Klinik AKAUN utk Bisnes Anda

Klinik AKAUN utk Bisnes Anda Jom belajar sediakan dan fahami akaun syarikat sendiri. Saya bantu Usahawan yang nak berjaya

Salam sejahtera...Yang buat bisnes tu pernah sediakan akaun bisnes anda ?Ada staf yang buat akaun tapi masih berterabur,...
26/04/2026

Salam sejahtera...

Yang buat bisnes tu pernah sediakan akaun bisnes anda ?

Ada staf yang buat akaun tapi masih berterabur, masih pening tentang data2 akaun ?

Nak buat loan pun tak lepas sebab bank minta penyata kira-kira bisnes,

Dah hantar borang B?

Kita buka balik kelas asas akaun untuk orang-orang bisnes.Bukan boss je yg boleh datang,staf pun boleh.

Kelas one - to - one tau.
Kita check kat mana yang sangkut.

Nak daftar klik👉👉👉wasap.my/60194351918/NakJoinKelasAsasAkaun

Belajar sesuatu?
25/09/2025

Belajar sesuatu?

08/09/2025

4 CIRI KERJA YANG PATUT DISERAHKAN KEPADA STAFF MEMBUATNYA

Banyak peniaga kecil sudah bertahun-tahun menjalankan bisnes mereka tetapi belum mengamalkan job delegation atau penyerahan kerja kepada staff.

Walaupun bisnes itu sudah lama dijalankannya, dan sudah membuat keuntungan, mereka masih sangat sibuk membuat kerja-kerja yang sebenarnya sudah patut diturunkan kepada staff.

Akibat tidak menurunkan kerja-kerja itu, mereka selalu penat dan tidak ada masa hendak membuat kerja-kerja hakiki orang bisnes, iaitu mengembangkan bisnesnya.

Banyak juga peniaga yang sudah mahu menurunkan tugas kepada staff. Tetapi mereka tidak tahu tugas-tugas yang macam apa yang patut diserahkan kepada pekerja.

Ini adalah panduan melaksanakan delegation atau penyerahan tugas kepada orang bawahan. Panduan ini diberikan oleh pakar-pakar pengurusan sumber manusia.

Inilah antara ciri-ciri tugas yang sekarang kita sendiri buat, sedangkan tugas itu sepatutnya boleh diserahkan kepada staff. Biar staff yang membuatnya:

1. Kita sudah lama berasa terbeban oleh kerja-kerja yang memenatkan badan.

Sudah bertahun-tahun badan kita penat membuat kerja-kerja itu, bukannya otak kita yang penat.

Sebagai usahawan, kita sudah tahu sepatutnya otak kita yang penat, maklumlah kita banyak berfikir dan membuat rancangan bagaimana hendak mengembangkan bisnes kita.

Kita pun tahu, yang patut mengalami badan penat adalah pekerja kita, maklumlah mereka memang bekerja menggunakan tenaga fizikal, bukannya kita lagi.

Dalam situasi macam itu, memang sudah sepatutnya kita mula menurunkan kerja-kerja kita yang memenatkan badan itu kepada staff.

2. Kita sudah mula berasa bosan melakukan kerja-kerja itu.

Dulu-dulu kita s**a melakukannya, maklumlah kita baru memulakan bisnes, kerja yang berat pun kita rasa seronok melakukannya, tetapi sekarang kita sudah tidak seronok lagi melakukan kerja-kerja itu.

3. Kerja itu bukan pekerjaan kita yang paling penting.

Kerja itu penting, tetapi bukan yang paling penting dalam senarai tugas seorang usahawan.

Ada kerja-kerja lain yang lebih penting kita buat, tetapi kita tidak sempat hendak membuatnya disebabkan kita sangat sibuk.

4. Dari sudut kos, kerja itu patut dibuat oleh staff sahaja.

Pada masa ini kos kita tinggi. Macam mana tak tinggi, ada kerja-kerja peringkat rendah yang kita sendiri buat.

Dalam kes macam itu, kerja itu tidak patut kita buat sendiri. Biar staff yang membuatnya, dengan cara itu kos dapat diturunkan.

Gaji staff itu tidak sebesar gaji kita sendiri. Itulah salah satu cara kita menurunkan kos operasi bisnes kita.
Nota: Kredit Perkongsian dari Ainon Business School

Address

Alor Setar

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik AKAUN utk Bisnes Anda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Klinik AKAUN utk Bisnes Anda:

Share

Category