13/06/2025
Sekadar menasihati.
Andainya anda seorang isteri yang bekerjaya, yang ada pendapatan tetap, jangan ajar diri untuk beli serba serbi dengan duit sendiri. Barang dapur habis, beli...bil-bil utiliti, bayar. Perbelanjaan anak, minyak kereta, komitmen keluarga, semua ini jangan tanggung segalanya sendiri ketika anda masih lagi ada SUAMI.
Walaupun pendapatan awak lebih tinggi ke atau awak memang ikhlas nak bantu suami, tolong letakkan tanggungjawab tu di tempat yang sepatutnya dahulu.
Apa yang sepatutnya suami bayar, biar dia bayar. Apa yang sepatutnya suami tanggung, biar dia tanggung.
Tak cukup, baru awak support. Baru tiba saat di mana peranan awak diperlukan.
Nowadays, banyak suami yang diajar untuk menjadi selesa. Serba serbi isteri dah setelkan. Kesannya ialah, dia ada lebihan duit untuk digunakan ke arah lain, dia akan take for granted akan apa yang dibuat isteri, dan dia juga boleh lupa diri.
Buang mentaliti isteri kena ada duit sendiri supaya senang nak beli apa yang dihajati.
Walaupun ada duit sendiri, tetap mintak duit dari suami untuk apa-apa yang awak nak beli. Tetap guna duit suami jika itu sepatutnya ditanggung suami.
Jangan bagi suami lupa tanggungjawab dia, jangan ajar dan manjakan suami dengan duit hasil isteri.
Meringankan beban dan mengambil alih beban maksudnya tak sama.
Dan kepada suami, niat nak menjadikan isteri seorang yang berdikari itu tak salah, tapi fikirlah, sekiranya isteri terlebih berdikari, mampu beli atau buat serba serbi sendiri, maka ketika itu, senang atau tidak untuk kita mengawalnya?
Kehidupan dia itu umpama hidup tanpa suami. Kegunaan suami dan sumbangan suami dalam hidupnya mungkin 20 percent sahaja, selebihnya 80 percent adalah dari dirinya semata-mata.
Ada suami atau tidak ada suami, baginya sama. Tolong jalankan tanggungjawab dan kewajipan kita ikut kemampuan yang ada. Tak cukup, baru mintak pertolongan isteri.
Dan tak ada isteri dalam dunia ini yang sanggup tengok suami dia susah dan merana.
Kredit : Shahril Ismail