelasnya.
"Pas**an Petugas Khas Masa Depan Pekerjaan perlu ditubuhkan secepat mungkin dan merangkumi bukan saja agensi kerajaan yang berkaitan, tetapi juga industri, termasuk PKS, untuk menangani hal ini dan membantu negara dan rakyat untuk mengharungi masa depan pekerjaan yang cukup berbeza," katanya dalam satu kenyataan.
Ng berkata, pada masa sama, pekerja, termasuk pekerja gig, mendapati diri mereka tidak bekerja secara optimum.
Beliau berkata, EMIR Research dalam satu kenyataan baru-baru ini telah menyatakan bahawa fenomena 'underemployment' kini sudah 'berstruktur'.
Katanya, Forum Ekonomi Dunia menyatakan bahawa menjelang 2025, lebih separuh daripada semua pekerja perlu dilatih semula.
Malah, pemenang Nobel Prize Sir Christopher Pissarides turut berkata bahawa, teknologi digital mengganggu pasaran buruh dan cara mereka bekerja kerana ia memerlukan kemahiran yang berbeza (dari sekarang).
"Situasi serba kalah ini mesti ditangani dengan segera. Ini bukan saja untuk menyelesaikan isu gangguan pasaran pekerjaan, tetapi untuk memastikan ketersediaan tenaga kerja terlatih untuk menyokong pertumbuhan industri negara, menyediakan pekerjaan bernilai tinggi yang lebih bermakna untuk rakyat, dan membantu perniagaan terutamanya PKS untuk menaik taraf tenaga kerja dan keupayaan digital mereka," katanya.