13/05/2025
Sekadar perkongsian..
KISAH BENAR KWSP πΏ
Ramai isteri fikir bila suami dah letak nama mereka sebagai penama KWSP, jika apa-apa berlaku pada suami semua duit dalam akaun KWSP adalah milik isteri.
Sebenarnya harta tadi perlu dibahagi mengikut kaedah faraid. Penama KWSP hanya sebagai pemegang amanah.
1) Ayah si mati - 1/6
2) Ibu si mati - 1/6
3) Isteri - 1/8
4) Baki akan dapat pada anak-anak. Anak lelaki dua bahagian dan anak perempuan satu bahagian.
5) Jika tiada anak lelaki, maka baki harta akan ke ayah. Dan sekiranya ayah tiada, makan adik beradik seibu sebapa atau sebapa turut layak dlm bahagian pusaka.
Contoh :
Suami tinggalkan RM100,000 duit KWSP. Ada seorang anak lelaki dan perempuan.
1) Ayah = RM16,666
2) Ibu = RM16,666
3) Isteri = RM12,500
4) Anak lelaki = RM36,112
5) Anak Perempuan = RM18,056
Jadi apa guna ada penama?
Penama KWSP ini akan bertindak menjadi wasi/pentadbir yang berkeupayaan untuk mengurus pengeluaran dan pembahagian KWSP. Pembahagian seharusnya mengikut faraid.
Mudah-mudahan selepas ini kita faham yang duit dalam KWSP bukan milik isteri atau pasangan kita sepenuhnya.
Pahit Tp Benar. Ramai yang ingat benda nie tak akan berlaku. Tp realiti sebaliknya.
Hakikatnya, kalau suami meninggal dunia, orang takkan cari ayah, mak, adikberadik untuk selesaikan hutang arwah. Tapi orang akan cari isteri, maka hadap lah isteri sorang2 bergolok gadai untuk bayar semua hutang suami. Jadi buat para isteri, tolong bersedia utk segala kemungkinan. Kerana saat kamu pergi, kamu tak tau apa yang diperbuat oleh manusia2 durjana terhadap anak isteri kamu.
Korang, jika sempat waktu hidup ni walaupun terpaksa berjimat, ambil lah hibah sebab hibah sahajalah, 100% kepada kita & tak boleh dituntut oleh waris lain dah.
Kita bayar hibah pasangan kita pun, kita juga akan dapat nanti. Letak penerima kita sendiri.
Nak sama2 adil, dua2 saling ambil hibah & dua2 dapat duit pampasan.