11/08/2026
"Situasi biasa yang selalu berlaku dalam bisnes, sales mencanak naik tiap-tiap bulan, tapi bila tengok bank akaun, nak bayar komitmen pun sesak. Di mana silapnya?"Ramai owner bisnes hanya tengok sales tanpa faham struktur kos. Bila buat bisnes, perkara paling kritikal adalah tahu tahap Break-Even (Pulang Modal)
3 kategori cost:
1. Kos Produk (COGS): Kos barang jualan.
2. Kos Operasi/Overhead (Fixed Cost): Gaji, sewa, utiliti (wajib bayar walau tiada sales).
3. Belanja Menggerakkan Operasi: Iklan, belanja am (sifatnya flexible).
CASE STUDY: SYARIKAT ABC (JUAL PEN)
• Jual: RM1.20 | Kos: RM0.80
• Margin Untung Kasar: RM0.40 (33.33%)
• Total Kos Tetap: RM4,200 (Gaji + Sewa)
• Iklan: RM450
Formula Target Sales: RM4,200 ÷ 33.33% = RM12,600 sebulan (Wajib jual 10,500 batang pen).
Kenapa kos iklan RM450 tadi tak masuk formula? Sebab iklan adalah Belanja Flexible (boleh cut jadi RM0). Gaji & sewa WAJIB bayar.
⚠️ TAPI JANGAN TERPERANGKAP!
Walau sales RM12,600 dah cover kos tetap, syarikat belum untung bersih jika bulan itu ada keluar bajet iklan RM450.
Adakah kita berniaga sekadar nak elak untung jadi negatif? Sudah tentu tidak! Kita nak untung sihat, ada rizab, & boleh bayar dividen.Solusinya: Jangan culas buat Business Plan tahunan & tetapkan Target Sales strategik ikut realiti kos, bukan petik dari langit.
Send a message to learn more