05/09/2022
ADAKAH ANDA PASANGAN YANG BAKAL BERGELAR IBUBAPA?
Apabila bertukar ke fasa menjadi ibubapa, ada banyak cabaran yang perlu anda lalui, terutamanya dari sudut pengurusan kewangan.
Ini kerana apabila anda menimang cahayamata, persoalan penting yang perlu anda jawab ialah, bagaimanakah dengan keperluan kewangan mereka.
Ini penting kerana, keperluan mereka bergantung kepada tahap kewangan anda. Sebab itu, dalam post ini saya kongsikan dengan anda lima prinsip pengurusan kewangan bagi ibu bapa baru.
1) MENJADI BIJAK DALAM MENYIMPAN
Apabila anda mahu memulakan simpanan atau melabur untuk keperluan kewangan masa depan anda anda, apa yang perlu anda lakukan ialah dapatkan maklumat tentang skim kewangan atau pelaburan yang dapat memberikan pulangan & keuntungan kepada anda.
Contohnya seperti:
1) Amanah Dana Anak Malaysia 2050.
2) Dana Warisan Anak Selangor
3) Program Anak Emas Pulau Pinang
4) Skim Insentif Kelahiran Anak
Semua insentif di atas dapat membantu anda menyediakan simpanan dan pelaburan untuk anak anda.
2) KENAL PASTI KEPERLUAN DAN KEHENDAK
Dapat anak pertama mesti excited nak berikan yang terbaik untuk anakkan. Termasuklah pakaian dan keperluan mereka.
Tetyapi sebelum anda membeli, tanya dulu persoalan berikut:
Adakah anak anda benar-benar memerlukan sepasang kasut bayi berjenama?
Adakah bayi anda boleh membezakan antara selimut sarung tenun dan selimut biasa?
Adakah penjagaan bayi benar-benar memerlukan penyegar udara aromaterapi?
Nasihat saya janganlah habiskan duit terlalu banyak untuk membeli pakaian bayi. Ini kerana bayi anda akan membesar dan pakaian tersebut tidak lagi boleh digunakan.
Adalah satu cara yang bijak juga kalau anda cari pakaian 'preloved' untuk pakaian bayi anda. Atau boleh tanyakan kepada ahli keluarga anda yang mungkin ada pakaian bayi yang masih kecil dan tidak digunakan lagi.
3) MEMILIH KUALITI BERBANDING KUANTITI
Ada beberapa jenis keperluan anak anda di mana anda perlu berbelanja lebih. Contohnya:
- kerusi kereta bayi
- tempat tidur bayi
- kereta sorong bayi
- botol susu
Dan barang-barang tersebut akan anda gunakan hampir setiap hari pada tahun pertama pembesaran anak anda.
Sebaiknya, untuk barang-barang ini anda carilah jenis yang berkualiti kerana ianya boleh digunakan untuk bakal anak anda yang seterusnya.
Mahal sikit takpe tapi boleh tahan lama. Itu sebenarnya lebih menjimatkan perbelanjaan anda di masa akan datang.
4) MULA MENABUNG DARI PERINGKAT LEBIH AWAL
Tak dinafikan pada zaman yang semakin maju sekarang, kos untuk membesarkan anak-anak semakin tinggi.
Jadi, adalah satu langkah yang bijak apabila anda memulakan proses meyimpan dari awal lagi demi untuk masa depan anak-anak anda.
Mempunyai pelan simpanan jangka panjang juga adalah satu langkah yang bijak seperti membuat simpanan untuk pendidikan di dalam SSPN.
Selain itu, anda juga boleh menyertai pelan takaful berkaitan pelaburan di mana selain pelaburan, pelan tersebut juga memberikan perlindungan hayat yang patuh syariah.
5) DAPATKAN PERLINDUNGAN PERUBATAN UNTUK ANAK ANDA
Di zaman sekarang yang serba maju ni, bukan kos keperluan harian sahaja yang perlu anda berikan perhatian.
Kos perubatan juga perlu dititikberatkan terutamanya kalau berdepan dengan keadaan kecemasan.
Sudah tentu anda nak dapatkan rawatan yang terbaik untuk anak anda jika diperlukan, betul tak? Tapi kosnya bukan murah.
Sebab itulah, perlindungan perubatan untuk anda anda juga satu perkara penting yang perlu anda sediakan.
Di AIA Takaful, ada banyak pelan perlindungan perubatan yang disediakan untuk anak anda. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik ke ibnuidris.com/info-takaful untuk berhubung dengan saya.
InshaaAllah saya boleh syorkan pelan yang terbaik untuk anak anda.