05/06/2026
Sehingga ke prosiding komital ( WARAN TANGKAP ) & penahanan apabila menghina mahkamah dengan sengaja tidak mematuhi perintah mahkamah yang sah.
Assalamualaikum,
Kami sangat bersetuju dengan pandangan Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dusuki Sebelum dana diluluskan, setiap penerima telah diberikan penerangan bahawa ini merupakan dana amanah yayasan dan perlu diuruskan dengan penuh tanggungjawab.
Tahniah kepada semua usahawan yang telah menunaikan amanah dengan baik sehingga pembiayaan selesai. Malah, ada yang berjaya dan layak menerima bantuan atau pembiayaan pada peringkat seterusnya.
Namun, bagi usahawan yang ingkar, gagal mematuhi perjanjian atau menyalahgunakan dana yang diberikan, pihak yayasan tidak akan berkompromi. Dana telah disalurkan, program pemulihan telah diberikan, tetapi masih ada yang memilih untuk tidak melaksanakan tanggungjawab mereka ( MEROMPAK ) .
Oleh itu, pihak yayasan & Daus akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya, termasuk membawa kes sehingga ke peringkat prosiding komital jika perlu.( WARAN TANGKAP )
Lebih ramai usahawan yang gagal mematuhi perjanjian berkemungkinan akan berdepan saman sivil dan rekod mahkamah. Apabila peluang pemulihan diberikan, manfaatkanlah sebaik mungkin.
Kepada usahawan lain yang sedang berusaha untuk maju dan berkembang, jagalah amanah yang diberikan. Jadikan kisah mereka yang tidak menepati janji & merompak duit yayasan ini sebagai pengajaran dan pedoman untuk diri sendiri.
Tidak akan berjaya apabila memilih menipu. Peluang ditangan anda untuk membetulkan keadaan.
Pergi ke sawah memetik padi,
Padi dituai penuh berisi;
Amanah diberi jangan dikhianati,
Hutang dibawa mati jika tidak diselesaikan di dunia ini.
Sekian,